Thursday, January 16, 2014

JAGA-JAGA!!! Pemuda 'Kangkung' hendak mengamuk



Kangkung disumbat dalam mulut patung Najib di Machang Bubuk, Pulau PinangPergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.

"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.


Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.

Kenyataan beliau telah dimuatnaik ke laman video YouTube dan mendapat tontonan ramai yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.

Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk "Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung" melalui BBC Trending.

Pemuda Umno negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan sekumpulan kecil penyokong PKR yang mempermainkan Najib dengan kangkung.

Mohd Johari menyifatkan perbuatan Adun Machang Bubuk, Pulau Pinang dari PKR menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika perdana menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah.

"Ia biadap dan kurang ajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini tidak akan membantu pun ke arah menurunkan kos saraan hidup.

"Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam negara kita," kata beliau. – 16 Januari, 2014.

2 comments:

vipmaster power said...

Bisnes Plan Paling Mantop !!
http://mantopbro.blogspot.com

Anonymous said...

Hendak mengamuk !!! Poh dah !!!
Bahlul2 ini nak buat apa. I reckon that its' best that you guys spend more time licking RosJibby arse !!!. Naj jadi juak konon nya dan akan dapat habuan. Ini lah sebenar motif mereka2 ni supaya Rosjibby beri mereka projek.