Monday, September 23, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Jawatan Timbalan Presiden, Husam dapat sokongan perwakilan PAS Jerlun

PAS Kawasan Jerlun mencalonkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS bagi pemilihan parti tahun ini. Sementara itu, Naib Presiden, Datuk Paduka Husam Musa pula dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PAS. 

Pencalonan dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 52 PAS Kawasan tersebut yang berlangsung pada 16 September lalu di Markas PAS Kawasan, Lubuk Pinang di sini.

Dalam mesyuarat agung yang sama, para perwakilan juga bersetuju untuk mencalonkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad dan Salahuddin Ayub selaku Naib Presiden.


Bagi pemilihan jawatan -jawatan lain termasuk Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, para perwakilan bersetuju untuk menyerahkan kepada Jawantankuasa PAS Kawasan yang baru dipilih untuk sesi 2013-2015 untuk membuat keputusan.

Husam bergambar kenangan dengan Jawatankuasa PAS Kawasan Jerlun sambil menunjukkan simbol "#Rabia" sebagai tanda sokongan kepada rakyat Mesir. 

Husam merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 52 PAS Kawasan Jerlun yang berlangsung di Markas PAS Kawasan, Lubuk Pinang 16 September lalu. 

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya turut hadir selaku wakil Perhubungan PAS Kedah.

No comments: