Tuesday, October 1, 2013

PEMILIHAN PAS!!! PAS Batu Gajah buat perubahan, Dr Ahmad Nuri kini YDP


Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau sebelum ini memenang jawatan Timbalan YDP.

YDP sebelum ini, Ismail Ariffin menang jawatan Timbalan YDP manakala Rosdy Abdullah kekal sebagai Naib YDP setelah mendapat undi tertinggi dalam pertembungan tiga penjuru.

Ketua Urusan Ulamak pula dipegang oleh Dr Muhammad Pisol Mat Isa apabila menang tanda bertanding.

Ketua Muslimat dan Pemuda juga turut menampilkan muka baru apabila disandang masing-masing oleh Ustazah Siti Aminah dan Ustaz Hakim Mohd Nor.

Walaupun ada persaingan dengan mengambil kira pencalonan daripada cawangan-cawangan, namun perjalanan Mesyuarat Agung PAS Batu Gajah kali ke yang diadakan pada 29 September lalu berjalan dengan penuh harmoni.BGM

No comments: