KUALA LUMPUR, 9 Dis. : Pemasyhuran Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, tidak perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan persekutuan kerana Majlis Perajaan lebih berkuasa dalam perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata apabila berlakunya sesuatu lantikan oleh majlis tersebut, apa yang perlu dilakukan ialah pemasyhuran iaitu memaklumkan kepada rakyat.
“Sebagai kerajaan, sebenarnya kita tidak boleh campur tangan dalam apa yang berlaku di dalam institusi beraja di Kelantan kerana mereka ada Majlis Perajaan yang boleh menentukan siapa yang berhak menjadi sultan.
“Apabila mereka telah menentukan siapa yang menjadi raja, proses seterusnya ialah pemasyhuran, maknanya memaklumkan kepada rakyat. Jadi, kalau kita faham sistem ini, tidak ada ruang dan sebab mengapa pihak kerajaan pusat, mengapa kerajaan negeri dan mengapa rakyat rakyat perlu mempertikaikan apa yang berlaku di istana Kelantan itu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini yang meminta Majlis Raja-Raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.
Ketika membuat kenyataan itu, Tengku Razaleigh turut mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan.
“Ini hak mereka (pemasyhuran) dan tidak ada kena mengena dari segi mesti mendapat persetujuan, malahan recognition daripada kerajaan pusat pun tidak perlu kerana apa yang diputuskan oleh Majlis Perajaan itulah mesti diterima oleh semua,” kata Mohamed Nazri.
Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lepas setelah ayahanda baginda menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lepas.
Mohamed Nazri berkata permintaan Tengku Razaleigh tidak perlu diberi perhatian kerana institusi beraja di Kelantan telah wujud sebelum kewujudan kerajaan pusat pada 1957 malah tidak pernah berlaku pemasyhuran sultan perlu melibatkan persetujuan kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri.
“Saya katakan di sini tak ada masalah pun sebenarnya dalam pemasyhuran itu. Jadi, tak kan lah jika hanya seorang, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah tidak berpuas hati kita akan ambil kira pandangan beliau dan tidak pernah berlaku pun rakyat, kerajaan pusat atau kerajaan negeri dilibatkan dalam soal pemasyhuran sultan,” katanya.
Beliau berkata isu tersebut juga tidak layak dibawa ke mahkamah khas kerana mahkamah itu hanya untuk membicarakan salah laku seorang raja, bukan untuk membicarakan pertikaian sama ada pemasyhuran itu sah atau sebaliknya.
“Pemasyhuran ini perlu diterima semua. Ia bukan boleh menjadi pertikaian di mana-mana mahkamah pun. Apabila telah dimasyhurkan Tuanku Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan dan dimaklumkan kepada pusat dan kita terima, bukan untuk kita iktiraf pun kerana ia tak perlu pengiktirafan daripada kita (kerajaan pusat),” katanya.
Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. – Bernama
MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT





Beliau yang sedang bercuti di luar negara berkata, kerajaan tidak prihatin masalah rakyat di hujung tahun yang memerlukan perbelanjaan bagi menyediakan keperluan untuk anak-anak bersekolah.
Ini kerana, katanya, demonstrasi hanya diadakan "di tempat tertentu, fokus tidak sampai dan memerlukan ramai orang supaya ada kesannya".
'Ia mudah dibuat dan menaikkan sepanduk di kawasan strategik di kawasan tertentu di negeri ini... Kita akan laksanakan secepat mungkin kerana isu ini masih baru," katanya.
Manakala setiausaha PKR Perak Datuk Abdul Halim Husin berkata bersetuju dengan kempen tersebut kerana mendakwa media arus perdana "tidak membuat hebahan berhubung kenaikan harga bahan api dan makanan tersebut".
Beliau juga setuju supaya diadakan demontrasi membantah kenaikan tersebut bagaimanapun, perkara tersebut perlu kepada perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Sivanesan yang juga ADUN Sungkai berkata beliau akan menggantung sendiri kain rentang di kawasannya dan akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat DAP negeri dua minggu lagi.
Ini kerana, kata Sivanesan (kanan), rakyat berpendapatan sederhana menerima kesan daripada kenaikkan itu lebih-lebih lagi menjelang sesi persekolahan di buka awal tahun depan.
Menurutnya Suaram menyokong sebarang langkah sama ada menaikan kain rentang, poster atau demonstrasi untuk menyedarkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan.










