Thursday, November 7, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ulama mampu rebut semula naib presiden PAS


pas muktamar 130610 idris ahmad



Selepas dua tahun, kumpulan pro-ulama dilihat mampu merebut semula sekurang-kurangnya satu daripada tiga kerusi naib presiden PAS yang sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh golongan profesional.

Kebangkitan mereka kali ini antaranya didorong oleh kegagalan mendapat tempat dalam pemilihan 2011 apabila dua 'heavyweight' agamawan PAS - Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad (kiri) - kecundang kepada penyandang sedia ada.

Kecuali pemilihan lalu, dalam tempoh sepuluh tahun terakhir, ulama sentiasa menjadi pilihan perwakilan sebagai salah seorang naib presiden bagi bergandingan dengan calon-calon profesional PAS.

Tokoh-tokoh pilihan naib presiden sebelum ini, Tan Sri Azizan Razak (2003), Datuk Dr Hasan Ali (2005), Ahmad Awang (2007) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (2009).

Dalam pemilihan kali ini, lima daripada 10 pemimpin yang dicalonkan PAS kawasan terdiri daripada golongan ulama, iaitu Tuan Ibrahim, Mohd Amar, Idris, Datuk Abu Bakar Chik dan Nasrudin Hassan.


pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuNasrudin bagaimanapun mengumumkan tidak akan berentap sebaliknya hanya mahu mencuba nasib sebagai ahli jawatankuasa pusat sahaja. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga tidak berminat turun pangkat dan rela berjuang bermati-matian di gelanggang sedia ada.

Perkembangan semasa menunjukkan Tuan Ibrahim paling berpeluang kembali ke jawatan yang pernah disandangnya empat tahun lalu.

Jumlah pencalonan naib presiden masih belum diketahui. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang bocor kepada media, beliau mendapat pencalonan terbanyak sebagai timbalan presiden – jawatan yang berisiko untuk direbutinya berbanding naib presiden.

Berdasarkan popularitinya, tidak mustahil pencalonan itu diterjemah kepada sokongan padu jika bekas penceramah popular Forum Perdana Ehwal Islam itu bertanding jawatan naib presiden.

NONEDengan perkataan lain, bekas pensyarah itu kini menjadi calon terbaik pro-ulama ke jawatan nombor tiga parti berbanding Mohd Amar, Idris dan Abu Bakar.

Sementara Idris pula masih perlu diperhatikan kerana masih mampu memberi tentangan sengit dalam percubaan kali keduanya selepas kalah tipis di tempat keempat pada pemilihan lalu, hanya kurang 125 undi untuk mendapat tempat.

Beliau mendapat 491 undi berbanding Salahuddin (753), Husam (660 undi) dan Mahfuz (616).

Bergelar ahli parlimen Bukit Gantang selepas pilihan raya umum Mei lalu memberi sedikit kelebihan kepada Idris kali ini. Anak kelahiran Perak itu juga mempunyai pengaruh tersendiri khususnya daripada negeri Darul Ridzuan itu.

Perak antara negeri yang mempunyai perwakilan teramai dalam muktamar PAS.

Manakala Abu Bakar sebagai pemimpin veteran PAS walaupun amat popular dan pernah memimpin sayap Pemuda suatu masa dahulu, kini dikatakan berdepan krisis hakisan sokongan dalam parti itu.

Mohd Amar pula mungkin tidak menyertai persaingan ini selepas dilihat cenderung bertanding di peringkat timbalan presiden.

BNONEagaimanapun, pengaruh penyandang sekarang tidak boleh diketepikan kerana kedudukan itu memberi kelebihan kepada mereka untuk lebih menyerlah. Soalnya, siapa yang mungkin terkorban ekoran asakan dua tokoh ulama tadi ke jawatan itu?

Pemerhati politik berpendapat Salahuddin dan Mahfuz mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan jawatan sedia ada.

Mahfuz yang juga pesuruhjaya PAS Kedah pula dilihat mengukuhkan populariti ekoran kejayaan memimpin jentera PAS mempertahankan Sungai Limau dalam pilihan raya kecil baru-baru ini walaupun digasak hebat BN.

Walaupun Salahuddin dan Husam masing-masing dilihat berjiwa besar kerana sanggup meneroka kawasan baru dalam pilihan raya umum lalu, kelebihan masih memihak kepada Salahuddin yang mempunyai perwatakan diplomasi dan disenangi kumpulan profesional dan ulama sekali gus.

NONEManakala Husam pula sering dimomok-momokkan sebagai tergolong dalam kumpulan 'Anwarinas' dalam PAS, seperti sentiasa diuar-uarkan oleh akhbar arus perdana.

Setakat ini, hanya Abu Bakar sahaja yang menyatakan pendirian bertanding jawatan itu.

Bagaimanapun, 'diam' itu dilihat bukan 'diam kosong' tetapi masing-masing masih mencongak peluang di saat-saat akhir sebelum penerimaan pencalonan ditutup pada Jumaat ini.

No comments: