Saturday, May 24, 2014

ADIL POLIS MALAYSIA!!! Yang patut kena tahan Samseng UMNO , tapi yang ditahan Petugas Pakatan Rakyat

Seorang lelaki cuba menghalang calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud semasa sesi bertemu pengundi di Taman Padang Tembak hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2014. LELAKI DI ATAS YANG PATUT KENA TAHAN TAPI....

Polis menahan seorang lelaki yang didakwa mengugut untuk membunuh seorang anggota parti politik pagi Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Mohd Zaki Harun berkata dalam kejadian pukul 4 pagi di Taman Ratna, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, suspek melakukan ugutan bunuh terhadap mangsa yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di sebuah bilik gerakan partinya.
  
Mohd Zaki berkata suspek yang berusia 50 tahun itu ditahan oleh Pasukan Cantas Khas Perak dan Pasukan Cantas Bukit Aman pada hari yang sama di Durian Tunggal, Melaka.
    


"Berdasarkan siasatan suspek yang memiliki lima rekod jenayah lampau dibawa ke Teluk Intan untuk direman selama dua hari bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak semalam,

Beliau berkata polis akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan yang mungkin turut terlibat dengan kejadian tersebut.
  
Menurutnya, tangkapan itu merupakan yang pertama sepanjang tempoh kempen PRK Teluk Intan yang berlangsung sejak Isnin lepas.
  
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, katanya.

- Bernama


YANG KENA TAHAN PETUGAS DHPP



TELUK INTAN: Seorang petugas Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ditahan polis berhubung insiden merampas bendera membabitkannya dengan ahli parti Makkal Sakhti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Suria Narayanan, bekas Naib Ketua DHPP Pusat ditahan malam tadi mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan atas dakwaan mengugut ahli parti Makkal Sakti selepas ada dari kalangan mereka mencabut bendera DAP.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, menurut maklumat, penahanan ini akan dilanjutkan selama dua hari dan kemungkinan esok akan dilepaskan bergantung kepada siasatan.

Beliau mendapat pengesahan tersebut daripada Balai Polis Hilir Perak, Teluk Intan.

No comments: