Thursday, October 10, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ust. Nik Abduh umum berundur daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia?

Semasa ucapan penutup saya selaku pengarah program Ijtima Tarbawi 3.0 pemuda PAS di Pagoh, Johor 3 hari lepas, saya telah mengambil kesempatan untuk umumkan pengunduran diri saya daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk sesi akan datang.

Ia genap 10 tahun penglibatan saya di dalam DPPM yang bermula sejak 2003. Dengan umur saya yang telah melewati jauh rakan-rakan saya yang lain di dalam sayap par
ti yang gagah ini, saya fikir tibalah masanya untuk berundur dan memberi ruang kepada yang lebih muda, gagah, berkaliber dan layak untuk memimpin.

Saya mengecapi kemanisan kejayaan bersama rakan-rakan di dalam DPPM. Banyak sekali. Paling berguna buat saya, DPPM menjadi sandaran saya untuk istiqamah dalam perjuangan. Saat saya keletihan dan ditimpa musibah, DPPM sentiasa membakar semangat untuk terus maju.



Saya dibina di sini lebih daripada sumbangan saya membina DPPM.

Semoga saya sempat menyumbang bersama DPPM di hari-hari akhir ini di dalam kempen jihad PRK Sungai Limau nanti.

Majulah DPPM untuk negara. Majulah negara untuk ugama dan akhirat kita bersama.

Manalah tahu, saya boleh menulis travelog pelangi cinta bersama Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana Dr Riduan Mohd Nor nanti..-


Nik Mohamad Abduh

1 comment:

Anonymous said...

tulislah novel tentang buaya macam nih... http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8888#.UleZ6VDQmos