Monday, January 13, 2014

TUKAR PRESIDEN FAM!!! Adakah UMNO dan PERKASA akan buat demo bantah Nik Nazmi?

FAMKUALA LUMPUR 12 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu melaksanakan reformasi menyeluruh termasuk rombakan liga domestik bagi memperbaiki mutu bola sepak negara.

Katanya, perubahan itu perlu bermula dengan menukar presiden FAM yang telah menguasai badan induk  itu sejak 30 tahun lalu, sedangkan mutu bola sepak negara masih di takuk lama.

“Bagi mengangkat martabat bola sepak Malaysia, kita memerlukan reformasi menyeluruh bermula dengan penukaran presiden FAM dan struktur organisasi tersebut, liga domestik sehinggalah program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.


“Hanya apabila isu-isu tersebut diselesaikan – dan ini memerlukan masa yang lama – kita dapat mempertimbangkan jurulatih kebangsaan berprestij untuk membimbing Harimau Malaya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberi pandangan berikutan FAM sedang mempertimbangkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan Jepun, Afrika Selatan dan Nigeria, Philippe Troussier untuk menggantikan K Rajagopal sebagai jurulatih Harimau Malaya.

Selain Troussier, nama Zdenek Zeman (bekas jurulatih Roma, Itali), Bob Houghton dari England, Rudi Voeller dari Jerman dan bekas jurulatih Singapura Radojko Avramovic turut dikaitkan dengan kerusi panas tersebut.

Menurut Nik Nazmi, beliau dimaklumkan Troussier meminta lebih RM400,000 sebulan atau RM4 juta setahun untuk memberikan khidmat kepada pasukan kebangsaan.

Justeru beliau menyambut baik kenyataan dari Kementeria Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara yang tidak bersetuju dengan cadangan perlantikan jurulatih yang mahal buat negara.

Beliau memberikan contoh negara seperti Jepun yang ketinggalan dalam arena bola sepak pada 1990 an, namun mampu bangkit selepas merangka strategi dengan menggariskan pelan 100 tahun bagi memajukan sukan berkenaan.

“Kini, lebih kurang dua dekad kemudian pelan mereka sudah membuahkan hasil apabila Jepun layak ke Piala Dunia berturut-turut sejak 1998 dan kini berada di tangga no 2 ranking FIFA di Asia,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya menunggu Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi  dan berharap rancangan itu akan  menekankan matlamat jangka panjang bagi kemajuan bola sepak negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58222

2 comments:

Anonymous said...

Siapa yang mampu dan berkuasa tukat mereka?
Samalah macam orang gesa ko lerpaskan semula jawatan yang ko sandang tuh secara sukarela. Beri kepada orang lain. Boleh ke ko buat macam tuh.?

Anonymous said...

Sila ke website ni http://bit.ly/1cUJ9om