Friday, October 11, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Suhaizan Kayat diangkat sebagai YDP PAS Pulai



PAS Kawasan Pulai mendapat Yang Dipertua (YDP) baru apabila Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat diangkat menjadi YDP mengantikan Abdullah Deris.

Dzulkifli Sulaiman kekal sebagai TYDP , manakala Azri Daud menjadi NYDP yang baru.

Mesyuarat agung PAS Kawasan Pulai menyaksikan tiada pertandingan bagi semua jawatan. Ia dilaksanakan dgn penuh kemurnian oleh SPR yg dilantik.


Suhaizan seorang aktivis yang rajin dan berani mendapat mandat sebulat suara dalam Mesyuarat agung PAS Kawasan Pulai.

Beliau adalah tokoh yang mengangkat nama Dewan Pemuda PAS Pusat apabila memimpin gerakan memansuhkan PPSMI .

Beliau juga berjaya membongkar kepincangan dalam daftar pemilih sehingga memaksa SPR mengesahkan terdapat 70 000 nama pengundi hantu dalam daftar pemilih.

Semuanya berlaku semasa beliau memegang jawatan dalam kepimpinan Pemuda PAS Pusat.

sumber SO

1 comment:

Anonymous said...

Bukan YDP coup de taut macama PUtrajaya ni.