Sunday, January 19, 2014

PERKASA BERSUARA HARI INI!!! Tak kira ahli MCA, tak kira anak Rosmah semuanya Perkasa lawan

 Akhirnya Perkasa Johor buat demo depan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi, Johor kerana berang sebab guru besarnya paksa seorang guru wanita mualaf buka tudung jika mau mengajar di sekolah berkenaan.

Salah satu plakad yang dijulang oleh salah seorang ahli Perkasa berbunyi  .. " GURU BESAR TIDAK LAYAK DI MALAYSIA "  dengan lain perkataan mudah dan tepat .. guru besar tersebut tidak layak duduk di Malaysia maka mesti di halau keluar.


Perkasa sekurang-kurangnya sudah berbunyi walaupun bunyinya taraf kangkung tapi Pemuda UMNO masih membisu.OMAK KAU
FILEM ANAK ROSMAH PUN , PERKASA KUTUK
PERKASA melahirkan rasa kesal kerana banyak adegan lucah dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz.
Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat.
"Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya.

"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan mengharamkan tayangan filem itu baru-baru ini.

Riza dikatakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suami pertamanya yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Akhbar Daily Mail melaporkan negara UAE telah memotong satu pertiga filem tersebut lantaran aksi lucah serta dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem turut menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra ‘dadah, seks dan wang' itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan lucah dan kurang sopan.

Justeru Syed Hasan berkata, PERKASA menyokong pengharaman filem kerana ia pastinya dilakukan dengan teliti oleh pihak berwajib negara.

"Negara ini bukan negara yang mudah mahu mengharamkan sesuatu perkara terutama filem luar tetapi semua filem luar perlu faham tapisan sesebuah filem perlu dilakukan sebelum dibenarkan ditayangkan. 

"Difahamkan filem tersebut terlalu banyak adegan-adegan lucah dan ia tidak sesuai sekali ditayangkan di panggung-panggung di negara ini," kata beliau ~ Malaysiakini

No comments: