Saturday, May 11, 2013

PARIT BUNTAR!!! PAS Parit Buntar kekal kerusi dapat sokongan semua kaum

PARIT BUNTAR, 11 Mei : PAS Parit Buntar memanjatkan rasa syukur  ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. 
 
Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim berkata, kejayaan ini disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri serta berikrar akan meneruskan khidmat kepada rakyat tanpa mengira bangsa di Parit Buntar 
 
" Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami terhadap para pengundi semua kaum kerana telah memberikan kepercayaan kepada PAS di Dun Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar. 
 
" Kemenangan PAS Parit Buntar menambah majoriti di Dun Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar bukan hanya disebabkan undi dari kaum Tionghua tetapi undi dari semua kaum. Malah, majoriti pengundi Melayu masih memihak kepada PAS di Parit Buntar. "katanya yang ditemui semasa majlis jamuan kesyukuran sempena kejayaan PAS Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong.
 
Tuan Haji Harun juga merakamkan penghargaan jentera pilihanraya PAS Parit Buntar di semua peringkat yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan pengundi terus diberi kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
 
Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin serta pimpinan PAS Parit Buntar hadir meraikan tetamu yang terdiri rakyat semua kaum di majlis berkenaan.  
 
Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman kesal dengan sikap UMNO yang terus membangkitkan isu perkauman dengan mendakwa kononnya wujud tsunami Cina sedangkan sebenarnya ia adalah tsunami rakyat Malaysia daripada semua tiga kaum terbesar di Malaysia. 
 
"  Walaupun terdapat pertambahan signifikan pengundi Cina, terdapat juga pertambahan daripada pengundi Melayu bagi ketiga-tiga kerusi di Parit Buntar. 
 
" Undi Melayu yang diterima oleh calon PAS dan PKR bagi kerusi Parlimen Parit Buntar, Dun Titi Serong dan Kuala Kurau melebihi undi yang diterima calon BN. Malah, sebahagian besar Pusat Mengundi majoriti Melayu dimenangi oleh PAS dan PKR" katanya 
 
Tambahnya,fakta menunjukkan dengan jelas bahawa Pakatan Rakyat menang di Parit Buntar lantaran meningkatnya sokongan daripada ketiga-tiga komuniti kaum. 
 
" PAS meningkat majoriti kemenangan dari 7551 kepada 8476 bagi kerusi Parlimen Parit Buntar dan meningkatkan majoriti dari 1149 kepada 1794  bagi kerusi Dun Titi Serong 
 
" PKR pula meningkat majoriti lebih besar dari 467 kepada 5014 bagi kerusi Dun Kuala Kurau. Kenaikan majoriti ini kerana sokongan pengundi yang lebih besar bagi semua kaum di Parit Buntar" katanya
 
 
Ahli Parlimen sedang berucap meraikan tetamu
 
 
Ucapan Adun Titi Serong yang baru
 
 
Orang ramai yang hadir
 
 
 
 

2 comments:

Anonymous said...

dah lamma tunggu laman sesawang ni.. baru hari ni dapat baca

Alhamdulillah

PASPB said...

sibuk buat kerja pru 13 , bro. Alhamdulillah menang 3-0 di Parit Buntar