Wednesday, February 26, 2014

KERANA UMNO SUKA BERLAKON!!! 43 orang India Muslim sertai PAS di Pulau Pinang

JELUTONG: Seramai 43 orang India Muslim sekitar Jelutong bertindak menyertai PAS apabila menyedari Umno dan BN tidak bertindak apa-apa dalam membantu rakyat berdepan kenaikan harga barangan harian kata, Timbalan Yang Dipertua PAS Jelutong, Yusof Mohd Noor.

Beliau ketika ditemui baru-baru ini menambah, pujian harus diberikan kepada ahli baru dalam kalangan India Muslim yang diketuai oleh Iskandar Abdullah.

Kata beliau, hari ini PAS telah diterima oleh berbagai bangsa dan warna kulit tidak tertumpu pada orang Melayu sahaja.

Kemasukan masyarakat India Muslim memantapkan lagi slogan "PAS For All" yang menjadi tema utama PAS dan dipopularkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat kendalian Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa.


Iskandar berkata, kemasukan seramai 43 orang rakan-rakannya bukan atas paksaan daripada mana mana pihak tetapi timbul daripada kesedaran sendiri apabila melihat senario negara waktu ini.

"Kami sepakat sudah tidak tahan lagi dengan lakonan yang dimainkan oleh kepimpinan negara sekarang.

"Banyak lakonan mereka sumbang dan tak menjadi. Ramai rakyat dah muak melihat lakonan yang sama sepanjang hari," tegas beliau yang menjalankan perniagaan sebuah restoran nasi kandar di Jalan Chulia, Georgetown.

Bagi beliau, kenaikan harga barangan seharian cukup membebankan rakyat bawahan kerana ratarata mereka berpendapatan tidak seberapa.

Bukan itu sahaja ujarnya, kenaikan harga minyak juga merupakan 'ibu kenaikan' segala-galanya sehinggakan ada pihak yang mengambil kesempatan menaikan harga barangan lain ke tahap yang tidak sepatutnya.

"Kerajaan BN nampak gayanya, berterusan menekan rakyat sendiri tanpa mencari jalan terbaik atasi pergolakan ekonomi," tegas beliau.

Iskandar berkata, kepimpinan BN yang ada asyik bertelagah, mencari peluang sendiri, merebut jawatan serta lebih malang sanggup menjual aset negara semata-mata mahu menyelamatkan kroni mereka.

"Apa nak jadi kalau kepimpinan yang kita harapkan tidak jalankan amanah dengan baik dan sempurna? Melainkan kita tinggalkan Umno-BN yang kini sudah tidak berkesan lagi memperjungkan nasib rakyat, " tambahnya.

Borang penyertaan ahli baru PAS Jelutong itu diserahkan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sewaktu Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Jelutong di perkarangan Dewan Orang Ramai Jalan Petani, baru-baru ini.

2 comments:

opisboi said...

kah3x nanti bila ada prk jelutung..ulaq2 ini akan buat press statement keluar pas msk umno

Anonymous said...

Haha... Ini mamak baik punya. Bukan mamak puak kutty kerala banyak menyusahkan orang. Tapi hati2.. Mamak tetap mamak....