Thursday, January 2, 2014

HALAL DARAH!!! Hujah Baghal dari Mufti Perak yang hanya ada umat UMNO


Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat membidas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (bawah) menyifatkan kenyataan Harussani itu seperti 'seorang mufti yang tak ada umat (penyokong)' berbanding tokoh agama tersohor Dr Yusuf al-Qaradhawi.


"Jika kita bandingkan dengan protes di Mesir, ada mufti Mesir, ulama kerajaan keluar kenyataan jangan (terlibat dalam) protes tapi Yusof al-Qardawi menyangkal dakwaan tersebut dan protes itu dihalalkan.


"Maka pandangan mufti Perak ini, boleh digambarkan dalam konteks begitu yang (mana) beliau tidak mempunyai umat (untuk mendapat sokongan)," kata ahli parlimen Bukit Katil itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.


Shamsul juga berkata himpunan membantah kenaikan harga barang itu berlangsung dengan aman memandangkan ia berkait dengan masalah ekonomi, sekali gus tidak berniat untuk menjatuhkan kerajaan.


"Ini bukan berlaku pertumpahan darah malah protes yang 50 peratus disertai orang muda berlaku aman. Pemimpin harus ditegur sekiranya mereka dalam sindrom penafian.


"Dan ada hadis juga berkata raja atau pemimpin yang demikian harus ditegur demi iman kita. Yang ditegur adalah kenaikan harga dan juga perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan yang merupakan pembaziran, adakah teguran demikian dianggap pengkhianat?" kata Shamsul.


'Keras dan keterlaluan'

Bersependapat dengan Shamsul, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata perhimpunan itu diadakan bagi rakyat menyatakan hasrat tidak tidak bersetuju dengan kenaikan harga barang sekali gus mendesak kerajaan supaya memberi perhatian.


Bahkan, kata Suhaizan (bawah), tindakan Harussani yang menyifatkan peserta demonstrasi sebagai pemberontak (bughah) sebagai satu kenyataan yang "keras dan keterlaluan".


"Dalam Perkara 10 perlembagaan negara, rakyat dibenarkan untuk berhimpun tanpa senjata. Perhimpunan yang dilaksanakan oleh anak muda bersama-sama rakyat jelata itu bukan nak menentang kerajaan.

"Jadi saya tidak bersetuju dan tidak timbul bughah kerana kita bergerak dalam konteks demokrasi. Kecuali kalau membawa senjata untuk menggulingkan kerajaan.


"Itu satu tuduhan yang keterlaluan. Terbukti ia himpunan aman dan bergerak dalam lingkungan perlembagaan. Apa masalahnya?" kata Suhaizan.


"Kita tidak bersetuju. Pandangan itu terlalu keras terhadap anak muda. Kita hanya mahu kerajaan menyelesaikan masalah kenaikan harga barang tapi dituduh bughah pula," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Mufti biawak.