Sunday, October 13, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Siapa pencabar Khairy? Nasarudin, Suhaizan, Zulhazmi


Selepas pemilihan sayap Umno selesai semalam, kehangatan kempen kini mula membara dalam PAS, saingan utamanya dalam merebut undi Melayu.

Di peringkat sayap Pemuda parti Islam itu, persaingan untuk jawatan nombor satu dewan itu semakin jelas apabila akar umbi mula melobi secara terbuka untuk calon pilihan masing-masing.

Perkembangan ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya apabila hasrat mereka tidak dinyatakan dengan jelas, atas kepercayaan tradisi dalam PAS bahawa "calon berkempen akan kalah".
Jika tahun lepas Nasruddin Hassan menghadapi laluan mudah selepas 'mewarisi' kerusi itu daripada Salahuddin Ayub yang beralih ke peringkat naib presiden, kali ini kemungkinan besar permainannya tidak sama.

NONEPerkembangan terbaru menunjukkan sekurang-kurangnya bakal berlaku persaingan tiga penjuru antara tiga tokoh penting dalam dewan itu antara penyandang, Ketua Pemuda Johor Suhaizan Kaiat dan aktivis anti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Zulhazmi Shariff.

Batu Pahat buka panggung
Seperti mahu membuka panggung, PAS Batu Pahat tampil menjadi pihak pertama 'berkempen' untuk Suhaizan, pemimpin muda paling berpotensi mencabar kedudukan Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh.

"Kami berpandangan, Suhaizan memiliki kewibawaan serta kemampuan untuk membawa Pemuda PAS ke pentas nasional dalam memperjuangkan pelbagai isu yang timbul hari ini.

"Ini bukan cakap kosong...," katanya ketuanya Mohd Salleh Tamjis dalam kenyataan medianya yang memberikan pencalonan kawasannya kepada Suhaizan.

anti ppsmi rally 070209 climbing to palaceBeliau percaya, kewibawaan Suhaizan, antaranya ketika menggerakkan protes besar anti dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan mendepani isu-isu daftar pemilih sebelum ini.

Suhaizan dijangka mengumumkan kesediannya bertanding dalam masa terdekat. Manakala Zulhazmi sudah mengisytiharkannya hasratnya, malah kempennya dilihat sudah bermula di alam maya.

Setakat ini, masih tidak jelas congak Suhaizan setakat ini. Dalam pemilihan sebelum ini juga beliau dilihat bakal mencabar Nasrudin.

Bagaimanapun semua itu tidak menjadi kenyataan apabila beliau memilih berentap dengan Nik Abduh, anak mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk jawatan naib ketua, yang berakhir dengan kecundang.Malaysiakini

1 comment:

KUMIM ABDULLAH said...

Kepada semua Bangsa MELAYU ISLAM, tanpa mengira parti UMNO/PAS/PKR atau tak suka Parti… Pagi esok, 14/10/2013 adalah masa yang KRITIKAL kepada kita semua…. Justeru, marilah kita mengambil sedikit waktu untuk memohon kepada ALLAH dengan penuh Khusyuk dan Ikhlas… KENAPA??? Sila klik;

http://empayarkumim.blogspot.com/