Sunday, March 2, 2014

MINTA MAAF ATAU PROTES BESAR!!! Amaran Panglima Rosmah kepada Malaysiakini


NNGO yang terkenal dengan 'senaman punggung' hari ini mahu mengadakan protes terhadap Malaysiakini kerana laporan mengenai isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom (kanan, berbaju kuning) berkata, laporan Malaysiakini 27 Februari lalu berhubung kesibukan Rosmah sehingga tiada masa untuk hobi, tidak tepat dan berniat jahat.

"Saya rasa amat terkilan dengan tindakan Malaysiakini. Kenapa Malaysiakini tidak spin bila Datin Seri memberi sumbangan melawat kebakaran, melawat mangsa banjir di Bandar Tun Razak.

“Benda baik kenapa Malaysiakini tidak mahu spin? Tidak mahu agungkan atau beri ucapan tahniah kepada isteri PM," kata beliau dalam sidang media hari ini.


'Datang dengan surat, bukan pistol'

Ali yang turut mengetuai Sekretariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT) memberi tempoh 7 hari kepada Malaysiakini untuk memohon maaf atau berdepan dengan protes besar-besaran NGO itu.

Bagaimanapun Ali berkata beliau perlu meminta permit dari polis di bawah Akta Perhimpunan Aman terlebih dahulu sebelum mengadakan protes tersebut.

Beliau turut berkata hanya akan membawa 20 hingga 30 orang kerana tidak mahu mengganggu lalu lintas dan perniagaan pada hari tersebut.

"NGO ini ikut peraturan sedia ada, perlu ambil kelulusan polis dahulu... tak ada botol, kaca, pistol kita datang dengan surat sahaja, kita suarakan bantahan itu.

"Bagi saya tak perlu bawa 1,000, 2,000, itu budaya songsang, budaya hura-hara rosakkan kedai orang lain," kata beliau.

3 comments:

Anonymous said...

lu bawa budaya gila babi.

Anonymous said...

kalu aku jadi polis biarkan mereka buat perhimpunan, yg pastinya tak ramai yg hadir. kalu setakat 20 atau 30 puluh orang lebih baik buat senaman punggung

Anonymous said...

ada pesta tari ponggung lahni....hidup melayu yg layuk....he,he,he