Thursday, November 21, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Penyokong Dato' Tuan Ibrahim paling ramai mengalih undi kepada Haji Muhamad Sabu

 

Poll untuk jawatan Timbalan Presiden PAS yang tinggal beberapa jam lagi,  menyaksikan Haji Muhammad Sabu dengan memperoleh undian terbanyak iaitu 37 % daripada jumlah undian.

Walaupun pada peringkat awal undian Haji Muhamad Sabu berada di kedudukan ketiga di belakang Dato' Husam Musa dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Namun , selepas kedua-dua calon ini mengumumkan menolak pencalonan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Undi kepada Hj. Muhamad Sabu melonjak naik mengatasi kedua-dua calon ini.

Manakala undian terhadap Dato' Husam Musa dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man semakin berkurangan apabila pengundi yang awalnya mengundi mereka telah beralih undi kepada Haji Muhamad Sabu.


Paling mengejutkan pengurangan paling besar berlaku kepada undi Dato' Tuan Ibrahim menandakan bahawa pengundi Dato' Tuan Ibrahim paling ramai beralih undi kepada Haji Muhammad Sabu.

Undian untuk Dato' Nik Amar tidak menampakkan peningkatan mendadak walaupun kedua calon ini menolak bertanding. Justeru, dapat disimpulkan penyokong kedua calon terutama Dato' Tuan Ibrahim telah mengalih undi kepada Haji Muhamad Sabu bukan kepada Dato' Nik Amar.

Adakah , corak pilihan umum ini sama dengan corak pilihan perwakilan .Tunggu keputusan perwakilan ?

No comments: