Saturday, April 26, 2014

HUDUD!!! Dulu kata akan sokong, hari ini Ku Li dah lain nadanya



Hukum hudud yang dirancang dilaksanakan di Kelantan dibimbangi akan menimbulkan konflik agama di negara ini, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Gambar fail The Malaysian Insider. 





















Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bimbang hukum hudud yang dirancang dilaksanakan PAS di Kelantan boleh menimbulkan konflik agama bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata, sejak PAS menimbulkan semula isu itu, sudah nampak bantahan daripada kalangan bukan Islam, dan PAS juga jelas menolak segala pandangan mana-mana parti gabungannya dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, keadaan itu sesuatu yang mungkin berdepan dengan kerumitan dan sudah tentu perlu merujuk kepada Perlembagaan negara yang menjadi asas kekuatan kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Bagi kita orang Melayu dan parti Umno tidak menjadi masalah dalam perkara tersebut (hukum hudud)," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Profesional Muda Tempatan di Gua Musang, hari ini.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, masalah yang bakal dihadapi itu perlu difikirkan bersama, sama ada mereka yang berjawatan tinggi atau penduduk biasa, yang berpegang kepada ajaran Islam.


Katanya, Perkara 8 Perlembagaan negara adalah rujukan yang jelas kepada rakyat berbilang kaum di negara ini supaya tidak menimbulkan perpecahan yang boleh menjejaskan keamanan negara.

Sebelum ini, PAS Kelantan melalui ahli Parlimennya akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini. – Bernama, 26 April, 2014.

No comments: