Friday, January 10, 2014

GURU KENA KERAMBIT!!! Kisah guru yang baik, pelajar yang samseng

Pendedahan Cikgu Kena Kerambit Pelajar Punk | Sebelum ini akhbar tempatan telah menyiarkan berita tentang seorang pelajar yang telah mencederakan gurunya di hari pertama sekolah bermula.

Isu tersebut menerima perhatian masyarakat kerana tindakan pelajar tersebut yang keterlaluan apatah lagi dihari pertama persekolahan bermula.

Pendedahan Cikgu Kena Kerambit Pelajar Punk
Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis dekat sini telah ditahan polis gara-gara tindakannya mencederakan seorang guru lelaki yang menegurnya kerana menggayakan rambut ala punk pada hari pertama persekolahan Rabu lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi kelmarin di rumahnya di Kuala Perlis.

"Turut dirampas bersama suspek ialah gunting kecil yang diubah suai menjadi senjata kerambit untuk mencederakan guru terbabit,"
Tindakan ganas itu dilakukan pelajar itu di hadapan ibunya sendiri, sebelum pelajar berkenaan meninggalkan lokasi kejadian. Pelajar tersebut akhirnya berjaya ditahan polis dan direman selama emapt hari.

Guru Kena Kerambit Pelajar Punk

Menerusi artikel sebuah blog, seorang pembaca telah memberikan komen beliau terhadap isu cikgu yang telah dicederakan oleh pelajar tersebut.pingbusuk

3 comments:

Anonymous said...

Jurrasic Park huhuhu .... Allah sahaja yg mengetahui guru guru yg berhadapan pelajar sekarang...yg bagus mmg bagus..yg sederhana pun ok.... yg sedihnya yg sebenarnya tak tau apa sebab ke sekolah...masuk kelas nak mengajar pun dah habis modal dah... nak mengasuhpun....mmg mcm Jurassic Park.

Anonymous said...

Budak kampong sekarang tak same dulu , ni mak bapak pon macam gangster aje itu anak ikut. Lebih lebih lagi jika anak ketua cawangan nyok.

Anonymous said...

Perlis Negeri kecik masalah besar,Minggu pertama guru kena sigai dengan kerambit,minggu kedua pegawai JPN kena tibai dengan guru.Something wrong in Perlis Education Office,need totally resuffele.