Tuesday, January 25, 2011

Semakin ramai puji Cikgu Mala, kecam Umno


KUALA LUMPUR, 25 Jan: Isu salam antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim timbul mungkin disebabkan kegagalan Umno sendiri menjelaskan norma-norma Islam kepada orang bukan Islam.

Menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Faizal Abdul Aziz, mungkin Umno tidak pernah mengamalkan norma-norma tersebut menyebabkan bukan Islam menjadi keliru.

Beliau berpendapat isu tersebut sepatutnya tidak perlu dipolitikkan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang.

Ini kerana, tindakan calon PAS, Normala Sudirman enggan bersalam dengan lelaki, satu masej yang baik kerana Islam melarang bersentuhan antara lelaki dan perempuan kecuali muhrimnya.

"Bagi saya secara peribadi isu itu tidak elok dipolitikkan sebab isu salam itu tertulis dalam al- Quran yang kita tidak boleh bersentuhan antara kelaki dan perempuan kecuali muhrimnya," katanya kepada Harakah .

Baru-baru ini, Presiden MCA Dato' Seri Chua Sua Lek dipetik, secara sindiran mempersoal cara Normala dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersalaman di Tenang.

"Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," Dr Chua dipetik.

Menyokong pendirian Normala itu, Faizal berkata tindakan calon PAS tidak bersalam dengan lelaki adalah satu sikap yang wajar dipuji kerana telah pertahan syariat Islam.

Tambahnya lagi, jika beliau tidak bersalam pun, perpaduan kaum tidak akan terjejas.

Beliau berkata, di zaman nabi SAW perpaduan tetap utuh walaupun nabi seorang yang islamik.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, meskipun dalam masyarakat bukan Melayu, berjabat tangan antara lelaki dan perempuan amalan biasa, tetapi dalam agama Islam ada batasannya.

Kerana itu katanya, tindakan Normala memakai sarung tangan untuk berjabat tangan dengan orang lelaki semasa berkempen di Tenang tidak wajar dipertikai khususnya oleh MCA.

Katanya, sekalipun Dun Tenang kubu kuat Umno Normala tetap ikhlas turun ke sana walaupun bersalam dengan bersarung tangan.

"Kalau pakai sarung tangan tak apa, dan MCA memang suka jadikan isu-isu itu sebagai bahan mereka untuk menang.

"BN hendak dapat lebih 5000 undi dan kalau dia tak main isu seperti mungkin mereka tidak ada peluang," ujarnya.

Read more ...

Cikgu Mala tidak mahu serang peribadi lawan

Biarpun diserang dengan pelbagai fitnah, kempen calon PAS, Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala, bertemu pengundi Dun Tenang sedikit pun tidak terjejas.

Pada sidang medianya semalam, Cikgu Mala menampilkan keperibadian yang tinggi apabila menjelaskan beliau tidak akan sesekali membalasnya dengan membuat serangan peribadi kepada pihak lawan.

"Saya tak akan buat serangan peribadi terhadap pihak lawan. Itu pendirian saya walau apa pun mereka buat pada saya.

"Saya percaya Tuhan akan melindungi saya," katanya.

Tambahnya lagi, beliau sedikitpun tidak terkesan dengan serangan peribadi yang dibuat terhadapnya kerana telah membuat persedian awal sebelum nekad menerima tawaran menjadi calon.

Selain itu katanya, beliau tidak mahu membuang masa untuk menjawab fitnah tersebut kerana mahu fokus bertemu seramai mungkin pengundi Dun Tenang sepanjang tempoh kempen ini.

"Saya telah buat persiapan jiwa dan mental...saya sentiasa berdoa agar Tuhan melindungi saya.

"Ianya sedikit pun tidak melemahkan perjuangan saya untuk membela nasib rakyat," ujarnya lagi.

Sejak tempoh kempen bermula 22 Januari lalu, Ciku Mala berdepan beberapa serangan peribadi yang dilemparkan Umno BN.

Ianya termasuk isu tidak bersalam dengan lelaki ketika hari penamaan calon yang dibangkitkan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Selepas itu, Cikgu Mala kemudiannya memakai sarung tangan bagi membolehkannya bersalam dengan semua orang.

Namun beliau tetap diserang dengan mempersoal kenapa bersalam dengan wanita juga memakai sarung tangan.

Bagaimanapun, isu itu telah dijelaskan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang mengatakan ia bukan isu kerana setiap kaum mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan salam dan bersalaman.

Selain itu, Cikgu Mala turut difitnah sebagai pernah bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak".

Tuduhan itu dilaporkan dibuat oleh ahli parlimen Labis Chua Tee Yong.

Bagaimanapun Cikgu Mala menafikan perkara itu malah PAS mencabar Chua menyatakan di mana, bila dan tempat, calon PAS bercakap sedemikian.

Chua juga diberi tempoh 24 jam bagi menjelaskan tuduhan tersebut, atau berdepan tindakan saman fitnah yang dijangka akan dikemukakan PAS sekiranya tiada jawapan munasabah dari Chua dalam tempoh tersebut.

Read more ...

Interlok : Bahas secara ilmiah dan terbuka


LABIS 25 Jan. : PAS mengambil pendirian bahawa novel Interlok yang dijadikan buku teks di Tingkatan 5 tidak seharusnya dinilai dari sudut perkauman tetapi dari aspek seni sastera yang mengambarkan konteks sosial sejarah mengenai tiga etnik terbesar di negara ini.

Justeru kekeliruan fakta dalam novel tersebut harus dibahas secara ilmiah dan keterbukaan intelektual tinggi tanpa menjejaskan tujuan buku yang ditulis oleh sasterawan negara Abdullah Hussian menurut kenyataan media Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Kenyataan itu diumumkan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Mujahid Yusof Rawa.

"PAS menyeru isu ini digarap dengan penuh teliti dan penuh sensitiviti oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan menekankan supaya semua pihak terlibat perlu menggunakan saluran berbincang dan dialog bagi mencari jalan penyelesaian yang berkesan," menurut beliau.

PAS turut menyeru supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menghina martabat sesuatu kaum.

Read more ...

Umno angkuh, rakyat boleh nilai

Tolak Usul: Bukti Umno Angkuh


SHAH ALAM 25 Jan. : Keputusan Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri Selangor semalam memperlihatkan sikap tidak jujur Umno-Barisan Nasional (BN) dalam memartabatkan Institusi Raja-Raja Melayu.

Menurut Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin memberi peluang kepada rakyat untuk menilai siapa yang menolak institusi Raja.

"Ini satu perkara yang pada saya telah membuka minda masyarakat Melayu khususnya di Selangor tentang sikap dan wajah sebenar Umno.

"Semalam menunjukan Umno tidak ikhlas dan hanya sekadar melaungkan slogan rektorik politik untuk mempertahankan Institusi Raja-raja Melayu," katanya.

Usaha kerajaan negeri menerusi sidang Khas DUN semalam untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri Selangor kepada Sultan Selangor tetapi tidak dapat diluluskan ekoran ketiadaan sokongan dua pertiga.

Keputusan usul itu diumumkan oleh Speaker, Datuk Teng Chang Khim di mana 34 anggota dari Pakatan Rakyat menyokong manakala 20 wakil rakyat Barisan Nasional pula menolak.

Shamsul ketika dihubungi Tv Selangor berkata Umno seperti biasa, terus bersikap angkuh sedangkan Pakatan Rakyat sering dimomokkan dengan andaian pemerintahan Pakatan Rakyat terus-terusan menolak Institusi Diraja.

"Itu adalah satu andaian yang meleset kerana kita telah berjaya membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa dalam hal-hal yang berkaitan dengan maruah institusi Raja pihak kami lebih jujur dan ikhlas," katanya.

Mengulas tentang kualiti perbahasan persidangan semalam, Shamsul berpendapat wakil rakyat dari Umno-BN pasif dan kelihatan tidak bersedia dengan memberi penjelasan yang kurang fakta dan mantap berbanding wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Tambahnya lagi, insiden ini juga secara tidak langsung mengambarkan kewibawaan seseorang wakil rakyat yang dipilih untuk mewakili suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri.

"Pimpinan Pakatan Rakyat nampak lebih mantap dan jauh lebih bersedia daripada hujah-hujah Barisan Nasional, jadi pada saya inilah kualiti sebenar wakil rakyat yang dihidangkan kepada rakyat kerana mereka perlu tahu apabila mereka memilih wakil rakyat mereka harus memilih wakil rakyat yang mampu membela nasib mereka secara keseluruhannya," katanya.

Read more ...

Anak Chua Soi Lek gagal buktikan tuduhan, mula berdolak dalih

NONESetelah diberi tempoh 24 jam daripada PAS supaya membuktikan kenyataannya bahawa calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan pemilik kedai bukan Islam berhubung penjualan arak, ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong cuba berdolak-dalih.

Jika pagi semalam, Chua berkata kepada sebuah portal berita beliau tetap dengan kenyataanya tetapi enggan menamakan pemilik kedai berkenaan tetapi pada lewat petang, Chua menukar nadanya.

Laporan The Malaysian Insider memetik Chua sebagai berkata,” Sudah tentu, saya tidak boleh menamakan kedai itu, pemiliknya tidak mahu dikenali”.

Namun apabila diasak wartawan di sebuah majlis ketika kempen pilihan raya kecil Tenang di Labis, Chua menafikan beliau membuat laporan itu dan mendakwa laporan The Malaysian Insider adalah tidak tepat.

"Semasa berkempen, ada pengundi tanya sama ada penjualan arak akan dihentikan jika calon PAS dipilih, saya jawab mungkin.”

Berikutan kenyataan itu, PAS memberi Chua 24 jam bagi membuktikan bahawa Normala mempersoalkan jualan arak ataupun berhadapan dengan saman fitnah jika gagal berbuat demikian.

Menurut sebuah laporan China Press, Chua dilaporkan berkata, "Mengikut maklumat yang saya terima, semasa kempen Normala, dia bertanya kepada seorang pemilik kedai kopi mengapa bir dijual. Pemilik kata itu adalah haknya untuk berbuat demikian.”

tenang by election day 1 230111 normala greets public"Kami mahu beliau (Chua) memberikan nama kedai kopi itu (dan juga), tarikh dan masa Normala berkata demikian sebelum tengahari (esok).

"Jika tidak, kita akan memfailkan saman fitnah ke atasnya,” kata timbalan pesuruhjaya PAS Johor yang juga penyelaras pilihan raya kecil parti itu, Dzulkefly Ahmad, kepada wartawan.

Chua berkata beliau belum membaca laporan China Press kerana sibuk dengan kemp[en pilihan raya kecil.

"Saya mesti tunggu surat dari mereka (PAS) sebelum boleh beri ulasan.”

Diasak wartawan, Chua berkata, beliau tidak secara langsung menafikan laporan berkenaan tetapi meminta wartawan melaporakan apa yang dikatannya.

Read more ...

Calon Umno pernah disaman, Umno tidak selidik calon

Calon BN Ada Rekod Mahkamah

LABIS 25 Jan. : PAS hari ini mendedahkan bukti calon Barisan Nasional (BN) terlibat dalam kes mahkamah berhubung lelongan tanah di Segamat pada tahun 2003.

Azahar Ibrahim sebelum ini telah disaman pada 2004 oleh pemilik tanah Mansor Mohamad di Mahkamah Tinggi Muar berikutan melelong tanah tanpa kebenaran pemilik ketika beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Pengarah Pilihanraya Kecil PAS DUN Tenang, Salehuddin Ayub berkata kecuaian calon BN itu membuktikan beliau tidak seharusnya diberi mandat membela nasib rakyat di kawasan itu.

"Bukankah kerana kecuaian dan kelalaian calon Umno selaku Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan hartanah Mansor Mohamad telah dengan tidak sah dilelong pada 1/12/2003 dengan harga RM 70 ribu," kata beliau dalam sidang media pagi tadi.

Salehuddin turut mempersoalkan isu integriti calon yang diketengahkan BN.

"Pendedahan ini menunjukkan bahawa sejak dari awal Umno dengan sengaja menyembunyikan fakta kerana sedar rakyat akan menolak calon Umno itu," jelasnya lagi.

Pada 18 September 2003, Perintah Jualan telah dikeluarkan oleh Azahar kepada hartanah Mansor Mohamad mengakibatkan tahan beliau dilelongan pada Disember tahun yang sama.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Hakim Datuk Asmadi Asnawi pada tahun 2008 memutuskan lalu membenarkan tuntutan Mansor ke atas Azahar Ibrahim yang pada masa itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian dan kelalaian sebelum beliau ditukarkan ke Pejabat Tanah Daerah Rengit.

Justeru Salehuddin berkata PAS akan menunggu respon daripada calon Umno dan menjelaskan perkara tersebut disamping bersedia untuk bertanggungjawab ke atas dakwaan yang dikemukakan terhadap calon BN DUN Tenang itu.

Salehuddin turut mengingatkan pengundi bahawa tidak mengadaikan maruah dan masa depan dengan memilih calon BN yang telah dibuktikan mahkamah menganiayai rakyat.

"Mengapa calon yang telah dibuktikan oleh mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam diamanahkan namun masih lagi dicalonkan oleh Umno bagi mewakili rakyat DUN Tenang," soalnya.

Dalam sidang media yang sama, mangsa Mansor Mohamad berkata sehingga kini geran tersebut masih belum ditukar ke atas nama beliau.

Tambahnya beliau tidak mengemukakan sebarang saman kepada Pejabat Tanah Daerah Segamat sebaliknya hanya menuntut kembali hak tanahnya.

Read more ...

Monday, January 24, 2011

Kes bohong lagi : Umno jadikan BN parti Bohong Negara

Keluar PKR : Mereka BOHONG lagi...



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tasek Gelugor pada hari ini terpanggil membuat sidang media untuk menjawab fitnah jahat yang tersiar di dalam Akhbar Sinar Harian (Bertarikh Isnin, 24 Januari 2011 / Bahagian Seberang Perai Utara, m/s: U26).

Artikel berita yang bertajuk “120 Ahli PKR Keluar Parti” itu jelas merupakan satu pembohongan besar yang direka-reka untuk memburuk-burukkan KEADILAN secara am, dan KEADILAN Tasek Gelugor secara khususnya.

KEADILAN Tasek Gelugor dengan ini menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut, yang dinyatakan sendiri oleh Sdr. S. Thevadas yang mewakili “kumpulan 120 ahli PKR yang keluar parti” tersebut. Sebagai bukti & rekod bertulis, KEADILAN Tasek Gelugor hanya memiliki 22 orang ahli sah yang berdaftar di Ladang Mayfield.

Dan yang bermasalah dan mengepalai ‘Majlis Keluar Parti’ itu hanyalah S. Thevadas seorang dan 10 orang yang bersamanya pada hari tersebut, bukanlah dari ahli KEADILAN Ladang Mayfield, tetapi mereka semuanya adalah penyokong-penyokong MIC! Persoalan terbesar adalah, dari mana datangnya sampai 120 orang ahli yang keluar dari parti ini sepertimana yang didakwa oleh S.Thevadas?

KEADILAN Tasek Gelugor juga menyelar tindakan UMNO & Barisan Nasional Tasek Gelugor yang diwakili oleh AJK UMNO Tasek Gelugor, Dr. Mohd. Radzi Yusof yang bertindak menerima ‘pembohongan’ tersebut semalam. Adalah dipercayai, tindakan UMNO mengiktiraf penipuan ini, adalah berkait rapat dengan agenda jahat mereka untuk menjadikan isu ini sebagai bahan kempen BN di PRK DUN Tenang.

Tindakan terdesak UMNO ini adalah bukti jelas, bahawa mereka akan buat apa saja, walaupun sampai ke tahap mengiktiraf pembohongan & fitnah demi meraih kembali sokongan, terutama dari komuniti India yang telah lama lari dari mereka.


Sdr Lim, wakil dari DUN Telok Ayer Tawar menyerahkan 60 borang keahlian baru KEADILAN kepada Ketua Cabang KEADILAN Tasek Gelugor, Sdr. Mohd. Nasir.

Akhir sekali, KEADILAN Tasek Gelugor akan tetap menjalin hubungan baik & akan meneruskan program-program pembangunan, khususnya pembangunan ekonomi mikro di kawasan-kawasan India di Parlimen Tasek Gelugor, demi manfaat komuniti tersebut.

KEADILAN Tasek Gelugor dalam masa yang sama juga akan terus komited membantu usaha murni Kerajaan Negeri dalam membangunkan sosio-ekonomi Kaum Melayu & Cina di parlimen ini. Walaupun dilanda pelbagai dugaan, kami tetap yakin Parti KEADILAN akan terus berkembang dengan keahlian yang makin rancak dan akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat memimpin Malaysia selepas PRU akan datang.


“UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA”


Sekian, terima kasih.

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK),
KEADILAN Cabang Tasek Gelugor

Read more ...

Soi Lek mengaku BN akan gagal di Pulau Pinang dan Kelantan

K'tan, P Pinang kekal milik Pakatan - Soi Lek.

chua soi lek tenang moral uplifting society 240111BN dijangka menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 dengan majoriti lebih besar, tetapi sukar untuk meramalkan sama ada ia majoriti mudah atau dua pertiga, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata pengundi Malaysia diramal akan mengundi BN lagi setelah mencuba pembangkang pada 2008.

Ramalan ini berdasarkan perkembangan terbaru politik tanah air, kata Chua dalam syarahannya berjudul "Barisan Nasional dan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia" pada siri Kuliah Unggul S.Rajaratnam School of International Studies (RSIS) di Singapura, semalam.

Teks syarahannya difaks ke Bernama.

Chua berkata pengundi Malaysia kini lebih bijak dalam membuat pilihan. Selepas mencuba 'Pakatan' atau gabungan pembangkang pada 2008, ramai memilih mempertaruhkan Barisan dalam suasana politik yang jelas kini.

BN terus berkuasa

"Saya yakin majoriti Barisan yang konsisten akan kekal konsisten dalam PRU ke-13 dan selepasnya. Perdana Menteri "baru" (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) berusaha meraih kemenangannya yang pertama dalam pilihan raya umum, tetapi segala petanda membayangkan bahawa BN akan terus berkuasa selepas PRU ke-13," kata beliau.

NONEBagaimanapun, beliau berkata cakap-cakap mengenai PRU akan diadakan tahun ini hanyalah spekulasi oleh kerana penggal sekarang hanya berakhir pada 2013.

Beliau meramalkan dalam PRU akan datang, Pakatan Rakyat mungkin kekal berkuasa di Kelantan dan Pulau Pinang tetapi terpaksa bekerja keras di Kedah, Perak dan Selangor sementara Johor, Sabah dan Sarawak akan terus menjadi "simpanan tetap" BN yang memerintah, yang merangkumi hampir 35 peratus dari jumlah kerusi parlimen.

Pakatan banyak percakaran

"Barisan akan memenangi lebih banyak kerusi parlimen dan peratusan undi popular yang lebih besar. Sementara itu, lebih banyak percakaran dijangka berlaku di kalangan parti Pakatan.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 PKR marchers behind police"Di negeri-negeri Pakatan berkuasa, kekuatan dewan negerinya mungkin menurun," kata beliau.

Chua berkata lebih banyak langkah ke arah isu-isu keprihatinan awam yang merentasi sempadan kaum dan agama akan dilakukan, sementara kempen politik akan lebih berasaskan isu, daripada mirip kepada sesuatu yang memaparkan identiti kaum.

"Kualiti urus tadbir menjadi kritikal. Pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat berpusat pada sistem penyampaian, prospek pertumbuhan dan keselamatan awam," katanya.
- Bernama-

Read more ...

Allah serlah kebutaan Umno

Kuasa Allah Di Tenang

Artikel : UMNO yang gagal mendidik diri mereka sendiri dan MCA supaya memahami ajaran Islam yang sebenar kini kepanasan kerana ketidakcerdikan yang disengajakan itu.

Pemimpin UMNO mengaku Islam tetapi menyokong MCA menghina adab bersalam dalam Islam. Mereka mempersalahkan calon PAS yang mengamalkan adab bersalam dengan lelaki bukan muhrim. Mereka berdiam diri apabila Rosmah peluk Chong Wei dan Shahrukh Khan. Mereka berdiam diri apabila Najib bersalam dengan kaum wanita UMNO.

Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang. Apabila Cikgu Mala jadi calon PAS untuk PRK Tenang, Allah serlahkan kebutaan UMNO terhadap ajaran Islam. Allah jadikan PRK ini sebagai pentas untuk menjelaskan adab wanita Muslim dengan lelaki bukan muhrim. Tahulah rakyat bahawa apa-apa yang selama ini dibuat oleh Najib, Muhyiddin mahupun Rosmah adalah salah dan haram hukumnya. Mufti Perak pun dah kata begitu.

Pemimpin UMNO yang selama ini sangat angkuh, terkangkang di Tenang. Harapkan laba daripada menghina Islam, Allah balas on the spot. Rasakanlah akibat daripada keengganan menerima Islam sebagai asas perjuangan. Dakwah secara tidak langsung ini amat baik untuk Melayu-Islam dan bukan Islam. Fahamilah. Hayatilah. Amalkanlah. Tinggalkanlah golongan yang sentiasa menyanggah perintah Allah itu. Alihkanlah sokongan anda kepada golongan yang hanya sanya berusaha menyelamatkan seluruh umat Islam di Malaysia ini dan membawa semuanya ke jalan yang diredai Allah. Amin!!!/Tinta

Read more ...

PAS Parit Buntar desak Presiden MCA minta maaf

Soi Lek perlu minta maaf

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/IMG_1467-1.jpg?t=1290752572PARIT BUNTAR, 25 Jan. : Pas Kawasan Parit Buntar meminta Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita beragama Islam.

Ketua Penerangannya, Fakhrurrazi Khalid menyifatkan tindakan Soi Lek itu, menyentuh soal wanita Islam bersalam sebagai menghina agama Islam iaitu agama rasmi negara.

“Beliau sepatutnya perlu menghormati ajaran, didikan dan pendirian agama masing-masing.

“Sepatutnya juga pemimpin UMNO memainkan peranan memberi kefahaman kepada pemimpin MCA ini kerana ternyata beliau ini terlalu jahil.

“Sudah lama beliau berkawan dengan pemimpin UMNO, tetapi pemimpin UMNO tidak memberi kefahaman sebenar tertib bersalam orang Islam,” katanya.

Fakhrurrazi berkata, kontroversi yang ditimbulkan Soi Lek telah diikuti beberapa pemimpin MCA dan Gerakan yang turut mempertikaikan tertib bersalam orang Islam.

“Setelah 53 tahun merdeka MCA dan Gerakan sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

“Beliau kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.

Menurutnya, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban calon Pas, Normala Sudirman untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim, mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya,” katanya.

Katanya, MCA harus memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya golongan wanita sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.SH

Read more ...

Felda bukan lagi ‘fixed deposit’ BN

Pembangkang mampu pecah dominasi BN di Felda

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMzyWet9fPxLqztZIfXVlQP0eOKKQZp00gKRne_nynRgFHzGYPRTbozoB_o0B2zpHDxWYUApYEf8AhN-mCtdZWmZrsU6jSmvLJf-HTkUMN7qJt3z-9QDxQR1bPIs6WAEHjWqQVi7knkt6M/s1600/PKRYouthchiefShamsulIskandarMohdAkin.jpgBEMBAN, 25 Jan. : Pakatan Rakyat (PR) mampu mencapai kejayaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sekiranya berjaya memecahkan dominasi Barisan Nasional (BN) di kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, cabaran besar PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang ialah meyakinkan pengundi di kawasan Felda.

Menurutnya, ia satu cabaran yang agak besar kerana ada tiga kawasan Felda di DUN Tenang.

“Sebagaimana kita tahu, Felda adalah ‘fixed deposit’ BN selama ini. Sebab itu kita kena yakinkan mereka bahawa patut ada perubahan.

“Saya yakin peluang PR untuk menang adalah cerah sekiranya kita dapat pecahkan dominasi BN di kawasan Felda, di sini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Keadilan Melaka yang diadakan di ibu pejabat PKR Jasin, di sini.

Shamsul Iskandar berkata, peruntukan RM1.6 bilion yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Felda di DUN berkenaan jelas menunjukkan BN turut gusar dengan peningkatan sokongan dalam kalangan peneroka terhadap PR.

Ini katanya, ditambah pula dengan perkembangan positif membabitkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan 'task force' Felda.

"Saman terhadap Felda turut memberi tekanan yang hebat kepada jentera BN,” katanya.SH

Read more ...

Lapangan Terbang Moscow dibom

Lapangan Terbang Dibom, 35 Terbunuh - 180 Cedera


MOSCOW 25 Jan. : Sekurang-kurangnya 35 terbunuh dan hampir 180 lagi cedera dalam satu letupan bom di dewan ketibaan lapangan terbesar Rusia yang disifatkan antara terburuk berlaku di negara itu malahan mengorbankan dua orang pelancong Britain dipetik daripada laporan Associated Press.

Saksi memberitahu radio Russia, letupan bom itu turut memusnahkan kawasan tuntutan bagasi di lapangan terbang Domodedovo, Moscow.

"Satu letupan berlaku hari ini (semalam) di dewan ketibaan lapangan terbang Domodedovo," kata jawatankuasa penyiasat Russia.Jurucakapnya, Vladimir Markin, berkata siasatan sudah dilancarkan terhadap keganasan itu.

Seorang lagi pegawai, Tatyana Morozova, memberitahu agensi berita Interfax bahawa letupan juga berlaku di kawasan tuntutan bagasi, keganasan pertama yang berlaku tahun ini di kawasan bandar Russia.

Sumber keselamatan berkata, letupan berlaku di dewan berlepas antarabangsa. Media melaporkan, kepulan asap dilihat di kawasan tuntutan bagasi dan ramai yang berlari keluar dari pintu kecemasan lapangan terbang itu.

"Ramai yang cedera kerana melecur antara yang berlari. Anggota perubatan dilihat membawa sisa daging manusia yang diletak pada pengusung dan troli," kata seorang saksi dikenali sebagai Andrei kepada radio City FM.

"Ada juga yang dipapah dalam keadaan berlumuran darah," kata seorang lagi saksi, Nadezhda kepada radio itu.

Sergei Lavochkin yang berada dekat dewan ketibaan menunggu rakan dari Cuba, memberitahu televisyen Rossiya 24: "Saya dengar letupan kuat dan jeritan. Selepas itu, ramai yang berlari keluar."

"Ini adalah serangan pengganas berdasarkan maklumat awal," kata Presiden Dmitry Medvedev kepada pegawai keselamatan dalam sesi yang disiarkan secara langsung.
Jurucakap Kementerian Pembangunan Sosial dan Kesihatan, Sofia Malyavina, berkata 56 ambulans sudah dihantar bagi membantu mangsa.

"Lapangan terbang itu penuh dengan asap," katanya, Lapangan terbang Domodedovo dibina pada 1964, terletak 42 kilometer ke tenggara Moscow dan melayan 22 juta pengguna tahun lalu.

Umumnya, ia dianggap lapangan terbang paling moden Moscow tetapi prosedur keselamatannya sudah pun dipertikaikan.

Pada 2004, dua penyerang bunuh diri berjaya menaiki pesawat di Domodedovo dengan membeli tiket daripada petugas lapangan terbang.

Penyerang wanita terbabit meletupkan bom ketika pesawat di udara menyebabkan 90 orang maut dalam dua penerbangan. - AP/Reuters

Read more ...

Pertembungan Selangor Vs Kelantan : Penyokong kena tenang

Piala Sumbangsih, Penyokong Disaran Kawal Emosi


PETALING JAYA 25 Jan. : Penyokong pasukan Selangor dan Kelantan diminta mengawal emosi dan mematuhi arahan keselamatan ketika menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan itu agar tidak menimbulkan sebarang kekacauan di dalam mahupun di luar stadium berkenaan.

Sebagai langkah keselamatan, pihak polis dan RELA akan mengadakan pemeriksaan badan pada setiap penonton bagi memastikan mereka tidak membawa masuk barang larangan seperti objek tajam dan mercun ke dalam stadium.

Seramai 745 anggota polis akan bertugas mengawal keselamatan di dalam dan luar stadium pada hari perlawanan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa Piala Sumbangsih di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini.

Katanya Kelantan dan Selangor akan diperuntukan 40,000 tiket masing-masing dengan setiap satu berharga RM20 untuk orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Katanya tiket mula dijual di kaunter stadium pada Jumaat ini mulai jam 9 pagi hingga 7 malam.

Read more ...

Debat 'Talkin Umno' bakal jadi kenyataan

' Talkin Umno Perlis': Ali sahut cabaran debat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglMdAAliOQdJpzvHV4QIFP3SIuCc1mtjoDxx50XcM4oqno43da14k6xGCOzT6Q4TgLq2_harVrNu6_tZwjGLkoHp8GmZH8OcrcoiVBciJ8W3p140YdLwGwAJmIaxfafyxpFKmI8LndevKA/s1600/kerandaumno.bmpKANGAR, 24 Jan.: Cabaran debat dalam isu ' talkin untuk Umno Perlis' antara bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh, dengan Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Padang Besar, Ali Ismail mungkin menjadi realiti menjelang Februari yang akan datang.

Menurut sumber dalaman Umno Perlis, konflik yang berlarutan antara Hashim dan Ali sudah hampir mencapai klimaksnya apabila Ali dikatakan sanggup menerima cabaran dari Hashim untuk mengadakan debat pada 3 Februari.

"Kalau segala persiapan berjalan lancar, Ali tidak ada apa-apa masalah untuk berdebat," kata sumber itu.

Bagaimanapun Harakahdaily difahamkan ada pihak daripada Umno tidak bersetuju dengan perdebatan tersebut kerana menyifatkan Hashim tidak layak untuk bersemuka dengan Ali untuk membicarakan masalah kepimpinan Umno negeri kerana beliau (Hashim) tidak memegang apa-apa portfolio dalam parti, sedangkan Ali masih lagi AJK Umno bahagian.

Dalam perkembangan lain, Ali dilaporkan telah membidas Hashim kerana mendakwa tidak memahami erti sebenar debat yang dilaung-laungkan.

"Debat ini adalah untuk memberi penjelasan sebenar kepada masyarakat tentang konflik yang timbul, ini termasuklah isu mentalkinkan Umno Perlis sepertimana yang dibangkitkan oleh Hashim dalam beberapa kenyataan beliau sebelum ini, " ujarnya.

Isu debat mengenai mengenai' talkin untuk Umno Perlis' yang mencetuskan konflik dalaman Umno Perlis itu dikaitkan rentetan daripada pertembungan antara 'team' Menteri Besar, Dr. Md Isa Sabu dengan ' team' bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pertembungan kedua-dua kumpulan tersebut semakin parah apabila Shahidan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Perlis manakala Md Isa dikekalkan sebagai pengerusi - satu jawatan yang pernah disandang oleh Shahidan sebelum ini.

Dikatakan beberapa usaha telah dibuat oleh Umno Pusat untuk meredakan kemelut di negeri utara tanah air itu namun masih menemui jalan buntu.

Read more ...

Taktik kotor Umno : Buat risalah fitnah, tuduh PAS buat

Pas nafi edar risalah fitnah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkr6CJFv0CO15j3PcwEPh7UJ0HQl0lo7pWodyK-jAWFpIXXjOHV0-QPXj7EzWNYMVsZUEmDYBt60ymmYXufNXcfAIgf74hmTYJDVmdmh9Yu9UdENIyZMDeH699YqXtNtGzwg86kWxHCZE/s1600/mahfodz.jpgSENAI, 25 Jan. : Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menafikan risalah-risalah fitnah daripada Kelab Wanita Veteran Barisan Nasional (BN) Labis adalah angkara parti itu.

Beliau berkata, Pas tidak mengeluarkan risalah kosong manakala setiap risalah dikeluarkan Pas Pusat dan mempunyai tandatangan sendiri.
“Kita tidak tahu angkara siapa kemungkinan boleh jadi angkara parti itu sendiri untuk mengaibkan parti lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin Wanita UMNO Labis membuat laporan polis berkenaan penyebaran risalah-risalah yang mengatakan sayap itu tidak menyokong calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

Ketua Wanita UMNO Labis dilaporkan berkata, pihaknya mendapati ada kumpulan tidak bertanggungjawab yang menge­­darkan risalah dari rumah ke rumah di Kampung Bukit Mambai yang menyatakan Wanita UMNO tidak menyokong calon BN.

Mahfodz berkata, Pas telah memberi amaran pada anggota untuk tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sepanjang pilihan raya kecil ini dan yakin penyebaran risah itu bukan perbuatan ahli Pas.

“Kita mohon agar pihak-pihak yang berkenaan hentikanlah segala provokasi. Sering kali berlaku setiap kali pilihan raya kecil atau umum diadakan dengan cerita-cerita seumpama ini seperti risalah tipu, fitnah seolah-olah untuk menggambarkan semuanya angkara parti pembangkang,” katanya.

Mahfodz berkata, banyak lagi perkara yang perlu dilihat seperti menyelesaikan masalah rakyat dan bukan menghabiskan masa utuk memburuk-burukkan parti lain.

“Kita bersaing secara sihat. Kadang kala saya pelik juga kerana sebagai contoh apa yang cuba dilakukan Pas, cuba dipolitikkan untuk dijadikan isu.

“Saya mohon jangan digembar-gembur isu seperti ini. Kita sesama Islam jangan bergaduh, apa yang kita harapkan dengan masa yang ada beberapa hari ini, perjalanan kempen dapat berjalan dengan baik dan lancar tanpa memburukkan parti lain.

“Baru-baru ini, ketika calon Pas, Normala Sudirman datang melawat kedai orang Cina di Labis. Entah bagaimana keluar cerita Normala mempersoalkan mengapa kedai itu jual minuman arak sedangkan kejadian itu tidak berlaku sama sekali,” katanya.

Read more ...