Tuesday, October 8, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Kecoh di Putrajaya, Batu : Sekumpulan anak muda cuba menafikan pimpinan lama - Ishak Surin

Kamaruzaman Mohamad 
 Kamaruzaman Mohamad - Perlantikannya dikatakan tidak sah?

Mesyuarat agung dua kawasan PAS di Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan Batu kecoh apabila terdapat gerakan untuk menjatuhkan penyandang jawatan berkenaan.

Gerakan itu berjaya menukar kepimpinan di Putrajaya, tetapi gagal di Batu apabila pemimpin kawasan itu berjaya kekal dalam jawatannya.


Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya, Nazir Zakaria, dalam sidang medianya hari ini, berkata pada 3 April lalu, beliau “direhatkan” daripada jawatannya melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzaman Mohamad dan dua lagi pemimpin PAS kawasan.


 Katanya, menjelang mesyuarat agung iaitu pada 12 September, Nazir menerima satu lagi surat dari orang yang sama memaklumkan 'Penamatan tempoh berehat Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya' dan pada hari sama, notis mesyuarat agung Putrajaya dikeluarkan tanpa pengetahuannya.


Sehubungan itu, katanya, dalam mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya 22 September lalu,  Kamaruzaman yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Putrajaya baru menggantikan Nazir.


"Pada hari mesyuarat agung berkenaan, saya tidak ada kerana ke Bangkok atas urusan korban untuk umat Islam di sana.


"Samentara ada di sana, saya turut berkunjung ke majlis berkabung untuk Chin Peng bersama calon kita dari Pendang untuk melihat sejarah yang diselewengkan oleh Umno," katanya kepada The Malaysian Insider.


Nazir berkata, tindakan terhadap beliau bermula apabila beliau melaksanakan keputusan mesyuarat AJK PAS kawasan yang mahukan Datuk Husam Musa sebagai calon PAS di Putrajaya.


Katanya, beliau mempertikaikan kesahihan tindakan merehatkan dirinya kerana ia bertentangan dengan satu kes yang berlaku sebelum ini iaitu kes Pendang apabila Pejabat Agung PAS membatalkan keputusan itu.


Sementara itu, di kawasan Batu, mesyuarat agung pada 29 September lalu kecoh dan terpaksa ditangguhkan apabila ada pihak yang membantah senarai calon serta menolak keputusan membenarkan perwakilan satu cawangan iaitu Taman Datuk Senu mengundi.


Menurut sumber yang hadir, keadaan menjadi kecoh sehingga seorang pemimpin kanan kawasan berang dan mendakwa ada usaha untuk "merampas dan menjatuhkan" kepimpinan PAS kawasan itu, lapor sebuah portal berita.


"Bagi saya, ini adalah usaha sekumpulan anak muda kita yang cuba menafikan pimpinan orang lama," kata Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin kepada The Malaysian Insider.


Ishak berkata, kekecohan berlaku apabila Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai Setiausaha Perhubungan dan Ketua Pemuda cuba mengambil alih proses pemilihan kawasan itu.


"Mengikut amalan kami di Wilayah Persekutuan ini, satu kawasan lain akan menyelia dan menjadi pemerhati mesyuarat kawasan ini. Dalam kes Batu, PAS kawasan Cheras yang diputuskan berbuat demikian. Bila Badan Perhubungan yang mengambil alih, mula timbulnya syak wasangka dan menimbulkan masalah ini," katanya.


Ishak menyertai PAS pada awal 1980-an selepas meninggalkan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Akibat kejadian itu, katanya, beliau dipandang serong oleh sesetengah pihak dalam PAS.


Selepas apa yang berlaku dalam mesyuarat itu, penyelia pemilihan mempertikaikan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Harian Kawasan untuk menolak perwakilan Taman Datuk Senu kerana mereka menghantar dua senarai perwakilan yang bercanggah.


"Bagi mengelak masalah timbul dalam mesyuarat agung, kami tolak kedua-dua kumpulan perwakilan cawangan itu. Namun apabila pemilihan hendak dibuat, penyelia pemilihan meminta perwakilan Datuk Senu diterima. Ini yang menimbulkan kekecohan," kata Ishak.


Sumber daripada Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan berkata, bagi pihak satu lagi pula, perwakilan Datuk Senu ditolak oleh PAS Kawasan Batu bertujuan menyekat pencalonan lain untuk jawatan Yang Dipertua Kawasan yang dipegang Ishak.


"Dalam mesyuarat agung semula selepas itu, Ishak menang tanpa bertanding untuk jawatan itu kerana bila ditolak pencalonan Datuk Senu hanya tinggal satu sahaja pencalonan untuk calon lain, sedangkan perlu dua pencalonan untuk menjadikan pencalonan itu sah," kata sumber itu.


Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu disambung semula pada 6 Oktober di Taman Gombak dan dalam mesyuarat itu, Ishak serta dua lagi pimpinan utama PAS Kawasan Batu menang tanpa bertanding untuk jawatan yang dipertua, timbalan dan naib.MI

6 comments:

Anonymous said...

Baru masuk pas dua hari dah nak tunjuk lagak pandai. Gila jawatan serupa umno. Ini semua kerana fulus. Banyak lagi puak pas yang baru ni kena belajar dan banyak lagi yang belum ikhlas ma..

cikmatgelap said...

klu takat pandai tapi tak cerdik,aku ingat kau dan org muda yg sepesern ngan kau,lebih baik jadi pecacai aje dah le,jgn le nak berangan2 nak jadi pemimpin,pergi lingkup dgn kau punya geng pemuda yg nak cuba bawa pas berundur setapak kebelakang....kau org2 semua jgn cuba berkhianat dgn org tua2 sanggup hidup mati di dalam perjuangan pas selama ini..jgn cuba nak menjahanam kan pas sangat di sayangi oleh pejuang2 lama

Anonymous said...

salam sdr/ri. perkara ini berlaku juga di Pas wangsa maju. tapi dalam keadaan senyap. pemuda berkomplot menggulingkan semua muka2 lama. TYDP, NYDP jadi mangsa. mereka dinafi dalam sistem pengundian yang meragukan.mereka juga ingin menggulingkan YDP tetapi dengan rundingan meraka bersetuju mengekal YDP lama. Akhirnya dlm mes AJK pertama isnin lalu YDP meletakkan jawatan kerana tidak selesa dikelilingi orang-orang muda yang agresif tak bertempat. YDP lama seorang profesyional, seorang doktor perubatan dihospital terkenal di K.L sekarang YDP W/Maju dipangku oleh TYDP baru seorang guru biasa. sangat bijak pemikiran orang muda yg baru melepasi umur pemuda menendang profesyional dari mengetuai PAS Kawasan. Kita lihat sejauh mana hebat nya AJK baru ni.

Anonymous said...

Jelas , ada gerakan yang pengeraknya ada dalam DPP Pusat yg bergerak secara terancang menjatuhkan pemimpin2 tertentu . Gerakan ini menggunakan alasan kempimpinan ulama bagi menghalalkan tindakan mereka.

Kumpulan ini bergerak aktif melalui DPP pusat. Ulama Palapes yg terlibat aktif di Perak. Gerakan ini aktif di WP dan Perak. Di negeri lain setakat ini tidak jelas penglibatan mereka. mungkin kerana tiada kepala untuk melaksanakan impian.

Anonymous said...

TAHALUF SIYASI PAS DAN PKR di wangsa Maju BAKAL BERKUBUR dengan terpilih AJK kawasan yang baru sememangnya 'tidak mesra' PKR.
semua AJK baru (kecuali dua orang lama, ketua bilik gerakan) yang lain nya adalah tidak pernah bertugas membantu kempen PR pada PRU 13 yg lalu di wangsa maju. sy tidak terkejut jika pas wangsa maju akan memutuskan hubungan dengan pkr dan meletakkan calun pas pada pru 14. dalam keadaan ini ada pro kontra nya sementelah pulak ahli parlimen PKR seperti meng anak tirikan petugas2 pas yang bertungkus lumus membantu kemenangan PR dulu. lansung tiada orang2 pas yang dilantik kejawatan tertentu di wangsa maju seperti pembantu khas ke, wakil melayu islam ke, bukan nya melayu dlm pkr tu tak islam tapi faham lah maksud sy. BALAS BUDI lah...

jaki said...

Dekat Penang pun sama. Golongan Pemuda rasa gah dgn pemikiran mereka. Cubaan utk rampasan kuasa telah bergerak secara halus. Pemikiran ahli disogok dgn propaganda buruk terhadap rakan pakatan PKR. Duit YB mereka nak. YB nak hadir program Xblh. Alasan, nanti nama YB tue jd glamer. Tapi duit nak.

Samaada melalui medan usrah, msyrt pemuda dsb. Mohon perhatian dan bantuan barisan tertinggi PAS.

Golongan Pemuda amat diperlukan. Tapi jgn biarkan mereka gah dgn riak takbur dlm diri. Neraka Jahanam menanti.

*adakah ini salah satu dari 'kokokan' perancangan jahat DIN Ayam akan Anak MeHantu Hadi Awang!