Friday, April 18, 2014

SISI POSITIF!!! 3 kisah Mendiang Karpal yang tidak boleh ditutup UMNO


Pemimpin dan ahli-ahli UMNO memberikan riaaksi yang bercampur-campur di dalam isu kematian Karpal Singh.

Di saat ketika ada diantara pemimpin UMNO yang bersimpati dan mengucap takziah kepada keluarga mendiang disamping ada yang turut melahirkan kekaguman terhadap Karpal Singh, namun rata-rata para macai UMNO terus melamparkan penghinaan terhadap mendiang.

Kami paparkan beberapa kisah, sekalipun Karpal dikatakan oleh beberapa macai sebagai anti-hudud malah anti-Islam, namun kisah-kisah di bawah membuktikan disebaliknya.


Jasa Mendiang karpal Singh Membela Islam yang dizalimi Umno

Kuala Lumpur : Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalil Yaakob, pernah mengeluarkan arahan supaya semua wanita yang bekerja dengan kerajaan tidak memakai purdah. Sila rujuk artikel The Star bertarikh 12 Mac 1985.

Walaupun purdah ini hukumnya tidak wajib dalam Islam, namun ia tetap sebahagian dari syariat Islam.

Terdapat wanita-wanita Islam yang telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan termasuk pelajar-pelajar universiti yang dibuang universiti kerana memakai purdah.

Kes yang paling popular adalah kes Halimatusaadiah Kamaruddin. Beliau bertugas sebagai kerani umum di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak.

Pada 6 Ogos 1986, Halimatusaadiah dibuang dari jawatan kerani umum kerana beliau memakai purdah.

Halimatusaadiah kemudiannya menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau diwakili oleh peguam Karpal Singh. Ya benar, Karpal Singh pernah membela seorang mangsa kezaliman Umno kerana memakai purdah.

Yang hairannya, Umno tidak pernah mengambil tindakan terhadap pekerja-pekerja Islam yang memakai pakaian seksi dan terdedah aurat. Hanya mereka yang memakai purdah sahaja yang dizalimi oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Tapi, bekas diktator Tunisia juga pernah mengharamkan purdah. Akhir sekali, beliau terpaksa mencari perlindungan di negara yang mewajibkan purdah pada semua perempuan. Mungkin Umno juga bakal mengikut jejak langkah bekas diktator Tunisia itu.

Juga, ia menunjukkan sikap anti Islam Umno ini sejak zaman berzaman. Bermula dengan loteri Umno 1951, lepas tu pembukaan kilang-kilang arak dan pada tahun 80an pengharaman purdah.

Ini adalah identiti sebenar Umno. Mereka adalah puak-puak yang anti kepada Islam dan benci kepada Islam. Mereka lebih suka menyembah seorang pelakon porno dari melaksanakan hukum hudud.


,br>
KISAH KEDUA

Imam Muda Asyraf mengenang jasa mendiang Karpal Singh



Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau kini dikenali sebagai IM Asyraf merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda. Dalam Tweet beliau hari ini menyatakan bahawa Mendiang Karpal Singh antara yang terawal anjur majlis khas untuk rai beliau sebulan selepas Programm Imam Muda Astro 2010.

Mendiang Karpal Singh antara yg terawal anjur majlis khas utk rai sy sebulan slps Pgrm Imam Muda Astro 2010




KISAH 3





Kelab greenboc

3 comments:

Anonymous said...

Saya rasa terharu kerana saya antara orang kafir yg berjaya revert ke islam semasa masih hidup ni, alhamdulillah ya Allah. Pasti Allah swt tahu jasa mendiang pada agama islam, di zaman nabi ada juga orang kafir yg brjasa pada islam. Syurga neraka itu milik Allah swt, hanya Dia yg layak menentukan. Bukan kita. Semoga kita mghargai hidayah yg Allah berikan, dan tanggungjawab kita brdakwah pada mereka yg masih kafir.

Anonymous said...

Ikhlas kepada kebenaran. Keadilan tidak beza antara pengikut agama. Yang salah tetap salah. Yang korup tetap korup. Yang kejam tetap kejam.
Takan lah keadilan untuk penganut Islam sahaja?

Anonymous said...

tahniah kepada anda kerana telah menemui jalan sebenar