Friday, February 21, 2014

PRK KAJANG!!! Caloh 'Melayu' pilihan Brahim Ali tak yakin menang?


Calon BN untuk pilihan raya kecil Kajang, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun optimis tentang peluangnya untuk menang dalam pilihan raya pada 23 Mac ini.

"Kemungkinan untuk kita menang adalah tak begitu menggalakkan tetapi kita akan bekerja keras.

"Kalau saya kata saya yakin akan menang saya bohong, tapi keadaannya akan berubah kerana kita ada tempoh sebulan lagi," katanya dalam reaksi segera selepas diumumkan sebagai calon dan ditemui di perkarangan ibu pejabat Umno petang tadi.

Ditanya tentang kelebihannya berbanding calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan Pakatan Rakyat sebagai calon mereka, Chew Mei Fun menjawab seperti berikut:


"Saya akan berkhidmat dengan sepenuh hati.

"Pada pandangan saya, orang Kajang perlukan seseorang yang bukan sahaja boleh menyuarakan isi hati mereka, tetapi juga sentiasa dilihat berada di sana (Kajang), boleh dihubungi dan wakil rakyatnya sentiasa ada di sana".

Selain Anwar dan Mei Fun, Datuk Zaid Ibrahim dan Senator Nallakaruppan juga telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas di situ.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetap tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian akan diadakan pada 23 Mac.

No comments: