Dalam langkah yang dianggap sedikit luar biasa, SPR akhirnya mengumumkan
tarikh pembuangan undi bagi pilihanraya kecil DUN Kajang ialah pada 23
Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula pada 11 Mac.
Luar
biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara
rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang pada 27 Januari dan hampir
dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari
pengundian.
Meskipun perkara ini dibenarkan iaitu SPR mesti menetapkan tarikh
pilihanraya dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dimaklumkan mengenai
kekosongan kerusi DUN Kajang oleh Speaker Selangor, namun menetapkan
tarikh sehingga ke penghujung tempoh tidak pernah berlaku sebelum ini.
Biasanya SPR akan menetapkan tarikh sesebuah pilihanraya hanya beberapa
minggu selepas mereka dimaklumkan mengenai kekosongan sesebuah kerusi
itu.
Dalam pilihanraya kecil terakhir iaitu di Kuala Besut berikutan kematian
ADUNnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013, SPR yang membuat
pengumuman mengenai tarikh pilihanraya kecil tersebut pada 5 Julai,
telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian pada
24 Julai.
Jarak masa daripada tarikh pengumuman dibuat dengan tarikh penamaan calonnya seminggu sahaja.
Begitu juga dalam pilihanraya umum ke 13 lalu di mana selepas saja
Parlimen dibubarkan pada 3 April oleh Perdana Menteri, Najib Razak,
beberapa hari selepas itu SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon
ialah pada 20 April manakala hari pengundian pula pada 5 Mei.
Jarak masa daripada Parlimen dibubarkan dengan tarikh penamaan calon hanyalah 17 hari sahaja.
Namun dalam pilihanraya kecil Kajang di mana SPR dimaklumkan secara
rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut ialah pada 27 Januari, tetapi
mereka menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pembuangan
undi pada 23 Mac.
Ini bermakna jarak masa daripada tarikh kekosongan kerusi DUN Kajang
dengan tarikh penamaan calon ialah selama 44 hari manakala jarak masa
sehingga hari pengundian pula ialah 56 hari.
Terlihat ada ada sedikit keanehan di sini. Tetapi jawapan Pengerusi SPR,
Abdul Aziz Yusof ialah, "SPR tidak menjangka langsung akan ada
pilihanraya kecil ini. Buat masa ini kita menumpukan perhatian kepada
urusan lain dibawah tanggungjawab SPR. Tetapi apabila pengumuman yang
tidak disangka-sangka ini berlaku iaitu ada wakil rakyat neletakkan
jawatan, kita kena ubah gear...ubah semua sekali untuk membuat
persediaan," jelasnya.
Selain itu, tambahnya, SPR juga perlu menyediakan daftar pemilih yang
lengkap, seberapa bersih yang mungkin, tempat mengundi, tempat penamaan
calon, tempat pengiraan undi dan semua ini mesti dipersetujui pemilik
bangunan.
Dalam masa yang sama, ujar beliau, SPR juga perlu menguruskan mengenai
dakwat kekal yang turut memakan masa dan juga latihan untuk mengelakkan
berlakunya kesilapan dalam mengisi borang dan sebagainya.
Ok, logik ke jawapan SPR itu atau ia satu lagi lawak jenaka dalam negara?
Penamaan calon bagi pilihanraya umum di seluruh negara yang memerlukan
SPR membuat lebih persediaan dan latihan, boleh diadakan 17 hari selepas
Parlimen dibubarkan tetapi hanya untuk satu DUN Kajang, SPR memerlukan
44 hari membuat persiapan.
Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kedengaran mengenai tindakan SPR
menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang yang begitu lewat
daripada kebiasaannya.
Antaranya ia dikaitkan dengan kes rayuan kes
liwat Anwar di Mahkamah Rayuan yang akan didengar pada 11 Februari ini.
Wujud andaian bahawa kes tersebut akan digunakan sebagai bahan kempen
pilihanraya dah ini merupakan kaitan yang tidak boleh diketepikan.
Tambahan pula Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan sudah pun
mengesahkannya.
Spekulasi lain ialah mengenai pemberian BR1M yang akan bermula pada
pertengahan Februari ini dan tempoh pembayaran dijangka selesai dalam
masa sebulan.
BN dikatakan memerlukan BR1M sebagai salah satu bahan
kempen utamanya di Kajang dan bagi menunjukkan kepada pengundi pemberian
itu merupakan salah satu usaha kerajaan menangani kos sara hidup rakyat
yang sedang meningkat.
Alasan lain mengapa pilihanraya kecil ini dilewatkan ialah untuk
meletihkan Anwar dan jentera Pakatan Rakyat.
Memandangkan mereka sudah
mula turun padang mengadakan majlis penerangan, kempen dan program turun
padang menemui pengundi sebaik saja DUN Kajang diisytiharkan kosong
dan Anwar diumumkan sebagai calonnya, semua itu terpaksa diteruskan
sehingga ke hari pengundian.
Ini bermakna untuk pilihanraya kecil Kajang ini, Anwar dan jentera
Pakatan terpaksa meneruskan kempen dan bakal berkempen hampir dua bulan
lamanya. Ini berbeza dengan UMNO dan BN yang belum pun menggerakkan
jenteranya lagi.
Meskipun BN tiada harapan untuk menang, tetapi dengan melewatkan tarikh
pilihanraya boleh membuatkan ramai orang keletihan, jemu, bosan dan
mungkin sesetengahnya pula akan menyalahkan Anwar dan Pakatan kerana
sengaja membenarkan ADUNnya meletak jawatan serta menimbulkan kesusahan
dengan adanya pilihanraya kecil ini.
Strategi ini bersama bantuan BR1M dan keputusan Mahkamah Rayuan
sekurang-kurangnya diharapkan melemahkan Anwar dan menjadikan undi
diperolehinya turut menurun.
Memandangkan mencapai kemenangan nampak
mustahil, mengurangkan undi adalah pilihan yang dianggap terbaik bagi BN
berbanding tidak meletakkan calon yang mungkin ditafsirkan sudah
mengaku kalah sebelum berjuang. (SH 05/02/2014)
4 comments:
SPR memang macam tu. Dulu kini dan selamanya.... Sori... selama BN memerintah saja.
Orang-orang yang menerajui SPR adalah setan dan iblis yang bertuhankan UMNO. Didunia mungkin bermaharajalela tetapi mesti ingat dengan kematian, UMNO tidak akan dapat menolong. Taubat dan beribadah pada ALLAH dan buatlah perkara-pekara yang tidak mendatangkan dosa.
Barua tetap barua! Lebih masa untuk memburukan kerajaan.
SPR mungkin lebih betul di sebut Suruhanjaya Penipu Rakyat
sri hartamas
Post a Comment