Wednesday, January 29, 2014

KENAL MAMAT PERKASA NI!!! Buat demo masjid akan diserang, tunggu punya tunggu apa pun tarak

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/03/Perkasa-Kasut-300x262.jpg Kenal mamat ni, orang sama beza cuma di atas siang, di bawah malam
Kenal tak mamat dalam gambar di atas, bukankah dia baru buat kacau semasa kes roboh gerai haram.

Tiba2 je buat demo konon ada orang nak bom masjid, dok hasut jamaah masjid suruh percaya temberang mereka.

Mana ada orang nak bom masjid , puak2 ni saja yang bagi hangat.

Kes baling bom petrol dalam masjid, kes banner Jesus di luar gereja sama macam kes baling kepala babi dalam masjid suatu ketika dulu.

Yang peliknya kepala babi tu di 'cover' dengan guni, sampai sekarang polis tak dapat kesan siapa punya angkara. 


Percaya la , polis tak dapat kesan punya siapa yang baling bom petrol dan siapa yang gantung banner jesus tu walaupun kemungkinan orang yang sama.

Kalau dapat tangkap, boleh tabik la.....

Balik cerita demo masjid nak diserang, maka tunggu la puak-puak ni. Tunggu punya tunggu habuk apa pun tarak. Buat ganggu jamaah masjid ada....

Baca la berita puak ni buat demo konon ada orang nak serang masjid.
 
Sekumpulan kira-kira 150 ahli NGO Melayu mengadakan protes di luar masjid Bayan Baru malam tadi kerana mengesyaki ada pihak-pihak tertentu merancang untuk "menyerang" masjid.
Difahamkan sepuluh buah NGO, termasuk Persatuan Belia Merong, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Persatuan Kebajikan Insan Mulia, PERKASA, Skuad Rejam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Al Ehsan, menyertai protes tersebut pada kira-kira 8 malam di luar masjid berkenaan.

Mereka mengutuk sepanduk memaparkan kalimah 'Allah' yang ditemui di luar lima buah gereja di Pulau Pinang pada hari Ahad walaupun pihak gereja telah membuat laporan polis menafikan mereka bertanggungjawab terhadap sepanduk tersebut.

Dengan membawa sepanduk yang menegaskan hak eksklusif penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang Islam, kumpulan tersebut kemudian berarak ke balai polis berdekatan Bayan Baru untuk membuat laporan berhubung perkara itu.

Gambar protes tersebut boleh didapati di blog dan Facebook tetapi tidak pasti siapakah penganjurnya atau sama ada pihak polis telah dimaklumkan mengenainya sepertimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.


Ketika dihubungi, polis Bayan Baru mengesahkan bahawa laporan polis dibuat di balai itu malam tadi terhadap penggunaan perkataan kalimah 'Allah' dalam Bible bahasa Melayu .


Pegawai polis berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan meminta supaya mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Polis Negeri, Datuk  Abdul Rahim Hanafi pada sebelah pagi.


Protes itu diadakan sehari selepas lima sepanduk kontroversi dengan perkataan "Allah is great, Jesus is the son of Allah" ditemui di luar pintu lima buah gereja, termasuk sebuah di tanah besar pada hari Ahad.


Gereja-gereja berkenaan adalah Gereja Assumption di Jalan Farquhar, Gereja St John Britto di Sungai Pinang, Gereja Immaculate Conception di Pulau Tikus,  Gereja Victory Lutheran di Island Glades  dan Gereja Nativity di Butterworth.

Beberapa jam selepas sepanduk ditemui, kira-kira jam 1.30 pagi, dua bom petrol dilemparkan ke dalam kawasan Gereja Assumption yang berusia 229 tahun.


Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku tetapi Abdul Rahim berkata setakat ini, 16 laporan telah dibuat berhubung kejadian itu dan lapan individu disoal siasat oleh polis.

No comments: