Monday, May 12, 2014

HANYA KERANA MAJLIS KAHWIN ANAK!!! Ahmad Said , Adun Ajil keluar UMNO, dua lagi Adun BN hilang

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi Malaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.


Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.

"Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

5 comments:

Anonymous said...

Ini balasan dunia yg diterima olih Najib. Dulu dia jatuhkan kerajaan Perak pimpinan PR dengan merasuah bukan sahaja 3 Adun PR tetapi memberi contract kpd Gamuda( semua tahu siapa punya).

SEkarang Kerajaan Trengganu pimpinan Umno akan tumbang. Hanya ada 15 kerusi setakat ni( ada lagi berbanding 15 PR dan dua bebas.

Ini dikatakan " tit for tat".

Anonymous said...

Bila terasa hati dan ego tercabar, what else.

Anonymous said...

haha pasai perkhawinan anak kkkkkkk hahaha peergi north pole study apa pula bila said jadi sciestist hah panggil lah hisabmudin pandai selasai mh370 / podah semua umno memberlangsung tda qualifications inilah akibat bila mamak melayu lantik menteri2 bodoh tnya kinabatangan pandai bising / kalau bole taanya ssamyveloo/ pandai nyanyi mgr lagu india /kalau pasai hudud tanya hindu ssangam batu caves

Anonymous said...

Kah!kah!kah! Bezanya amat besar untuk keluarga Ahmad Said. Jatuh muka!

"Majlis perkahwinan anak Menteri Besar" berbanding sekarang "Majlis perkahwinan anak BEKAS Menteri Besar"

Qaseh Bonda said...

Hati siapa tak retak bila kad kawin sudah di edarkan. Segala sudah dtempah. Lokasi kejadian sudah tertera dikediaman MB.

Retak lagi hati bapa Altantuya bila anak diletupkan. Hancur lagi jiwa sanak saudara bila MH 370 lenyap dari dunia.

Satu persatu bakal menimpa angkara kezaliman diri sendiri. Jangan kita lupa Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sekelip mata pun jua.

What goes around comes around. What we give, we get back.