Wednesday, April 10, 2013

BERITA HANGAT!!! “Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” - Nizar


Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.


Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.


“Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” katanya ringkas.


Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa minggu lepas.


Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).


Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.


Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.


Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian.


Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi.


Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.


Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.


Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar.


JALAN PULANG

3 comments:

Anonymous said...

jangan lupa peristiwa Nasarudin Bota lompat masuk PR 3 hari lompat balik masuk UMNO tak sampai seminggu kuasa PR dirampas di Perak.

Anonymous said...

Mungkin Tajul Rosli agaknya, sbb antara banyak2 exco UMNO, hanya dia ni sorang agak alim skit. Lagipun, ada satu sekolah agama rakyat di Grik yg dibuka sempena nama bapak dia iaitu SMA Tan Sri Ghazali Jawi.

Ilham Perdana Autokar said...

Hati-hati PAS & PR kerana mungkin ini strategi umno & BN. Mereka jangan di beri peluang jadi calon. Bukan apa kalau menang nanti mereka U-Turn balik. Al maklum jelah mereka sedang Nazak sekarang ni. Setakat nak masuk jd ahli pun ada masalah jugak. Dekat nak ngundi esok puak2 ini istihar keluar parti. Jagi hati-hati wahai rakan sepejuangan ku sekalian.