Friday, November 8, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Hanya Dato' Nik Amar cabar Haji Muhamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS

Selepas penerimaan pencalonan ditutup petang ini, sah akan berlaku pertembungan satu lawan satu antara penyandang timbalan presiden Mohd Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ini ekoran pengumuman di saat-saat akhir penerimaan pencalonan oleh Mohd Amar dan penolakan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa daripada bertanding jawatan itu.

Mohd Amar mengesahkan mencabar Mohamad dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Manakala Husam pula mengesahkan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang.

Menurut Husam, beliau membuat pilihan itu selepas mengambil kira pencalonan terbanyak yang diterimanya untuk mempertahankan jawatan - yang dianggap isi hati akar umbi.

"Saya memutuskan menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden PAS.

"Borang penerimaan pencalonan berkenaan diserahkan sekejap tadi," katanya melalui kenyataan lewat petang ini.

Lima orang dicalonkan bertanding jawatan itu, termasuk Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Salahuddin Ayub.

Bagaimanapun, Salahuddin menolaknya kelmarin manakala Tuan Ibrahim pula tengah malam tadi.

Pengumuman rasmi dijadual dibuat jawatankuasa pemilihan PAS pagi esok melalui suatu sidang media.

Sebelum ini, pengamat politik PAS menjangkakan Husam Musa akan bertanding jawatan timbalan presiden, menyebabkan pertembungan tiga penjuru dengan Mohamad dan Mohd Amar.

Beliau pada mulakan dikatakan akan membuat keputusan itu setelah Tuan Ibrahim mengumumkan untuk berentap di peringkat naib presiden sahaja.

mohamad sayuti omar"Setakat ini jawatan nombor dua Pas itu ada dua perebut antara Mohamad Sabu dan Husam Musa," tulis Mohd Sayuti Omar (gambar sebelah, kiri sekali) dalam blognya pagi ini.

Husam Isnin lalu dilaporkan hanya akan membuat keputusan untuk bertanding jawatan tertinggi parti selepas Tuan Ibrahim membuat keputusannya.

Pengumuman Mohd Amar juga sekali gus menjawab tanda tanya yang menjadi tumpuan pengamat politik PAS.

NONESumber yang rapat dengan Husam tengah hari ini memaklumkan hampir pasti Husam akan menerima pencalonan sebagai timbalan presiden.

Justeru, pengumuman Husam di saat-saat akhir petang ini menandakan beliau menukar fikiran setelah sekali lagi mempertimbangkan peluangnya.

Daripada aspek kewibawaan Husam dikatakan berpeluang membuat kejutan.

Ia dipercayai mengambil kira  beban yang mungkin menghantuinya ekoran kenyataannya yang tidak akan mencabar Mohamad sebelum ini.

2 comments:

Anonymous said...

Satu persoalan kenapa Tuan Ibrahim Tuan Man menolak pencalonan Timbalan Priseden kali ini sedangkan pada muktamar yang lepas beliau bertanding Timbalan macam ada sesuatu untuk menidakkan Nasharuddin memenangi jawatan Timbalan bahasa mudah untuk mengenepikan Nasha. Apakah ini mainan politik kotor yang diamalkan dlm Pas.

Anonymous said...

tarik dirilah nik amar. apa lagi mu nak.