Sunday, March 15, 2015

PEMILIHAN PAS : KOTA BHARU NAMAKAN CALON PRESIDEN BARU

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/tuan%20ibrahim-.jpg 
KOTA BHARU: PAS Kawasan Kota Bharu mencalonkan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti itu. 

Keputusan itu diputuskan menerusi mesyuarat khas PAS Kawasan Kota Bharu dipengerusikan Yang Dipertua, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, sebentar tadi. 

Keputusan itu sekali gus mengejutkan ramai pihak dan PAS Kawasan Kota Bharu menjadi kawasan pertama yang mencalonkan nama lain selain Abdul Hadi.

Menjelaskan keputusan itu, Wan Rahim berkata ia dibuat berikutan Abdul Hadi kini semakin keuzuran dan yakin keputusan itu turut dipersetujui presiden parti. 

"Pada mesyuarat malam ini, daripada 13 ahli jawatankuasa yang mengundi, 11 daripadanya memilih Tuan Ibrahim manakala dua lagi berkecuali.

"Kami yakin dengan kemampuan Tuan Ibrahim yang berpengalaman dalam parti selain banyak mendapat tunjuk ajar dan menjadi anak didik Abdul Hadi," katanya dalam sidang media di sini malam ini. 

Keputusan itu katanya, bukan bermakna pihaknya hilang kepercayaan atau menentang Presiden parti, sebaliknya faktor kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan kami memilih Tuan Ibrahim.

"Malah, kami yakin Abdul Hadi juga tidak mahu mempertahankan jawatan itu dan memberi laluan kepada orang lain," katanya. 

Mengikut Wan Rahim, bagi mengelakkan kontroversi PAS Kawasan Kota Bharu malam tadi hanya mencalonkan jawatan Presiden manakala bagi jawatan tertinggi lain menyerahkannya kepada PAS kawasan lain. 

PAS kawasan itu juga katanya, tidak memaklumkan terlebih dulu kepada Tuan Ibrahim dan menyerahkan kepada Naib Presiden itu sama ada menerima atau menolak pencalonan itu. 

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, sebelum ini pernah menjadi ADUN Jengka pada 1999-2004.BH

Kota Bharu: Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dicalonkan untuk mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan parti itu, Jun depan.
Ini berikutan tindakan PAS Kawasan Kota Bharu yang mencalonkan Tuan Ibrahim bagi merebut jawatan Presiden dalam mesyuarat khas yang berakhir tadi.
Yang Dipertuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, 11 daripada 13 ahli jawatankuasa yang bermesyuarat setuju mencalonkan Tuan Ibrahim untuk merebut jawatan Presiden.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35749?m=1#sthash.oxA8avzk.dpuf

No comments: