Saturday, March 15, 2014

HANYA DI MALAYSIA SOALAN BERTULIS!!! Wartawan asing tanya soalan lisan ditolak, sidang media jam 5. 10 petang dibatalkan

 
Wartawan asing kena tolak selepas bertanya soalan kepada PM Najib. PM Najib tak dapat jawab. Memalukan! - ABC news report!
 
Sidang media teknikal MH370 bagi menjawab sebarang soalan berkenaan penjelasan perdana menteri tengahari tadi dibatalkan kerana pihak berkuasa memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti soalan-soalan yang dikemukakan wartawan secara bertulis.

Seorang jurucakap sekretariat media dari Jabatan Penerangan, Jagjit Singh memaklumkan perkara itu kepada wartawan sekitar jam 5.10 petang tadi.


Selepas sidang media awal tengahari tadi, wartawan yang ingin mengajukan soalan diminta mengemukakannya secara bertulis di atas kertas kajang bersaiz A4 yang disediakan Jabatan Penerangan.


Wartawan meja bahasa Inggeris Malaysiakini, Koh Jun Lin sendiri mengemukakan enam soalan untuk dijawab.


Sekretariat media memaklumkan pihak berkuasa akan menjawab soalan-soalan yang telah diajukan dalam sidang media pada jam 5.30 petang esok.



"Mereka (pihak berkuasa) sedang menelitinya," kata Jagjit.


Difahamkan 10 helai kertas soalan diserahkan kepada sekretariat daripada lebih 200 organisasi media yang membuat liputan kehilangan ini.


Hari ini merupakan hari kelapan pesawat MH370 hilang selepas gagal dikesan menara kawalan pada Sabtu lalu.RM

2 comments:

Anonymous said...

Org jadi PM dia pun nak jadi PM. PM org lain semuanya 1st class matelity tapi Najib PM tanpa degree sama dgn mentality taraf SPM. Kita rakyat yg memilih pemimpin dungu dan korup lah yang terkena balanya.

Anonymous said...

Lu la yg pilih