Monday, March 3, 2014

INIKAH MANUSIA?!!! Paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia


Daim-Zainuddin

KAJANG: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara Menteri kabinet paling rasuah apabila menggunakan proksi di luar negara untuk membina empayar perniagaan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.

“Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi, ” katanya.


“Kalau kamu buat ‘open study’ (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini,” kata Anwar dalam ceramah di Taman Saga Emas di Kajang sempena perasmian bilik gerakan jentera dDaerah Mengundi Bandar Kajang.

Kata Anwar pada amalan korupsi yang dilakukan Tun Daim wajar didedahkan untuk mengelakkan rakyat daripada terus diperbodohkan.

“Jika Najib punya integriti, dia perlu bertanggung jawab dengan apa yang dilakukan dan apa yang dicuri oleh Tun Daim Zainuddin dan bagi balik kepada rakyat, ” kata Anwar.

“Kalau tidak bercakap, mereka ingat macam orang (rakyat Malaysia) tidak tahu, ” katanya.

Hadir sama Cdalam program ceramah tersebut ialah ahli parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, Adun Taman Templer, Tuan Zaidi Abdul Talib pimpinan KEADILAN Selangor.

No comments: