Sunday, September 15, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Tuan Haji Harun Hashim kekal YDP PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR : Tuan Haji Harun Hashim mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar apabila menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat agung PAS Kawasan Parit Buntar kali ke 59 pada 14 September lalu yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong

 
Turut mengekal jawatan tanpa bertanding ialah Abdul Bahrin Desa sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar.

Pengerusi Urusetia Mesyuarat Agung Azhari Hadi berkata, jawatan Naib Yang Dipertua dan Ketua Urusan Ulama telah diisi oleh muka baru iaitu Ustaz Muhammad Yaakob dan Ustaz Shafie Ismail yang masing-masing menang tanpa bertanding
" Seramai dua puluh orang telah bertanding merebut jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar.

“ Setelah pengundian dibuat untuk memilih seramai enam belas orang sahaja, kebanyakan pemenangnya adalah ahli jawatankuasa yang lalu" katanya
 
Menurut Azhari , enam belas Ahli Jawatankuasa yang telah dipilih ialah Fakhrurrazi Haji Khalid, Dr. Abdul Rahman Abu Bakar , Adnan Abd Rahman ,Hamdan Fadel Ahmad, Norijan Omar , Khairulzami Muhammad , Ahmad Azhar Shahrin, Hairulnizam Ishak, Hosni Mokhtar, Redhuan Osman, Ustaz Qori Yunus, Haji Muhammad Abdullah, Hajah Salmiah Muhammad, Ustaz Ahmad Ismail, Haji Hayat Mokhtar dan Haji Ahmad Bahtiar

 
" Lebih 200 perwakilan PAS Cawangan hadir dalam mesyuarat hari ini. Suasana mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan baik. 
" Setiap pertanyaan dan penjelasan dari perwakilan telah dijawab dengan baik oleh pimpinan PAS Parit Buntar" katanya
 
Azhari berkata, mesyuarat agung ini pada kali ini juga memberi hak kepada perwakilan cawangan memilih calon Presiden, Timbalan dan tiga Naib Presiden.


“ Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dicalonkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.

“ Manakala Dato’ Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dicalonkan sebagai Naib Presiden PAS” katanya

Mesyuarat Agung PAS Parit Buntar Mesyuarat agung yang bermula pada sebelah pagi ini berakhir tengahari dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua Kawasan Haji Harun Haji Hashim.

No comments: