Saturday, March 26, 2011

70 negara tayang Hikayat Merong Mahawangsa

KL 27 Mac 11: Filem Hikayat Merong Mahawangsa yang setakat ini telah mencecah kutipan RM5.5 juta bakal ditayangkan di lebih 70 negara pada Ogos depan. Filem yang diubah judul kepada The Malay Chronicles: Bloodlines itu bakal ditayangkan di Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom dan Jerman.

Sementara negara lain termasuk Kanada, Australia, New Zealand, China, Turki, Switzerland, Austria, Rusia, CIS & Baltic, Timur Tengah dan Scandinavian. Tajuk filem berkenaan untuk negara tersebut masih belum ditentukan.

Filem arahan Yusry Abdul Halim ini turut diterbitkan oleh produksi Epic Pictures yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan KRU Studios untuk filem Deadline lakonan Brittany Murphy. Filem itu telah ditayangkan di lebih 40 negara.

Bagi menarik pasaran antarabangsa, Hikayat Merong Mahawangsa telah dipertontonkan kepada pengedar filem di pasaran filem Amerika pada November tahun lalu dan dialih bahasa menggunakan 60 peratus bahasa Inggeris melibatkan suara pencerita manakala 40 peratus lagi bahasa Melayu.

Filem ini dilakonkan oleh Stephen Rahman-Hughes, Gavin Stenhouse, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Jing Lusi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Epic Pictures, Patrick Ewald, pengedar-pengedar filem tertarik dengan kualiti produksi termasuk trailer yang ditampilkan.

"Walaupun para pengedar antarabangsa tidak pernah mendengar mitos Merong Mahawangsa, mereka sangat berminat dengan babak aksi dan jalan cerita yang melibatkan orang Rom, China dan Malaysia pada kurun ke-2.

"Kami berbangga untuk menjadi agensi jualan filem cereka ini, memandangkan nilai produksinya setaraf dengan piawaian antarabangsa di mana para pengedar menganggap kos produksi filem ini dianggarkan antara RM30.3 juta hingga RM60.6 juta.

"Kami teruja dengan kemampuan KRU Studios menghasilkan filem berkualiti dan sedang dalam perancangan untuk berkolaborasi menghasilkan filem terbaru berbentuk pengembaraan 3D stereoscopic berjudul Vikingdom," katanya.

Bercerita lanjut tentang Vikingdom yang akan diarahkan oleh Yusry, filem tersebut menjadi satu penanda aras baru untuk menguji elemen imej janaan komputer (CGI) dan pelakon asing selepas menjadikan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai eksperimen.

"Kami akan menghasilkan filem Vikingdom ke tahap yang lebih bagus daripada filem sebelum ini. Ini kerana Epic Pictures turut mempunyai rangkaian yang baik dengan penulis skrip James Coine.

"Nama Vikingdom diambil sempena gabungan viking dan kingdom yang menghasilkan nama yang unik.

"Filem ini akan menjalani penggambaran pada Oktober atau November tahun ini dengan menggunakan kemudahan studio di sini dan Finas. Kami memilih lokasi di studio serta di Genting Highlands dan Bukit Fraser.

"Kami bakal menggunakan khidmat pelakon Hollywood kerana mahu filem ini dibikin seperti filem Hollywood.

"Kami menjangkakan pelakon yang agak dikenali di pasaran televisyen Hollywood tetapi tidaklah seperti Brad Pitt kerana ia memerlukan belanja yang lebih besar," jelas Pengerusi Eksekutif KRU Studios, Norman dalam satu sidang media, di sini, Jumaat.

Walaupun Norman menjangkakan filem tersebut sehebat filem Avatar, namun mereka masih menggunakan kepakaran kru tempatan. Mereka hanya mencari kepakaran beberapa pihak dari luar negara untuk melatih kru tempatan melakukan kerja seperti yang diharapkan. Begitu juga dengan pelakon aksi lagak ngeri yang dijangka mendapat pendedahan dari orang tempatan.

Sama-sama anda saksikan apakah hebatnya filem ini sehingga mampu akan ditayangkan di 70 negara? (IH)

Read more ...

Jawapan kepada Blogger Umno Dr. Novandri

Di mana Anwar pada 21 Febuari 2011? Ini jawapannya

Sebelum ini blog MiLo SuaM sudah mendedahkan satu fakta alibi yang membuktikan bahawa pada malam 21 Febuari 2011 yang lalu, di saat video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dirakamkan sekitar pukul 22:23 sehingga 22:45, facebook Anwar menunjukkan bahawa beliau sedang rancak berborak dengan peminatnya, sila rujuk sini [Facebook Anwar].

Namun apa yang menariknya, Utusan Malaysia selaku akhbar rasmi yang suka memperbodohkan rakyat, hari ini mempersoalkan ke manakah menghilangnya Anwar Ibrahim selama dua jam? Iaitu dari pukul 9:20 hingga 11.38. Berbekalkan fakta songsang blogger pencacai gerombolan songkok tinggi, Utusan sanggup merendahkan kredibilitinya sebagai akhbar arus perdana. [Utusan]

Di bawah ini 10 rakaman bukti-bukti bahawa Anwar Ibrahim sedang berfacebook pada saat yang dikatakan oleh Utusan kononnya Anwar menghilangkan diri selama 2 jam. Jelas sekali Utusan Malaysia tanpa segan silu membuat fitnah.

Anwar Ibrahim dilihat ada mengemaskinikan akaun Facebooknya pada 21 Febuari 2011 pukul [10:40] ,[10:49], [10:50],[10:52],[10:58],[11:02],[11:03],[11:03],[11:05], dan [11:08]. (sila klik link-link yang diberikan untuk melihat sendiri bukti di Facebook Anwar Ibrahim). Jelas sekali Utusan Malaysia sengaja memfitnah untuk memperbodohkan rakyat.


ReJaM© "Utusan Malaysia dan Fitnah bagaikan aur dengan tebing"

Read more ...

Lawak menteri dan lawak polis

Kabinet Malaysia dan polis macam Raja Lawak

Masyarakat dunia sedang tertawakan Menteri Kabinet Malaysia dan juga pihak berkuasa polis kerana mengamalkan pendakwaan terpilih.

Malah Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz jadi bahan kritikan dan ditertawakan orang kerana bercakap macam orang yang tak reti undang-undang.

Perdana Menteri pun sama ketika mengulas isu video seks lucah yang jadi kontroversi katanya babitkan pemimpin politik


Komen Najib isu video seks lucah“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi. “..-Video seks:Najib Pertahan Umno tidak terlibat-Themalaysianinsider.

Komen Datuk Nazri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami,” katanya.Baca di sini.

Komen Ketua Polis Negara Ketua Polis Negara,

Tan Sri Ismail Omar juga mengelak berhubung laporan bahawa Rahim dan Shazryl Eskay telah ditangkap.

NONE"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama.

Sehingga berita ini ditulis, tiada pengesahan mengenai sebarang tangkapan.

Malah ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga ditunjukkan video lucah berkenaan berkata dia tidak ditangkap.

Kes video seks itu kini diklasifikasikan polis untuk disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan pornografi atau lucah.

Anwar
: Apa tangkapan?


Pada ceramahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, malam semalam, Anwar membidas sikap dwi standard yang diamalkan oleh polis.

NONE"The Star kata ada tangkapan. Semua ini tipu. Apa tangkapan? Mereka dibawa sekejap, kemudian dibebaskan.

"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat.

“Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar kepada lebih 1,500 hadirin.-Video seks;Ada tangkapan atau tidak?-Malaysiakini

Pelakon dalam video belum diketahui siapa yang terlibat sebenarnya tapi dalang-dalang yang terdiri daripada Rahim Thamby Chik, Datuk Eskay dan Bendahari Perkasa dah mengaku jadi dalang simpan dan tayang video lucah kenapa tak ditahan dan didakwa?Siapa nak gelak siapa sebenarnya?

Menteri Kabinet Malaysia boleh masuk bertanding Raja Lawak lagi baik .Kata orang Kedah 'jangan nak kuyu(pusing) rakyat , rakyat dah tahu tembelang pemimpin Umno-Bn dan penguasa polis'.


Umno boleh tipu orang Umno yang tidak tahu apa-apa yang kerjanya hanya dengar dan jadi pak angguk tapi rakyat yang celik IT dan cerdik tidak mudah ditipu Umno.

Read more ...

Sikap munafiq Umno

Pro Dan Kontra: Mahathir Vs Anwar!! - Bila Mahathir yang lakukan vs Sekiranya Anwar yang lakukan

Apabila Mahathir melakukan lawatan rasmi ke Vatican bersama-sama dengan rombongan dari JAKIM termasuk Ustaz Uthman al-Muhammadi, maka suratkhabar dan TV memuji-muji lawatan ini untuk keamanan dunia dan kedamaian antara agama.

Apabila isteri Mahathir, Siti Hasmah mencium tangan Pope John Paul, maka para pegawai JAKIM, TV dan suratkhabar memuji dan memuja akan perbuatan ini sebagai bukti penganut Islam itu orang yang bertoleransi dan menghormati akan agama lain.

SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara di atas, ia adalah "pluralisme" dan boleh mengancam akidah umat Islam.

Sekiranya Khalid Samad atau Mat Sabu yang mengikuti rombongan ini, maka para TV dan suratkhabar akan dipenuhi dengan kenyataan oleh pegawai Jabatan Kemajuan Ikan Malaysia (JAKIM) mengenai kesesatan akidah mereka.

Sekiranya Wan Azizah mencium tangan Pope John Paul, sudah tentu ianya akan merosakkan akidah, menurut JAKIM.

2. Apabila Mahathir melawat Antartika bersama-sama dengan beberapa orang chukong, editor NST, setiausaha politik dan ahli-ahli keluarga beliau, ia dianggap sebagai langkah yang bijak dan berwawasan.

Juga ia membuktikan perdana menteri ini seorang yang mempunyai pemikiran yang luas dan saintifik.

Lawatan ini juga akan dipuji oleh para media sebagai memberi kebaikan kepada negara kerana ia akan menajamkan dan memberi ketenangan kepada pemikiran pemimpin negara.

SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara di atas, ia adalah suatu pembaziran dan penyalahgunaan kedudukan sebagai pemimpin.

Ia juga tidak memberi apa-apa manfaat kepada negara selain membazir masa dan wang.

3. Apabila Mahathir menukar medium pengajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Inggeris untuk sekolah kebangsaan dan membenarkan tuntutan supaya medium pengajarannya dalam bahasa ibunda untuk sekolah vernakular, maka ia adalah tindakan yang bagus dan berwawasan.

Ia juga membuktikan perdana menteri seorang yang berani dan tegas dalam membuat keputusan (menukar kepada bahasa Inggeris untuk sekolah kebangsaan) dan juga memahami tuntutan kaum-kaum minoriti (kerana membenarkan medium dalam bahasa ibunda untuk sekolah vernakular).

SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara ini, ia adalah pengkhianatan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Juga seorang yang bacul dan panakut kerana mendengar tuntutan oleh kaum minoriti.

Perbuatan ini juga (sekiranya Anwar yang melakukannya) boleh merosakkan masa depan anak-anak Melayu di luar bandar. (Kah kah kah...)

Dicatat Oleh Jalan Pulang

Read more ...

Makam ditemui, sejarah Daeng Perani diperingati

http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dscn3780.jpg

SUNGAI PETANI, 14 Mac - Sejarah telah mencatatkan Empayar Kesultanan Melayu Kedah pernah bergoncang apabila takhta pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) cuba direbut oleh adindanya dengan bantuan Raja Kecil dari Siak pada tahun 1722 Masihi.

Namun tampok pemerintahan berjaya diambil semula Sultan Muhamad Jiwa dengan bantuan ketenteraan pahlawan Bugis yang tersohor handal iaitu Upu Daeng Perani.

Ini diberitahu Ahli Dewan Negara YB Senator Zambri Yusof di majlis pelancaran dan perasmian artifak-artifak sempena lawatan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz ke makam Upu Daeng Perani.

Katanya lagi, perebutan takhta tidak terhenti setakat itu, dua tahun kemudian Sultan Kedah terpaksa memanggil sekali lagi pahlawan Upu Daeng Perani bagi memerangi adindanya yang berniat menggulingkan pemerintahan baginda.

Kedatangan kali kedua ke Kedah telah mengundang padah apabila Upu Daeng Perani telah terkorban dalam pertempuran yang berlaku sekitar Pinang Tunggal.

Ketika itu kawasan Pinang Tunggal dan seluruh Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah.

“Peristiwa tragis ini berlaku 300 tahun dahulu dan pada tahun 2007 barulah makam Upu Daeng Perani ditemui dan disahkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah setelah diadakan beberapa forum serta seminar mengenainya,” katanya di hadapan 250 penduduk kampung itu.

Beliau yang mewakili Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan YB Dato’ Dr hamdan Mohamed Khalib berkata, lawatan YTM Tunku Puteri ke makam berkenaan memberi kesan mendalam kepada penduduk Kampung Ekor Lubuk, Mukim Sidam Kiri yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Teluk Bagan.

“Kesudian YTM Tunku Puteri memijak kaki ke kampung ini telah memberi kesan yang mendalam serta seribu rahmat kepada seluruh penduduk kampung Ekor Lubuk serta kampung-kampung berdekatan.

“Berdasarkan jasa mengembalikan singgahana takhta Sultan Muhamad Jiwa telah mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan adindanya yang bernama Tunku Aishah dan kampung itu wujud dan diterokai oleh keturunan ini.

“Ini adalah petanda baik bagi seluruh penduduk kampung yang selama ini menjadi rakyat negeri Kedah yang hanya menatap wajah YTM Tunku Puteri di kaca televisyen dan dalam akhbar-akhbar, bagi seluruh penduduk kampung mereka sangat berbesar hati kerana dapat bersalaman menatap wajah YTM Tunku Puteri yang menjadi kesayangan seluruh rakyat jelata,” katanya.

Walaupun ketika majlis pertemuan dengan penduduk kampung berlangsung, dengan tidak semena-mena hujan turun mencurah-curah namun mereka sama sekali tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.

Selepas merasmikan barangan artifak tinggalan Upu Daeng Perani, YTM Tunku Puteri diiringin Pengerusi Perasatuan Keturunan Upu Daeng Perani Cik Roshazliza Abdul Razak melawat makam.

Pengarah Lembaga Muzium Kedah Encik Suhaidi Shukri yang turut hadir pada majlis itu berkata, sejarah kepahlawanan Upu Daeng Perani tercatat dalam buku Tuhfat Al-Nafis dan Syair Duka Nestapa karangan Sultan Ahmad Tajudin Mukaram Shah.

Katanya, makam ini ada pontensi sebagai tempat sejarah dan pelancongan sekiranya sejarah ini ditulis di papan kenyataan untuk tatapan pelawat.

“Selama ini orang ramai terutama generasi hari ini kurang pengetahuan mengenai negeri Kedah sekiranya tidak ada pendedahan seperti ini dilakukan,” katanya.

Read more ...

Kerajaan Pulau Pinang ambil tanah Melayu jadi jirat Cina tapi pelik kenapa Umno dan Perkasa tak berdemo?

APA MELAYU UMNO BUAT 10 TAHUN DULU ?


FOTO: YASAK (kiri) bersama saudaranya, Samsudin Ismail menunjukkan salinan geran asal Lot 54 Seksyen 5 milik keluarganya yang kini merupakan sebahagian jirat Cina di Batu Lancang, George Town semalam.


GEORGE TOWN - "Ini tanah kami tetapi telah bertukar milik secara tidak sah kepada orang lain tanpa pengetahuan kami."

Itu dakwaan waris pemilik tanah di Batu Lanchang dekat sini, Yasak Ibrahim, 56, yang kini menjadi pertikaian mengenai arahan menggali dan mengalih kawasan jirat Cina oleh sebuah syarikat pemaju.

Dakwa Yasak, tanah di atas Lot 54, Seksyen 5, George Town itu sebenarnya milik ahli keluarganya, Babu Mahu atau Washahidu Luh Mohd. Ali tetapi telah bertukar milik kepada seorang lelaki Cina pada Mei 1995.

Tanah tersebut dibeli oleh Babu Mahu daripada pentadbir Inggeris Pulau Pinang pada tahun 1831 sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1860.

Kini, tanah seluas kira-kira 4.4 hektar terletak bersebelahan Lebuh raya Thean Teik itu merupakan kawasan jirat Cina yang didakwa telah diceroboh sejak tahun 1969.

"Tanah tersebut telah diambil alih oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai pentadbir sementara pada tahun 1990 apabila keluarga saya gagal melunaskan tunggakan hasil tanah berjumlah RM118,741.19.

"Apa yang menghairankan, bagaimana boleh berlaku pertukaran milik kepada seorang lelaki Cina pada tahun 1995 tanpa pengetahuan keluarga saya?" soalnya.

Menurut pesara kerajaan itu, Majlis Mesyuarat MAIPP ketika itu membuat keputusan untuk membayar hutang tunggakan keluarganya bagi mengelak tanah itu diambil oleh kerajaan negeri.

Read more ...

Dr, Novandri dan Utusan Meloya sama naik fitnah Anwar

Twitter : PKR Jawab Utusan Malaysia



LAPORAN MUKA DEPAN UTUSAN MALAYSIA 26 MAC 2011 ADALAH FITNAH

KEADILAN mengecam laporan muka depan Utusan Malaysia bertarikh 26 Mac 2011 bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” yang jelas satu fitnah dan tidak berpandukan etika kewartawanan yang baik.

Laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda UMNO yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan twit ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Saya sertakan di sini bukti-bukti dari petikan skrin akaun Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya seperti berikut:

1. 21 Februari 2011, 1040 malam: “Inshaallah”

2. 21 Februari 2011, 1049 malam: “That’s ds Najib’s plan. Our task: pursue reform agenda”

3. 21 Februari 2011, 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”

4. 21 Februari 2011, 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”

5. 21 Februari 2011, 1058 malam: “Bisa”

6. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Waras”

7. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Ada ruang bias ja”

8. 21 Februari 2011, 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”

9. 21 Februari 2011, 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat Selective Tweets. Oleh yang demikian, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghantar 9 pesanan ke akaun Twitternya diantara jam 1038 malam hingga 1106 malam seperti petikan skrin yang dilampirkan disini.

Pada masa ini jugalah iaitu diantara 1020 malam hingga 1041 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik. Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menontot rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter.

Pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.

Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya juga ingin mengemukakan bukti yang mematahkan fitnah yang disiarkan oleh blog-blog yang dibiayai UMNO termasuk yang dipetik oleh Utusan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter. Ini adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Dato’ Seri Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook 2 minit kemudian.

Maka, pesanan yang dibuat pada jam 12.22 tengahari 26 Mac 2011 [File timestamptwitter.gif] di laman Twitter (mengenai rakaman penuh pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati) dicatat waktunya sebagai 12.24 tengahari 26 Mac 2011 di laman Facebook [File timestampfb.gif].

Penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu UMNO.

Dengan pendedahan ini, KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog UMNO tersebut.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

26 MAC 2011

Read more ...

Kalau pemimpin PR tak tunggu cukup bukti tangkap masuk lokap, tapi pemimpin Umno tak cukup bukti tak boleh tangkap nanti orang gelak

Polis periksa lokasi kejadian rakaman video seks

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqJjA6Jdl6oEzFc5BBTDZjKBu0Qq3tweoO1QH3eK1EOGYDBxVytBZ0rSGugpNdpCMycvSQk9Xr3iCbnia3EcTFt_KRb2Nt7hs_5GJBzZmhC49ovXshTLdWfv6OHnjG7u9dlL0VCdI6kJM/s1600/poliskkkk.jpgKUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin, berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.
"Dua individu ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

"Salah seorang daripada individu yang terbabit mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang mengenal pasti identiti individu yang kelihatan dalam rakaman video aksi seks terbabit.
Beliau berkata, siasatan kes itu masuk hari ketiga hari ini dan pasukan khas menjalankan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana rakaman video itu boleh wujud.

"Kita sendiri hendak tahu apa yang telah berlaku dan banyak isu lagi, justeru hentikan semua spekulasi dan beri peluang kepada pasukan polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Peringatan Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Ismail berkata, beliau percaya maklumat dan fakta baru akan diperoleh dalam masa terdekat hasil penyiasatan yang dijalankan.


"Siasatan mungkin berkembang terus dari fakta-fakta yang kita akan jumpa nanti," katanya.

Ketika ditanya sebab trio yang mendedahkan video tersebut tidak ditahan, beliau menjawab, "Atas kesalahan apa? Kalau sampai masa sudah cukup bukti dan sudah disahkan kesalahan mereka, barulah kita akan bertindak ikut undang-undang.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya. - BERNAMA

Read more ...

SPRM suka buat bising siasat Kerajaan Selangor untuk burukkan PR, sedangkan MB dah suruh SPRM duduk di Pejabat MB siasat apa nak siasat

Baca Dahulu laporan Audit Sebelum Tuduh Melulu - Khalid


SHAH ALAM 26 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan pihaknya tidak akan mengubah waima sedikit pun, butiran laporan audit Yayasan Selangor yang bakal didedahkan kepada umum.

Khalid berkata walaupun hasil audit itu mencatatkan angka yang agak teruk, namun kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang telus dan tidak akan memanipulasikan laporan audit itu demi menutup kepincangan yang diwarisi pemerintahan terdahulu.

"Kita perlu pastikan laporan audit tu bebas. Makananya orang yang jalankan audit itu bebas untuk melakukan melaporkan apa saja tanpa terikat pada mana- mana kepentingan."

Audit untuk 2010 sedang dijalankan, sebab itu saya berhenti sekajap supaya pengaudit dalaman teliti audit dengan teliti. Lepas itu, kita buat perbezaan audit yang dibuat oleh pengaudit dalaman dengan pengaudit kerajaan negeri.

Khalid berkata, sebaik sahaja laporan audit siap, pihaknya akan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan pengaudit dan kemudiannya berkongsi hasil laporan itu dengan rakyat negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Inpens di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) pagi tadi.

Menjawab soalan wartawan, Khalid berkata, beliau mengalu- alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas badan itu bagi membuktikan dakwaan liar sesetengah pihak yang berkepentingan sebelum ini tersasar sama sekali.

"Saya dah suruh SPRM duduk di pejabat, tak payah cari lagi. Saya dah suruh dia duduk kat Pejabat Menteri Besar pun saya dah suruh, kat mana-manapun dia boleh duduk. Maknanya, ini bukan satu perkara, kita galakkan. Ini orang luar sibuk-sibuk pangil SPRM, tak payah. Saya suruh dia duduk situ, kalau apapun dia boleh tengok, sebab kita punya polisi adalah keterbukaan, kalau dia nak tengok fail, biar dia tengoklah, apa pula yang menjadi masalah, tak payah tunggu apa semua," jelas beliau lagi.

Khalid seterusnya mengulas tindakan beberapa pihak yang mengkritik badan itu yang tidak mempunyai lebihan keuntungan sejak berada dibawah seliaan gagasan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau menjelaskan, tiada lebihan diterima untuk tempoh audit tersebut kerana kebanyakan projek pembangunan belum mampu menjana pendapatan dan ia bukanlah satu perkara yang aneh.

Khalid kemudiannya menjelaskan rekod kewangan yang dicatat badan itu.

Pada 2005, Yayasan Selangor mengalami kekurangan lebihan sebanyak RM10 juta. Namun dua tiga tahun selepas itu, badan itu mencatatkan sedikit lebihan kerana pelaburan yang dibuat mulai membuahkan hasil.

"Sebab masa itu, projek YS baru menghasilkan pendapatan, Jadi adakalanya pendapatan melebihi perbelanjaan, ada juga tahun yang perbelanjaan kita tetap kerana kita ada asrama, kita ada membagi belanja murid-murid dan semua. Jadi bila kita membuat analisa, kita menganalisa dengan corak perbelanjaan dan corak penggunaan," kata beliau.

Read more ...

Siasat ketulenan Anwar bukan sahaja ketulenan video

Yang Perlu Dipastikan Bukan Ketulenan Video Tetapi Adakah Itu Anwar


Isu kesahihan video klip lucah bukan berpaksi kepada sama ada ia adalah rakaman asal dan tidak diolah tetapi sama ada orang yang dirakamkan itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau hanya individu yang mirip iras wajahnya.

Itu adalah pokok kepada segala- galanya. Justeru kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pemeriksaan forensik akan menentukan kesahihan video itu sebenarnya tersasar daripada kebenaran yang dicari.

Pemeriksaan forensik hanya akan menentukan sama ada video itu adalah rakaman asal dan tidak diolah atau disunting dalam apa cara pun. Ia sebahagian daripada proses penyiasatan. Ia tidak boleh menjadi hasil muktamad siasatan.

Keyakinan Najib, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazyrl Eskay bahawa video itu adalah “ori” dan tidak disunting tentunya berpaksi kepada pengetahuan tertentu yang dikongsi bersama oleh mereka.

Namun adakah pelakon dalam video itu Anwar sendiri? - itu persoalan pokok untuk mereka yang mahukan kebenaran dan tidak terikat dengan telunjuk mana- mana parti politik.

Soal jam Omega atau kemasukan log Twitter Anwar dan macam- macam lagi akan sentiasa terbuka kepada pelbagai tafsiran pihak bertelagah.

Bagaimanapun isu adakah Anwar yang dirakamkan dalam video itu – tetap akan menjadi persoalan utama.

Setakat ini dua orang yang menyaksikan video itu tampil memberi penjelasan kenapa mereka seratus peratus yakin orang itu bukan Anwar.

Seorang daripada mereka – Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani, adalah orang yang cukup rapat dengan Anwar.

Mengikut sifir politik Rahim dan Eskay, jika Johari boleh diyakinkan bahawa “Itu Anwar” tentunya ia akan mencetuskan proses lompat keluar beramai- ramai wakil rakyat PKR dari parti itu.

Namun Johari tidak percaya orang itu adalah “bosnya”, BUKAN kerana beliau percaya video itu diolah atau disunting untuk memasukkan wajah Anwar, tetapi kerana susuk tubuh dan perlakuan pelakon itu jelas berbeza dari Anwar.

Johari bersetuju bahawa sekali imbas, pelakon itu memang seiras Anwar.

Namun sebagai orang yang mengenali setiap gerak geri (mannerism) Anwar dan susuk tubuhnya, Johari yakin Ketua Pembangkang itu sekali lagi menjadi sasaran fitnah yang dahsyat.

Selepas menontont video itu, Johari menawarkan kepada Rahim Thamby Chik untuk membawa lima pemimpin kanan PKR yang lain untuk menyaksikan

video itu pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Rahim.

Setelah bersetuju pada mulanya, Rahim membatalkan rancangan itu dan “terlepas”lah peluang keemasan untuk meyakinkan pimpinan kanan PKR bahawa Anwar adalah kaki pelacur.

Tentunya antara lima tokoh yang dinamakan oleh Johari itu, sekurang- kurangnya Rahim tentunya mengenali Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Azan mempunyai kewibawaan, integriti dan intelek tinggi yang diperakui bukan sahaja oleh PKR malah UMNO Barisan Nasional sendiri.

Jika Azan berpeluang menonton video itu dan beliau yakin ataupun jika benih kesangsian dapat ditanam dalam minda beliau bahawa pelakon itu adalah Anwar, ia sudah tentu memberi tamparan hebat kepada Anwar dan PKR sendiri.

Namun jika beliau sangsi orang itu adalah Anwar, maka UMNO pula akan terjejas.

Bagi Rahim Thamby Chik, lebih selamat jika batalkan saja niat untuk tujukkan video itu kepada Azan dan rakan- rakannya selepas kegagalan meyakinkan Johari.

Maka pada petang Isnin itu, seorang lagi cuba dijadikan umpan untuk mencetuskan penghijrahan keluar ahli- ahli PKR.

Orang yang dipilih adalah Badrul Hisham Shaharin – beliau mempunyai kredibiliti tinggi sungguhpun tidak sehaluan dengan pimpinan PKR atas beberapa isu penting.

Beliau adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan dilihat antara pemimpin muda yang berani dan lantang berhujah.

Malangnya bagi Rahim dan Eskay, Badrulhisham, atau lebih dikenali sebagai Chegubard juga menolak bahawa orang dalam video itu adalah Anwar.

“Ya,video itu tidak nampak seperti disunting atau diolah. Sekali pandang, orang dalam video itu memang macam Anwar. Tapi jika anda mengenali Anwar, pernah duduk bersama dia, kenali peri laku (mannerism) dan pergerakan dia, anda pasti orang dalam video itu bukan Anwar,” kata Badrul kepada TvSelangor.

“ Contohnya, pelakon Ben Kinsley mendapat 11 anugerah kerana menghidupkan watak Mahatma Gandhi dalam filem mengenai Bapa Kemerdekaan India, namun mereka yang rapat dengan pemimpin itu tahu, itu bukan Gandhi kerana kita tidak boleh menipu bahasa tubuh,” tambah beliau.

Rancangan nekad Rahim Thamby Chik, Eskay untuk meyakinkan pihak tertentu dalam PKR bahawa orang dalam rakaman itu adalah Anwar tidak menjadi.

Rahim dan pihak- pihak disebaliknya telah berharap berita kewujudan video itu dan “testimoni” dari Johari dan Badrul akan melengkapkan agenda untuk menjatuhkan Anwar dan keluarganya.

Hasrat itu gagal. Namun apa yang berjaya dilakukan oleh Rahim Thamby Chik adalah mencetuskan perbahasan sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar atau tidak.

Kebenaran akan hanya terserlah jika video itu diperiksa oleh sebuah badan yang berwibawa.

Siasatan TIDAK harus dibataskan kepada hanya untuk mengesahkan sama ada rakaman itu “tulen” sebagaimana yang di cadangkan oleh Rahim dan Perdana Menteri.

Siasatan harus memastikan sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar atau hanya pelakon yang mirip wajah Anwar tetapi berperut buncit!

Read more ...

Kerajaan Selangor contohi Kerajaan Kelantan

2,000 Hadir Rai Majlis Perkahwinan Perdana Libat 44 Pasangan


KLANG, 26 MAC : Program Majlis Perkahwinan Perdana 2011 anjuran kerajaan negeri menghimpunkan 44 pasangan pengantin baru dalam satu majlis keraian membawa pendekatan baru dalam penganjuran majlis perkahwinan di negara ini.

Majlis yang berlangsung di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek di sini yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjalin ikatan perkahwinan berlangsung meriah dengan lebih 2,000 hadirin membanjirinya.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan merangkap Penaung Program, Dr Halimah Ali berkata program tersebut dijalankan buat kali pertama di Selangor adalah satu usaha kerajaan negeri membantu rakyat berbelanja dengan berhemah serta mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam dan yang lain menerusi majlis yang bertema “Perkahwinan Menjana Mawaddah”.

Katanya, melalui cara ini sekumpulan pengantin baru dapat disatukan dalam satu majlis dan mereka semua akan dibekalkan dengan pakaian serta beberapa kelengkapan lain yang sama.

“Objektif utama program ini adalah untuk menbendung isu gejala sosial yang semakin membimbangkan seperti kelahiran anak luar nikah, memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran mempercepatkan perkahwinan serta melahirkan Generasi Idaman Selangor yang berilmu, berakhlak dan berkualiti melalui program Modal Insan Kerajaan Negeri.

“Yang penting juga dalam majlis ini adalah bacaan khutbah perkahwinan yang dibaca di mana kalau kita lihat dalam majlis perkahwinan yang lain tiada seperti ini iaitu memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya perkahwinan ini dalam kehidupan dan agama,” katanya dalam temubual di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dan Rodziah Ismail.

Dalam program julung kali ini katanya seramai 44 pasangan pengantin baru berjaya dikumpul dan berdasarkan kejayaan program itu pihaknya mungkin akan menganjurkannya ke daerah-daerah lain di negeri Selangor.

“Kita lihat menerusi cara ini akan memudahkan urusan perkahwinan dijalankan dan menghimpunkan seluruh ahli keluarga dalam satu majlis dan cara ini juga dapat menjimatkan belanja dan kos penganjuran majlis perkahwinan,” katanya.

Dr Halimah berkata, menerusi penganjuran majlis seperti itu diharap mampu melahirkan generasi muda yang memiliki jati diri dan akhlak terpuji serta mempunyai asas dan ilmu agama Islam yang tinggi yang boleh dijadikan panduan serta ikutan.

Dewasa ini jelasnya banyak berlaku perceraian akibat tiada pegangan diri yang kukuh terhadap agama serta tidak memahami tuntutan Islam dalam perkahwinan.

Read more ...

Eskay ada modal RM yang besar

Bekas Pengawai Megat Junid Dakwa Ditawar RM500 Ribu Oleh Eskay




RAWANG 26 MAC : Bekas Pegawal Peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini mendedahkan beliau ditawar imbuhan RM500,000 oleh ahli perniagaan Datuk Shyzryl Eskay Abdullah untuk menjadi saksi dalam kes saman Eskay terhadap Syarikat Merong Mahawangsa.

Sangsi dengan sogokan yang ditawar itu, Mohamad Mahti Abdul Rahim bertindak membuat surat perjanjian namun Eskay enggan menandatangani surat berkenaan.

Sebalikknya Eskay naik marah dan membawa Mahti berjumpa dengan bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim yang juga dikatakan rakan perniagaan Eskay.

Shuib kemudian menyakinkan Mahti bahawa beliau tetap akan mendapat imbuhan berkenaan jika Eskay menang kes itu dengan keseluruhan pampasan bernilai RM40 juta, menurut Mahti.

Eskay sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan, setelah mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Mahti berkata seorang peguam yang mewakili Eskay dalam kes saman itu menghubunginya semalam setelah beliau mendedahkan dendam Eskay terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam itu meminta Mahti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang ia akan "mengganggu" keputusan kes saman Eskay.

Semalam Mahti membuat pendedahan bahawa Eskay menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mahti berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman membabitkan ahli perniagaan itu.

Eskay adalah satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuaib yang dikatakan penasihat kepada syarikat baja milik Eskay.

Mahti semalam menyifatkan Eskay sebagai 'Si Kitol' - watak dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid yang menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kemudiannya Menteri Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dari tahun 1984 hingga 2000.

Read more ...

Eskay ke Siam kumpul bahan buat video lucah

Eskay Ke Thailand Kumpul Bahan Jatuhkan Anwar, Kata Mahti



RAWANG 26 MAC : Ahli Perniagaan Shazryl Eskay dikatakan membuat perancangan untuk mengumpul bahan tertentu di Siam dalam usaha untuk membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim, kata seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan beliau.

Mohamad Mahti Abdul Rahim berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek Jambatan Bengkok.

“Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac. Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi) Siam, nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar,” kata Mahti.

Eskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu.

Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan sebuah video seks lucah yang didakwanya merakamkan Datuk Seri Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di Kuala Lumpur.

Video 21 minit itu, menurut Eskay dirakam sebulan lalu. Anwar menafikan beliau adalah orang berkenaan dan membuat laporan polis serta mengemukakan bukti catatan twitter dan facebook beliau untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik Umno.

Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari Perkasa Shuib Lazim turut bertanggungjawab di atas penayangan video lucah itu.

Mahti adalah bekas pengawal peribadi Tan Sri Megat Junid Megat Ayob di antara tahun 1984 hingga 2000.

Beliau memperkenalkan Eskay kepada Allahyarham Megat Junid yang kemudian memperkenalkan beliau kepada Tun Mahathir Mohamad dan Anwar.

Mahti berkata beliau ditawar imbuhan RM500,000 oleh Eskay awal Mac untuk menjadi saksi dalam kes samannya terhadap Syarikat Merong Mahawangsa.

Sangsi dengan sogokan yang ditawar itu, Mahti mahu membuat surat perjanjian namun Eskay tidak bersetuju.

“Dia (Eskay) kata pada saya, Abang Mat boleh tolong saya jadi saksi tak kes ini? Saya tanya nak jadi saksi macam mana sebab saya bukan tahu kes ini macam mana. (Eskay berkata) Abang Mat cuma jadi saksi bahawa Abang Mat tau yang saya rapat dengan Tan Sri Megat Junid,” kata Mahti.

“(Eskay kata) kalau kes ini menang saya bagi Abang Mat RM 500,000. , “ tambah beliau.

Mahti berkata beliau dibawa berjumpa dengan bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim yang juga dikatakan rakan perniagaan Eskay pada 8 Mac.

Shuib kemudian meyakinkan Mahti bahawa beliau tetap akan mendapat imbuhan berkenaan jika Eskay menang kes itu dengan keseluruhan pampasan bernilai RM40 juta, menurut Mahti.

Eskay sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan, setelah mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Mahti berkata seorang peguam yang mewakili Eskay dalam kes saman itu menghubunginya semalam setelah beliau mendedahkan dendam Eskay terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam itu meminta Mahti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang ia akan "mengganggu" keputusan kes saman Eskay.

Semalam Mahti membuat pendedahan bahawa Eskay menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mahti berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman membabitkan ahli perniagaan itu.

Eskay adalah seorang daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuaib yang dikatakan penasihat kepada syarikat baja milik Eskay.

Mahti semalam menyifatkan Eskay sebagai 'Si Kitol' - watak dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Read more ...

"Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar"

Mustahil Anwar terlibat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheqZFkaj734MSA3b0qRo3JOEE2BksMGHRtSWkyFWEIuZqlogsEyjCXOmQBzskoFJun8lWLODNXzyhYVKwLoVTCXVzVVsr4FFL9tH-YfJqnbEfmM7B_tz_hf9-dxP3p_ru4BV8sgPAUjD-A/s400/25022010249.jpgKUALA TERENGGANU – “Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian,” demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof.

Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk ‘T’ itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had.

“Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang individu menggelari dirinya Datuk ‘T’ mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel.

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu.

Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini ‘difasikkan’ berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.

Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar.

“Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik,” katanya.

Read more ...

Pemimpin Melayu tidak bermoral

Perbuatan tidak bermoral

http://malaysianstory.files.wordpress.com/2009/11/nik_aziz_new1.jpgKOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

“Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral.

“Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

“Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

“Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama,” katanya.

Isnin lalu, rakaman video aksi seks yang dikatakan membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri ­Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada editor kanan dan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim ­Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kumpulan Datuk T) mengakui terlibat dalam pendedahan video terbabit.SH

Read more ...