Sunday, September 1, 2013

PENCALONAN PEMUDA PAS PUSAT!!! Pemuda PAS Parit Buntar serah kepada perwakilan , Ust. Nasharudin dan Ku Is terpilih


PARIT BUNTAR, 1 Sept. : Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Parit Buntar hari ini menyaksikan perwakilan pemuda PAS Cawangan diberi ruang mencalonkan pemegang jawatan utama dalam parti itu termasuk kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Timbalan Ketuanya, Hairul Nizam Ishak berkata, perwakilan pemuda PAS cawangan diberi ruang mengundi untuk mencalonkan pemimpin utama pemuda PAS peringkat negeri dan pusat.

“ Jika sebelum ini perwakilan menyerahkan kepada kepimpinan pemuda PAS Kawasan untuk mencalonkan semua jawatan pemuda PAS negeri dan pusat.

“ Namun, mesyuarat agung hari ini memutuskan perwakilan pemuda mengundi memilih calon bagi jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua pemuda . Jawatan lain diserahkan kepada kepimpinan pemuda PAS Kawasan” katanya

Hairul Nizam berkata, ruang demokrasi sebenar terbuka dalam pencalonan kepimpinan parti, namun tidak digunakan sebaliknya diserahkan kepada kepimpinan pemuda PAS Kawasan.

“ Ust. Nasharudin Tantawi, Dr. Raja Ahmad Iskandar dan Ust Ridhuan Mat Nor dicalonkan bagi jawatan Ketua , Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

“ Manakala, Ust. Zawawi Abu Hasan, Mohd Nazri Din dan Ust. Hafez Sabri dicalonkan bagi jawatan Ketua , Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak” katanya

Katanya, perwakilan PAS dari cawangan sebenarnya mempunyai hak memilih kepimpinan bukan sahaja peringkat pemuda pusat malah pemimpin PAS Pusat.

" Ramai yang mendakwa PAS tidak membuka ruang demokrasi kepada pemimpin akar umbi sedangkan ruang telah diberi kepada perwakilan PAS dari cawangan tapi tidak digunakan.


" Perwakilan PAS Cawangan sebenarnya ada hak mencalon pemimpin PAS Pusat termasuk Presiden PAS melalui ruang yang diberi dalam mesyuarat agung PAS Kawasan masing-masing" katanya

Sementara itu, Dr. Mahyudin Ibrahim, Hairul Nizam Ishak dan Sharin Daud kekal memegang jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Parit Buntar apabila memenangi jawatan tanpa bertanding.


Lapan Ahli Jawatankuasa yang terpilih ialah Ashraf Abdullah, Ridhuan Osman, Zainuddin Osman, Nasharudin Rashidi, Nizam Sarif, Johari Jaafar, Firdaus Ahmad dan Ust, Malik Hashimi

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Parit Buntar yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong ini dirasmikan Exco Pemuda PAS Perak Ust. Hafez Sabri.

Turut Hadir Pesuruhjaya PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong, Ust. Abu Bakar Husain

No comments: