Thursday, May 16, 2013

TERKINI!!! Calon UMNO Dun Selinsing dimasukan ke Wad ICU Hospital Taiping

17 Mei : Taiping -- Sdr. Sharudin B. Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai Perak yang juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negara (MBN) kini dilaporkan sedang dirawat di wad ICU C2 Hospital Taiping.
Sdr Sharudin Ahmad, juga calon BN DUN Selinsing dalam PRU13 yang lalu.

Dikatakan kini akan dihantar ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh menjadi rawatan susulan. 

Beliau telah dikejarkan ke Hospital Colombia Taiping malam tadi dan kerana kekurangan fasilitis, Sharudin dipindahkan ke Hospital Daerah Taiping dan di tempaatkan di Unit Rawatan Rapi C2. 

Oleh kerana jangkitan kuman yang serius beliau kini dipindahkan ke Ipoh.


Sumber mengatakan buah pinggang Sharudin telah dijangkiti kuman, YB Husin Din ADUN Selinsing dan YB Zawawi Hasan ADUN Semanggol mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.

YB Husin dan YB Zawawi telah bersama menziarah Sdr. Sharudin sebentar tadi di hospital Ipoh(sebelum solat jumaat).

Semoga Allah menyembuhkan beliau dari penyakit yang dialami.Orang ni

1 comment:

Anonymous said...

Semuga beliau mendapat rawatan terbaik. Saya doakan agar beliau segera sembuh dan sihat seperti sedia kala.In Sha Allah.Dari AMK BCHomes.