Tuesday, July 23, 2013
Sunday, July 21, 2013
PENING NAJIB DATANG SEMULA!!! Peguam Bala beri keterangan dalam tribunal Scorpene
[TMI] Peguam kepada mendiang penyiasat persendirian P.Balasubramaniam,
Americk Sidhu bersetuju untuk memberikan keterangan dalam satu tribunal
di Perancis yang melibatkan rasuah oleh kerajaan semasa Malaysia membeli
dua kapal selam Scorpene.
Pengarah eksekutif hak asasi manusia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata
Americk akan memberi bukti di Paris sekitar September depan nanti.
"Mahkamah sedang berhubung dengan Americk untuk menentukan masa
lapangnya," kata beliau semasa menghadiri majlis makan malam mengumpul
dana yang dianjurkan oleh Suaram.
Beliau berkata fokus tertumpu kepada pendedahan Balasubramaniam tentang
peranan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak dalam pembelian
Scorpene.
Tuesday, July 9, 2013
CHE LONG CALON POPULAR !!! Pengundi Kuala Besut diminta makan umpan jangan makan kail pilih PAS
Sunday, July 7, 2013
UMNO TAK KENANG BUDI!! Satu jawatan pun tak diberi kepada pemimpin Perkasa, mana Brahim Ali tak bengang?
Selepas senyap lebih dua bulan sejak kalah dalam pilihanraya lalu,
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali membuatkan kemunculannya di persada media
baru-baru ini menjadi perhatian umum semula.
Selain meluahkan rasa kecewanya atas layanan UMNO terhadap Perkasa selama ini sambil membandingkannya dengan layanan yang diberi terhadap Dong Ziong, Hindraf dan paderi-paderi Kristian, Ibrahim Ali juga mengecam beberapa pendekatakan Najib yang dianggapnya retorik.
Dalam masa yang sama, Ibrahim Ali juga meluahkan kesusahan hidupnya untuk menyara keluarga sehingga membayangkan akan menjadi pemandu teksi selepas ini.
Dengan membawa Perkasa memperjuangkan banyak kepentingan politik Najib dan UMNO, kekecewaaan Ibrahim Ali tidak sukar difahami.
Read more ...

Thursday, July 4, 2013
TOLAK PERKASA !!! UMNO dah tak mengaku kawan
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam A Tanasekharan diberi amaran keras oleh speaker Pulau Pinang Law Choo Kiang kerana mengaitkan kumpulan pendesak Melayu PERKASA dengan Umno.
Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan PERKASA untuk mengadakan demonstrasi antikerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum, lapor Bernama.
"Umno menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri," beliau dipetik sebagai berkata pada persidangan dewan di George Town semalam.
Tuesday, July 2, 2013
SILAP SAMAN!!! Janda saman Kerajaan Selangor dicari, jangan menghilang diri
KUALA LUMPUR:
Ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah memutuskan kes
saman Murtini Kasman dan 2,019 ibu tunggal yang lain dibatalkan pada 13
Mei lalu kerana penyelesaian tuntutan terhadap tawaran manifesto politik
tidak boleh menerusi proses mahkamah.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, Murtini Kasman tidak memfailkan notis rayuan terhadap keputusan tersebut sehingga tempoh tamat berakhir 12 Jun lalu.
“Oleh yang demikian, beliau dan plaintif lainnya telah akur dengan keputusan mahkamah bahawa saman yang dibawa itu suatu kesilapan dalam proses mencari keadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Zainarini Mohd Sidek dan 3,010 ibu tunggal yang lain juga telah menarik balik saman mereka pada 12 Jun lalu.

Subscribe to:
Posts (Atom)