KUALA LUMPUR 15 MEI: Krisis peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said
sebagai Menteri Besar Terengganu belum berakhir, sebaliknya babak kedua
baharu sahaja bermula dan mungkin menjadi lebih buruk, kata Pengerusi
KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
Katanya, terdapat desas desus tiga Adun yang mengikuti Ahmad Said dan
keluar daripada Umno dijanjikan jawatan sebagai Exco sekiranya kembali
semula ke pangkuan parti itu.
“Ini menimbulkan rasa sangat tidak berpuas hati di kalangan Adun yang
tidak dilantik sebagai exco dan menyebabkan muncul beberapa kumpulan
kecil (di kalangan Adun).
“Jadi masalah ini tak akan selesai, malah akan memburukkan suasana.
Babak kedua adalah apabila pelantikan exco baru menggantikan exco yang
lama.
“Episod ketegangan dan pergaduhan mungkin lebih berpanjangan. Babak
kedua ini akan diikuti babak ketiga di dalam DUN apabila menteri besar
yang baru akan diuji dengan undi tak percaya,” ujar Azan.
Katanya, sama ada undi tidak percaya itu diusulkan Pakatan atau BN
sendiri, beliau yakin kalangan ADUN yang tidak terpilih sebagai exco
akan memberontak.
Selain itu, katanya, Umno kini bimbang jika pihak tertentu membawa
kes itu ke mahkamah berikutan keputusan Ahmad Said bersama tiga lagi
Adun mengisyitiharkan diri mereka sebagai Adun bebas baru-baru ini.
“Dari segi perundangan, BN tidak
punya hak memerintah Terengganu kerana beberapa Adun menjadi bebas dan
mereka hilang kuasa majoriti.
Mereka bimbang jika ada pihak tertentu
usul ke peringkat mahkamah dan menjadikan isu ini isu perundangan.
Kerajaan negeri yang ada tak boleh bertahan lama selagi tidak mendapat
fresh mandate daripada rakyat,” ujarnya.
Azan yang juga Adun Bandar berkata, episod di Terengganu kini dilihat
menjadi lebih parah apabila terdapat pegawai kerajaan negeri ditukar
kerana dilabel pengikut setia Ahmad Said.
“Mereka ini dilabelkan sesetengahnya masih bersama bekas menteri
besar. Pertukaran pimpinan adalah perkara biasa, tetapi pertukaran dan
pemecatan pegawai kerajaan tidak ubah seperti mengulangi kesilapan
pertama dengan menukar Ahmad Said sebagai MB serta merta,” katanya
menganggap keputusan itu politik balas dendam oleh menteri besar yang
baharu, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman.
Beliau merujuk tiga pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar yang
ditukar berkuatkuasa 14 Mei lalu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif
Terengganu Incorporated Sdn Berhad, Datuk Wan Ahamad Wan Muda yang
ditukar sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan
Terengganu.
“Sekarang banyak pihak beranggapan, isu ini telah reda. Sebenarnya
ini baru tamat babak pertama kerana babak kedua baru saja bermula,” kata
Azan.
Katanya suasana politik di Terengganu ini menyebabkan arahan daripada
pentadbiran kerajaan negeri masih kabur dan tidak jelas, sehingga
mengganggu kelancaran pentadbiran.
“Terdapat politiking dalam jabatan kerajaan atau perkhidmatan
pentadbiran negeri. Ada fail dilapor hilang, surat yang dibatalkan atau
tidak sah.
“Tambahan exco yang ada tidak pasti kedudukan dan nasib
masing-masing. Maka berlaku suasana seperti keretapi yang terputus
kepala, huru hara dan kelicinan pentadbiran tidak berlaku,” ujar Azan.
“Saya melihat bahawa ujian sangat getir jelas diletak kepada menteri
besar yang baru yang tidak mempunyai pengalaman dan hanya dua penggal
sebagai Adun. Dia kini diberi tanggungjawab sebagai MB dan memasuki
pejabat MB dalam suasana yang genting dalam krisis sebegini,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61574
3 comments:
last sekali giliran pm pula...
Pi mampus la diorang tu, masing2 ego dan PM pula bengong! Dia ingat buat lagu ni PRU14 boleh dapat majoriti 2/3, pegidah!!!
para penyangak & penyamun berebut harta qarun ?kah kah kah ! ABU !
Post a Comment