Sunday, September 29, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Lef.Kol(B) Hj Nazari Mokhtar kini YDP baru PAS Tenggara



Mesyuarat Agong PAS Kawasan Tenggara kali ke 17 di Pasti Felda Bkt Ramun, Kulaijaya, dirasmikan oleh YB Tuan Hj Aminulhuda Hassan, ADUN Pt Yaani, juga Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

Jawatan utama iaitu Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua di syura kan. 

YDP sesi lalu, Mazlan Aliman  telah menarik diri dari memegang apa-apa jawatan pada sesi kali ini. Beliau memberi laluan pada rakan-rakan lain yang punya bakat kepimpinan yang seharusnya diketengahkan. 


“ Pilihanraya pun selesai, kepimpinan pelapis harus diberi kepercayaan. Tidak usah tamak jawatan, sebaliknya sokong dan bantu pimpinan baru” kata Mazlan di Faceebooknya

YDP PAS Tenggara yang baru ialah Lef.Kol(B) Hj Nazari Mokhtar, TYDP baru, Hj Mohzit Mohit, NYDP baru, Hj Husin Dami ,pimpinan berwibawa yang menerajui PAS Kawasan Tenggara sesi 2013-2015.



“ Mereka adalah anak buah saya yang cepat matang dan mampu membawa perubahan lebih baik di masadepan.

“ Saya ada misi lain, yang cukup penting untuk PAS Johor dan Dun Bkt Permai yang saya tandingi PRU 13. Bekerja dan berusaha terus untuk kemenangan Islam” tambah Mazlan

No comments: