Thursday, September 12, 2013

PEMILIHAN PAS !!! DPP Bagan Datoh dapat ketua baru


BAGAN DATOH : Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan ( DPPK ) Bagan Datoh kali ke 30 telah menyaksikan perubahan tampuk pimpinan yang baharu apabila 3 jawatan tertinggi dewan tersebut diterajui orang baharu. Jawatan tersebut ialah Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua iaitu mereka terdiri daripada Ustaz Mustofa Saifuddin, Ustaz Amir Hamzah Ibrahim dan Ustaz Hasnizam Hasan.

Jawatan Ketua tersebut telah dimenangi tanpa bertanding oleh Ustaz Mustofa setelah jawatan tersebut yang sebelum ini telah disandang oleh Ustaz Ahmed Najeb Safarr tidak lagi mempertahankannya apabila telah menamatkan tempoh di dalam Dewan Pemuda PAS kerana umurnya melebihi 40 tahun. Berikutan itu, para perwakilan telah bersetuju dengan sebulat suara menyokong jawatan tersebut diamanahkan kepada Ustaz Mustofa.


Demikian juga yang berlaku bagi jawatan Timbalan dan Naib Ketua apabila penyandangnya sebelum ini, Ustaz Khairy Jamaludin dan Ustaz Khairi Abdullah tidak lagi mempertahankan jawatan tersebut lalu memberi laluan kepada Ustaz Amir Hamzah dan Ustaz Hasnizam menduduki jawatan tersebut dengan sokongan perwakilan yang hadir.

Selain jawatan tersebut, pemilihan seramai lapan orang Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan turut menyaksikan beberapa muka baharu telah dilantik melalui pencadangan dan sokongan para perwakilan. Mereka yang terpilih adalah terdiri daripada Ustaz Shakir Mat Tahir, Muhammad Haidzir Ajid, Ahmad Syukri Md. Suhot, Ustaz Imran Ajmain, Khairul Faiz, Mustaid Saifuddin dan Zulhelmi.

Manakala majlis perasmian mesyuarat kali ini telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohd Fadzil, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Dpp Bagan Datoh

No comments: