Wednesday, January 22, 2014

VIDEO TUMBUK PEGAWAI KERAJAAN!!! Rupanya, pegawai kerajaan yang ditumbuk bukan oleh pemilik gerai tapi penyangak Perkasam




Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikasari semasa operasi meroboh premis penjaja di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang di George Town semalam.   

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua lelaki berumur antara 30 dan 36 tahun itu ditahan antara pukul 10.30 pagi dan 3 petang ini di sekitar Teluk Bahang.


"Kesemua lelaki itu bukan peniaga tetapi penduduk tempatan kawasan itu dan kami sedang mempertimbang keperluan mendapatkan perintah tahanan reman," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.


    





Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai-gerai
penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan.

2 comments:

Salatus Salatin said...

Roboh gerai. Roboh gerai Melayu?
Hang jangan fitnah ooo. Guan Eng tak kan naya orang oooo...

Anonymous said...

pegawai Melayu jadi mangsa perkasa. Gerai haram tetap haram walaupun melayu yang buat. bodo punya cacai