Sunday, April 27, 2014

11 800 PENGUNDI ISLAM BUKIT GELUGUR!!! Jika ikut pendirian ISMA kena letak calon, Abdullah Zaik tak berani Hafiz Nordin galang gantinya?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQeh1hUdxw5CBs2yQMeWRJrpa0mk-u4oUm_ZBJDlTsIe0BesJqes6a9Zi0TLpf17ljnjo-ZAJz0Fb0UwBA82arJcLwbL8qxyB7Ct7H91-TKohfDM6HfocqVSedkPJ8q0jxoQvhP4KRm_Vo/s400/DSC_0092.JPG
JIKA IKUT PENDIRIAN ISMA , MEMANG PATUT ISMA LETAK CALON UNTUK SELAMATKAN UNDI MUSLIM TAPI BERANIKAH ISMA?

LEBIH 11 RIBU PENGUNDI MUSLIM SEBENARNYA SUDAH MEMENUHI SYARAT MELAYAKKAN ISMA MELETAKKAN CALONNYA

ISMA BOLEH LAGI GUNA LAMBANG BERJASA MACAM PRU 13

ANDAI ABDULLAH ZAIK TAK BERANI , ISMA BOLEH TAJA HAFIZ NORDIN YANG SUDAH AKTIF DI PULAU PINANG

HAFIZ NORDIN SUDAH PASTINYA CALON BERWIBAWA BAGI ISMA

TERPULANG PADA ISMA , SAMA ADA MASIH BERPEGANG PADA PENDIRIAN ATAU SANGGUP MELUPAKANNYA 

BACA KENYATAAN PRESIDEN ISMA SEMASA PRU 13 LALU........


BANGI, 2 Feb. - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman hari ini mengumumkan pendirian ISMA untuk terlibat dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Menurut beliau, ISMA akan menghantar calon-calon untuk bertanding di kawasan-kawasan yang dikenalpasti berpotensi dan selari dengan dasar serta tujuan penglibatan politik ISMA.

Pendirian ini dinyatakan dalam satu sidang media yang diadakan di sini petang tadi.

Abdullah berkata, keputusan ini diambil oleh Majlis Syura ISMA setelah mengadakan perbincangan yang mendalam dan mengambil kira senario politik semasa serta pelbagai kajian dan bacaan politik yang menjangkakan negara akan menghadapi situasi ketidakstabilan politik nanti.

“Kita berhasrat untuk menyelamatkan undi-undi umat Islam agar pergi ke calon-calon yang beragama Islam dan berwibawa.

“Kita tidak mahu undi-undi ini menjadi peluru sesat yang akhirnya membunuh masa depan umat Islam sendiri,” jelasnya.

Beliau berkata, perincian mengenai di mana dan berapa bilangan kawasan yang akan ditandingi oleh calon-calon daripada ISMA akan dimaklumkan kelak.

Abdullah menyatakan harapan agar masyarakat Islam dapat memberi sokongan yang padu terhadap usaha murni ISMA serta memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang akan dikemukakan kelak.

No comments: