Sunday, February 16, 2014

PROVOKASI LAMA BERULANG!!! Daging babi di depan pintu masjid, buat laporan polis, tahu jawapan polis?


gambar hiasan
 
BUKIT MERTAJAM - Seorang jemaah terkejut apabila menemui seketul daging babi yang diletakkan di hadapan pintu Masjid Cherok Tokun di Machang Bubok di sini pagi tadi.

Kejadian disedari seorang jemaah berusia 78 tahun yang semasa itu baru memasuki ke perkarangan masjid terbabit bagi menunaikan solat subuh kira-kira pukul 5.30 pagi.

Bagaimanapun, warga emas terbabit terus melaporkan kejadian itu ke balai polis berhampiran sebaik mendapati daging tersebut merupakan daging babi.

Difahamkan, laporan dibuat kerana tidak puas hati dengan kejadian yang berlaku namun tidak mengesyaki mana-mana individu terlibat. - KOSMO!

No comments: