Tuesday, March 5, 2013

FITNAH UMNO JIJIK!!! "Kami tidak kenal siapa Anwar Ibrahim"- Jurucakap Kesultanan Sulu





DS ANWAR yang difitnah  oleh beberapa media pengampu UMNO BN konon terbabit dalam krisis Sulu yang sedang berlangsung di Lahad Datu Sabah kini kantoi..!!!

Ramai percaya Anwar khususnya Pakatan Rakyat tidak terlibat langsung dalam krisis di Sabah ini,namun disebabkan bermain politik jijik,kotor dan zalim menyebabkan pihak-pihak yang menjadi cai-cai UMNO BN sanggup memfitnah.

Logik akal , bagaimana orang yang dituduh bersubahat dengan krisis tersebut, sedangkan pihak yang dikatakan menjadi militan di Sabah tidak mengenali DS Anwar Ibrahim..??

Hal inilah yang buat Najib dan pencacai UMNO BN kecewa. Baru sahaja fitnah dan pembohongannya nak hidup, dah dimatikan oleh Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani  yang berkata “Kami tidak kenal siapa Anwar Ibrahim,”. 

Abraham Idjirani turut menafikan pihaknya mempunyai hubungan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SinarHarian Online: Penafian Idjirani bikin Najib gigit jari

Pendek kata, strategi Najib dan pencacai UMNO BN tak menjadi kerana mereka terlalu taksub dengan politik menghalalkan fitnah.

Rakyat Malaysia awat wajar  menolak fitnah dan pembohongan Najib dan Pencacai UMNO BN  ini.

Percayalah dengan yakinlah, tidak mungkin DS Awnar  mahu bersubahat dengan militan Sulu ini untuk membunuh anggota keselamatan negara tercinta ini, terutama pihak polis yang tidak pernah berehat menjaga keselamatan rakyat . Semua fitnah UMNO BN tak ubah mencipta sandiwara penuh muslihat.

Hanya orang tidak cukup akal sahaja yang percaya pembabitan DS Anwar dan Pakatan Rakyat dalam isu di Lahad Datu Sabah.

Apatah lagi bila dilihat secara keseluruhan, orang yang paling beruntung kalau huru hara berlaku di Sabah dan jika darurat terpaksa diisytiharkan, pilihanraya mungkin ditangguhkan yang untung ialah Najib, bukan DS Anwar.

Sebab rakyat seluruh negara tahu bahawa Najib amat takut mengumumkan piliharaya,kerana  sokongan rakyat terhadap PR semakin meningkat hari demi hari dan Pakatan Rakyat sudah bersedia bila-bila masa dan lama tunggu untuk hadapi pilihanraya,mana mungkin Pakatan Rakyat nak cetus apa-apa krisis untuk lengahkan PRU. 

Sabah ada 25 kerusi Parlimen dan sekarang DAP hanya menguasai 1 di Kota Kinabalu.

Bakinya dikuasai sepenuhnya oleh BN (kecuali 2 kerusi di Beaufort dan Tuaran setelah ahli Parlimennya keluar BN untuk menyokong PR.

Khabarnya ramai rakyat Sabah sudah sinonim dengan slogan "Ini kalilah" yang membawa maksud menolak UMNO BN di Sabah.Orang ni

1 comment:

Anonymous said...

Sorry to say,

Anwar pun tak kenal Eskay