Tuesday, January 7, 2014

LULUS JUDI!!! UMNO, PERKASA, ISMA selar tindakan kerajaan DAP luluskan 22 permit Cabutan Khas 4D?

Anthony-LokeKUALA LUMPUR 7 JAN: DAP menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan 22 permit Cabutan Khas 4D kepada setiap syarikat nombor ramalan (NFO) di Semenanjung Malaysia untuk tahun 2014.

Kelulusan itu membabitkan 22 hari Selasa sepanjang tahun ini, yang mana syarikat perjudian akan mengadakan cabutan khas secara serentak bagi tiga syarikat besar.

Tiga syarikat itu adalah Magnum, Dmacai dan Sports Toto, sekali gus menyaksikan pertambahan 66 hari cabutan khas untuk Semenanjung Malaysia.

Bagi Sabah dan Sarawak, jumlah cabutan adalah lebih banyak kerana terdapat tiga lagi syarikat perjudian NFO yang beroperasi.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menegaskan, kerajaan pusat perlu membatalkan semua permit itu bagi membuktikan tidak bergantung kepada hasil aktiviti perjudian.

Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan tidak rasional itu adalah langkah ketandusan idea kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menambahkan hasil cukai.


“Adakah pertambahan permit cabutan khas ini adalah salah satu langkah pentadbiran Najib untuk menambah hasil cukai negara.

“Tahun demi tahun permit cabutan khas bertambah walaupun dibantah berulang kali oleh saya dan Ahli Parlimen lain di Dewan Rakyat. Saya membantah penambahan 22 hari cabutan kerana tiga kali cabutan setiap minggu sedia ada sudah keterlaluan dan ia perlu dikurangkan bukan ditambah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Dap, di sini, hari ini.

judi totoKatanya, pertambahan hari perjudian hanya akan menambahkan tempoh kerugian pelanggan dan mendorong kepada peningkatan kes hutang Ah Long dengan jumlah hari perjudian cabutan nombor ekor 178 hari tahun ini.

Berdasarkan jawapan Menteri Kewangan pada sidang Parlimen September lalu, kerajaan mengutip RM70.8 juta untuk cukai cabutan khas bagi tempoh Januari hingga Jun 2013.

Beliau berkata, jumlah cukai pertaruhan daripada enam syarikat operator nombor ramalan bagi tahun 2008 hingga 2012 adalah RM6.3 bilion, merujuk jawapan Parlimen, pada 31 Oktober lalu.

“Secara purata kerajaan mengutip RM1.26 bilion setiap tahun daripada perjudian nombor ramalan tidak termasuk daripada Kasino Genting Highlands dan mesin slot di kelab persatuan atau persendirian.

“Untuk mesin slot, cukai yang dikutip kerajaan RM73.6 juta, pada tahun 2010, RM77.3 juta (2011) dan RM82.4 juta (2012). Pendapatan yang dianggap sebagai ‘Sin tax’ perlu diasingkan dalam satu akaun khas demi menjaga sensitiviti umat Islam seperti yang didesak Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Cukai perjudian ini harus disalurkan untuk tujuan peruntukan masyarakat bukan Islam seperti sekolah vernakular dan mengadakan pusat pemulihan untuk mereka yang berjudi,” katanya.

No comments: