Wednesday, April 27, 2011

UMNO ikon fitnah Malaysia

FITNAH VIDEO SEX : 10 SOKLAN UMNO KENA JAWAB

Nampaknya umno memang membabikan seluruh rakyat malaysia dalam permainan babi dia yang jelas tak berfaedah buat rakyat malaysia. Enh nanti dulu. Kenapa aku membabitkan babi pula kat sini? Babi tak pandai fitnah orang.

Jadi disini jelas babi itu lebih baik dari orang yang membuat fitnah. Jika begitu statement aku sebentar tadi patut ditukar. Nampaknya umno memang sedaya upaya cuba meng-umno-kan [baca : mensyaitankan] rakyat malaysia dengan permainan fitnah yang mengheret rakyat jelata ke kancah kepornoan.

Mungkin umno mendapat inspirasi dari filem terbaru indonesia iaitu 13 cara memanggil syaitan untuk memantapkan jalan cerita ini. Syabas diucapkan. Memang untuk menghidupkan watak porno perlu kita melayan filem porno terlebih dahulu.

Jangan terkantoi lagi buat kali yang entah ke berapa aku pun tak terkira. Tetapi saiful boleh lah di anggap sebagai ikon kantoi semalaysia yang terkenal tahap worldwide.

Hari ini kita semua tahu yang umno telah mengedarkan video seks kedua yang mana mukanya mirip dsai [padahal tak mirip langsung dalam video ini] di youtube dan tv3.

Memang betul umno sudah tentu akan sedaya upaya menafikan bahawa bukan mereka yang edarkan video itu walaupun kita tahu tv3 ialah syarikat proksi umno.

Read more ...

UMNO pengkhianat Melayu Pulau Pinang! bukan DAP

Oleh: ENGGANG QADHA

Menurut fakta terbaru tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

Kajian mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini dibina di atas tanah milik bukan Melayu seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi?

Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu.

Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri.

Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang adalah pihak yang lantang memperjuangkan hak Melayu Pulau Pinang yang terlepas satu persatu.

Sewaktu tahun 70an PAS telah mempersoalkan perkampungan Melayu di Tanjung yang terhapus satu persatu, bertukar milik kepada pihak lain.

Sewaktu Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri, terdapat cadangan supaya Masjid Negeri dibina di Padang Kota sebagai mercu tanda Islam di Pulau Pinang.

Cadangan dibantah keras oleh Gerakan dan MCA kerana tidak mahu simbol Islam kelihatan di pintu masuk Pulau Pinang. Umno hanya menurut macam orang bodoh.

Masa itu tindakan Gerakan dan MCA bukan rasis. Jika isu masjid pun Umno tidak mampu hadapi, macam mana nak perjuangkan isu hak Melayu Pulau Pinang.

Isu orang Melayu tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, bukan perkara baru. Juga disentuh oleh penceramah PAS lebih 30 tahun lalu. Lebih dari 7,000 orang Melayu yang sudah terusir.

Bekas tapak rumah mereka kini menjadi kompleks perniagaan dan hotel yang berderetan dari Padang Kota Lama hingga ke Tanjung Tokong, dah jadi milik orang lain.

Umno hanya melihat dengan mata putih, apa mereka buat atau apa mereka boleh buat?

Jika sekarang baru Umno membawa isu 7,000 orang Melayu bakal terusir dari rumah yang mereka duduki kerana berada di atas tanah milik orang lain, maka ia tidak lebih dari cerita zaman P. Ramlee yang diputar semula.

Ia sama sekali bukan angkara DAP kerana tanah orang lain yang mereka duduki itu bermula dari zaman BN dahulu. Ia berlaku kerana kemiskinan orang Melayu, tidak bertanah dan menumpang di atas tanah orang.

Kemunduran Melayu Pulau Pinang adalah kerana kegagalan Umno sebagai penguasa (dalam tempoh yang panjang) memperjuangkan nasib mereka. Umno lebih selesa ajar Melayu Pulau Pinang main boria dari meneroka peluang-peluang ekonomi.

Kini Umno mencari isu remeh temeh untuk menjadikan DAP sebagai kambing hitam menutup kegalan mereka. Pengambilan tanah di Balik Pulau untuk projek hub pendidikan dijadikan isu kononnya DAP mahu mengusir Melayu, walhal 80 peratus tanah terbabit milik bukan Melayu.

Hanya 20 peratus milik Melayu. Sewaktu satu demi satu tanah milik Melayu di Balik Pulau diambil oleh kerajaan pada tahun 80-an untuk pelbagai tujuan, Umno tidak sibuk mengangkat sepanduk.

Kehilangan tanah milik Melayu di Pulau Pinang yang berpindah kepada bukan Melayu lebih banyak berlaku kerana Melayu dengan rela hati menjual tanah tersebut kepada bukan Melayu.

Jumlah yang berpindah milik kerana jualan secara rela hati itu sebenarnya lebih besar berbanding, tanah yang diambil oleh kerajaan negeri. Tapi apa Umno buat sewaktu jadi kerajaan dulu?

PAS dan Melayu KeADILan turut dipersalahkan. Apa sangat yang mampu dibuat oleh PAS dan KeADILan dalam masa terdekat apabila diwariskan sebuah negeri yang sudah kering kontang hak Melayunya – angkara kegagalan kerajaan terdahulu.

DAP dituduh anti Melayu tetapi di masa DAPlah pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz berlaku.

Di bawah DAP yang ‘anti-Islam’ Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini.

Kerajaan DAP yang memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Hampir semua yang miskin tegar itu orang Melayu.

Di zaman Lim Guan Eng juga berlaku pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil yang majoritinya Melayu dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50 peratus.

Biarkan jari telunjuk Umno semakin panjang menuding pihak lain. Dasar Umno, “Aku sentiasa betul, orang lain yang salah.”

Read more ...

MCA, Gerakan wajar keluar BN

KUALA LUMPUR, 27 April: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyeru MCA dan Gerakan agar mengambil langkah berani dengan keluar dari BN segera memandangkan mereka tidak lagi menjadi aset kepada BN sejak kebelakangan ini.

Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, bahkan Gerakan, MCA dan SUPP dianggap oleh Umno sebagai liabiliti kepada BN dengan siri-siri kekalahan mereka dalam pilihanraya yang diadakan sejak tahun 2008 dan terkini di Sarawak.

“DPPP berpandangan bahawa Umno yang menerajui BN menjadi punca rakyat menjauhkan diri daripada BN,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, dengan menanamkan semangat perkauman yang sempit, Umno suka agar rakyat mencurigai satu sama lain khususnya terhadap bangsa dan kaum yang lain.

Tambahnya, tindakan Perkasa yang berdemonstrasi di hadapan Pejabat MCA demi untuk menyokong ‘lidah rasmi’ Umno iaitu Utusan Malaysia baru-baru ini pula mengesahkan lagi Umno merupakan parti perkauman yang melampau dan slogan ‘1 Malaysia’ jelas retorik semata-mata.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai berkata, dengan keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, ditambah dengan keputusan dalam Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina kepada MCA dan Gerakan semakin merosot.

Katanya lagi, MCA dan Gerakan bukan lagi parti tempat bergantung kaum Cina, sebaliknya pengundi Cina lebih bergantung harap kepada DAP.

Menurut, MCA dan Gerakan sekarang boleh diumpamakan sebagai ‘rumah kosong’.

Ini, ujarnya ditambah dengan pengakuan Ketua Biro Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh bahawa masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'.

Puncanya, kata beliau kerana rakyat sudah jelak melihat tingkah laku pemimpin BN yang sombong, angkuh, zalim serta hidup dalam kemewahan sedangkan rakyat hidup dalam penderitaan yang berpanjangan.

Tambahnya lagi, tambahan pula dengan kes-kes rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme yang diamalkan oleh BN sejak sekian lama menyemarakkan lagi kebencian rakyat terhadap BN.

“Apa yang rakyat perlukan sekarang adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak,” ujarnya.

Selain itu, ujarnya parti berasaskan perkauman seperti diamalkan oleh BN sudah tidak relevan lagi sekarang.

Beliau menambah, rakyat mahu melihat parti dan pemimpin yang memperjuangkan keadilan sejagat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturunan.

Menurutnya lagi, perjuangan berasaskan perkauman sudah lama ditinggalkan kerana rakyat sudah boleh menerima bangsa atau kaum lain di negara ini.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) telah membuka minda rakyat dengan politik era baru yang berteraskan ketuanan rakyat tanpa mengira mana-mana bangsa dan PAS sendiri telah melebarkan ‘uslub’ dakwah kepada yang bukan beragama Islam tanpa mengadaikan prinsip yang dipegang selama ini sehingga bangsa lain boleh duduk bersama di dalam PAS.

“Situasi ini menyebabkan Umno BN merasa panik lalu cuba menjuarai isu-isu remeh yang melibatkan bangsa melayu tanpa mempedulikan perasaan parti komponen yang lain di dalam BN,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat di mana-mana belahan dunia kini melaungkan slogan mahukan perubahan.

Jelasnya, di negara-negara Asia Tengah, perubahan sedang berlaku, dan ia sedang merebak ke Malaysia di mana di Sarawak, rakyat menzahirkan sentimen kebencian terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menyebabkan penduduk bandar khususnya bangsa Cina menolak BN.

“Di Semenanjung hari ini, rakyat khususnya di kawasan bandar sudah membuka mata melihat keabsahan pemerintahan BN yang memiskinkan dan menekan rakyat. Perubahan itu mesti berlaku dan sedang berlaku,” katanya.

Katanya lagi, sudah lebih 50 tahun BN memerintah dan semakin nyata ketempangan yang berlaku di negara kita dan BN dianggap sebagai sebuah kapal yang sedang menanti untuk karam.

“Dalam keadaan demikian, apakah perlu lagi MCA dan Gerakan berpaut kepada BN?” solanya

Justeru itu, ujarnya DPPP menyeru agar MCA dan Gerakan segera mengambil langkah keluar dari BN dan menyertai PR.

Tambahnya, Umno hanya memerlukan MCA dan Gerakan ketika pilihan raya sahaja demi untuk mendapatkan undi.

“Rakyat kini sudah menganggap PR adalah parti masa depan mereka. Hanya dengan cara inilah MCA dan Gerakan mampu kembali ke persada politik negara dan memenangi jiwa rakyat,” katanya.

Read more ...

Polis mahu lindungi Datuk T, usaha kenakan Anwar

KUALA LUMPUR: Pihak polis sekali lagi berdolak-dalik dalam isu video seks palsu, apabila mengeluarkan kenyataan yang menjurus usaha untuk mengenakan tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru, kenyataan polis yang diumumkan Timbalannya yang baru dilantik, Datuk Khalid Abu bakar bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan pelaku yang didakwa mirip Ketua Pembangkang itu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pendirian polis itu dilihat cenderung menyebelahi Trio Datuk T, sedangkan polis telah membuat kenyataan untuk menyiasat ketiga-tiga saspek tersebut sebelum ini.

“Apakah mereka mempunyai keistimewaan? Daripada pemerhatian kita, setiap kali Rahim dan yang lain mengeluarkan kenyataan, ia ‘disambut’ oleh pihak polis, sama ada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah atau pun Timbalannya.

‘Perkara ini adalah percubaan kepada keadaan untuk membina persepsi di kalangan orang ramai, sedangkan kes tersebut masih dalam siasatan. Ini menguatkan hujah kita bahawa dari awal lagi kes ini jelas bermotif politik.

“Apa yang kita lihat, kenyataan polis seolah-olah mengugut pengadu (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata Shamsul kepada Keadilandaily.

Menurut Shamsul, polis menerusi Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah, 18 April lalu mengesahkan kemungkinan untuk mengenakan tindakan terhadap Datuk T kerana kesalahan mengedar dan menayang video lucah- mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Bagaimana pun, sehingga kini Trio tersebut yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan bendahari Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, masih belum dikenakan tindakan.

Tindakan tidak konsisten

Dalam pada itu, Shamsul mempersoalkan kenyataan polis yang tidak konsisten, apabila mendedahkan kepada media mengenai maklumat separuh masak yang mengelirukan orang ramai.

Dalam laporan Berita Harian bertarikh 21 April 2011, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, video tersebut dianalisis oleh sebuah agensi penyiaran yang tidak dinamakan dan kononnya berpangkalan di Korea Selatan.

Manakala pada hari ini, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin seperti dilaporkan Bernama memaklumkan, video tersebut dianalisis oleh pakar tempatan.

“Yang mana satu sebenarnya? Kenyataan yang dikeluarkan oleh polis tidak konsisten dan mengelirukan. Dalam hal ini, wujud dua set undang-undang. Satu untuk Barisan Nasional dan satu lagi untuk Anwar Ibrahim.
Malah kata Shamsul, keterangan yang diberi Eskay sebelum ini, juga bercanggah dengan kenyataan yang dibuat pihak polis.

Antaranya Eskay memaklumkan bahawa kejadian tersebut membabitkan seorang pelacur warganegara China di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Manakala pihak polis pula menyatakan pelaku wanita dalam video seks tersebut adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta dan ia dirakam di sebuah kondominium di ibu negara.

“Polis sepatutnya meneruskan siasatan terhadap ‘Trio Datuk T’, bahkan sehingga hari ini, laporan Qazaf terhadap mereka bertiga telah dibuat. Namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Ini adalah percubaan Barisan Nasional untuk meneruskan siri-siri serangan terhadap Anwar. Selepas kes fitnah liwat gagal, kini mereka bersiap sedia untuk memulakan serangan terbaru,” ujar Shamsul.

Read more ...

PAS Parit Buntar terus tawar khidmat kesihatan percuma kepada penduduk

PARIT BUNTAR, 27 April : Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar meneruskan program kebajikan kepada penduduk di Parit Buntar apabila mengadakan khidmat kesihatan percuma di empat tempat berasingan.

Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, Lujnah Kebajikan telah mendapat khidmat pasukan doktor sukarela yang menawarkan kaunseling kesihatan, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kandungan gula dalam darah dan ujian berat badan seimbang

" Pada sebelah pagi khidmat ini telah diadakan di Surau Haji Shaari , Kuala Bagan Tiang dan Surau Asmawiah, Kedai Empat. Manakala pada sebelah petang khidmat ini diadakan di Markas UPU Kampung Kedah dan Pasti An Nur, Taman Kerian Permai.

“ Program hari ini mendapat sambutan hebat dan kami tidak menang tangan dengan kehadiran penduduk terdiri daripada penduduk tempatan dan kawasan sekitar" katanya

Adnan berkata, Lujnah Kebajikan juga dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Parit Buntar telah mengadakan Khidmat Kesihatan Darussyifa' di Surau Sungai Labu Bawah dan Surau Sungai Baru Tengah.

" Khidmat Darussyifa' yang diadakan pada sebelah pagi ini terpaksa disambung hingga lewat petang kerana terlalu ramai yang ingin mendapat khidmat perubatan berasaskan ayat-ayat al-Quran ini.

“ Masing-masing sangat teruja untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan oleh pihak kami “ katanya

Menurutnya, program hari ini adalah aktiviti berterusan yang ditawarkan kepada penduduk di Parit Buntar.

“ Sebelum ini sudah banyak kali khidmat kesihatan percuma kepada masyarakat diadakan oleh PAS Parit Buntar.

“ PAS Parit Buntar bukan sahaja mengadakan program ini kepada orang Melayu malah melibatkan kaum lain di komuniti mereka” katanya

Adnan berkata, kehadiran PAS di hati masyarakat dan keterbukaannya dalam bekerjasama dengan institusi-institusi masyarakat dan perubatan jelas membuktikan keseriusan PAS untuk memberikan yang terbaik dari sudut keperluan dan kebajikan masyarakat.

“ Kami juga mengadakan lawatan ke rumah penduduk yang sakit dan tidak mampu ke tempat program.

“ Rata-rata penduduk sangat berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan berharap dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang” katanya

Sementara itu seorang penduduk yang ditemui Zulkifli Asmawi dari Kedai Empat berterima kasih kepada Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar yang banyak mengadakan program berbentuk kebajikan yang banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Read more ...

Pemegang saham rugi pemimpin UMNO Kedah kenyang memanjang

Amanah Saham Kedah merudum tapi Lembaga Pengarah sentiasa KENYANG

Oleh: Tok Senapi

Di masa pemerintahan BN, elaun setiap orang Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB) ialah sebanyak RM20-RM25 ribu setahun. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima bonus raya RM3,000 seorang.

Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB ialah Dato’ Mahdzir Khalid, Dato’ Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato’ Ghazali Ibrahim, Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad, Dato’ Mohd Akhir Shafie dan Dato’ Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin Umno.

Keputusan memberi elaun RM20,000 seorang tercatat dalam minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 3/2006 bertarikh 10 Disember 2006.

Ini bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 13 pada 30 Jun 2007 yang memutuskan tiada ganjaran pengarah dibayar bagi tahun berakhir 31 Disember 2006. Manakala pembayaran imbuhan raya bagi tahun 2007 tidak diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah.

Penetapan ganjaran kepada Ahli Lembaga Pengarah hendaklah berasaskan kepada prestasi keuntungan yang diperolehi syarikat pada tahun kewangan tersebut, tapi mereka sudah tetapkan ganjaran pada tahun 2006 lagi, sebelum tahun kewangan berakhir.

Begitulah perangai para pemimpin UMNO mengagihkan duit PKB. Walaupun Amanah Saham Kedah yang diuruskan oleh PKB sahamnya jatuh merudum sedak diniagakan, pelabur tanggung rugi tapi ahli lembaga pengarah tetap kenyang memanjang.

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Read more ...

Tuesday, April 26, 2011

Kebenaran terserlah – perjuangan Kase diakui

Saya ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia khasnya pemilik kenderaan dan pengguna jalanraya kepada kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang disiarkan dalam akhbar theSun bertarikh 27/4/2011 di mukasurat 03. Beliau mengulas pertanyaan wartawan tentang keputusan Kerajaan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanya setelah kesalahan yang dilakukan dibawa dan dibuktikan di Mahkamah.

Antaranya beliau menyebut seperti berikut: It’s not (being lax). It’s only fair; innocent until proven guilty – that is the basic principle of law. Only when they are found to be guilty of their offences in court, will they be blacklisted.

Menyorot kembali polisi Kerajaan sebelum ini di mana Kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menguatkuasakan kaedah senarai hitam pemilik-pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu iaitu dengan menghalang segala transaksi melibatkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) dan lesen memandu jika didapati pemilik kenderaan dan pemegang lesen mempunyai “perkara yang belum selesai” di dalam rekod JPJ dan PDRM.

Tidak pernah pada bila-bila masa semasa polisi ini dilaksanakan sebelum ini, para pemilik kenderaan dan pemegang lesen dibawa ke Mahkamah dan dibuktikan kesalahan mereka. Sebaliknya para pemilik kenderaan dan pemegang lesen terus dihalang transaksi dengan JPJ melainkan mereka membayar dahulu segala kompaun bagi setiap perkara yang terdapat di dalam rekod JPJ dan PDRM.

Ekoran tindakan tersebut, balai-balai polis, kaunter-kaunter pejabat pos dan JPJ dikerumuni para pemilik kenderaan dan pemegang lesen untuk membayar kompaun-kompaun kerana terdesak dan takut mereka akan disenarai hitam. Mereka terpaksa bersusah payah beratur, mengambil cuti dan ada juga yang terpaksa membuat pinjaman peribadi dengan bank untuk melangsaikan kompaun sedangkan semua kesalahan yang direkodkan di dalam sistem JPJ dan PDRM masih belum dibawa ke Mahkamah dan dibuktikan kesalahan.

Kementerian Pengangkutan dan JPJ bertegas mengatakan mereka mempunyai kuasa untuk melakukan senarai hitam tersebut melalui peruntukkan Seksyen 17(1)(d) dan Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Kami di Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) secara konsisten menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada tahun 2009 di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Pengarah Jabatan pengangkutan Jalan Negeri Sarawak.

Kami di KASE telah menyerahkan Memorandum Bantahan kepada Menteri Pengangkutan pada Ogos 2010 dan kemudiannya menyerahkan aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Walaubagaimana pun jawapan yang diterima pada waktu itu tetap sama iaitu Kerajaan mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam walaupun kes Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan sebaliknya.

Desakan demi desakan dilakukan sehinggalah pada 23/3/2011 Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju menarikbalik perlaksanaan senarai hitam atas kesalahan yang dikeluarkan Notis Pol 170A atau lebih popularnya “Saman Ekor”. Alasan yang diberikan beliau ialah Jemaah Menteri mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara bahawa keputusan perlu ditangguhkan sehingga suatu kes rayuan diputuskan di Mahkamah.

Kami di KASE menyambut baik keputusan tersebut. Walaubagaimana pun keputusan tersebut dengan jelas, nyata dan terang menunjukkan bahawa Kerajaan telah mendera, menindas, menzalimi dan memaksa rakyat khasnya pemilik kenderaan dan pemegang lesen untuk membayar dan mengakui sesuatu perkara yang belum pasti dan belum diputuskan kesalahan mereka oleh Mahkamah.

Tindakan Kerajaan sebelum ini jelas membuktikan prinsip “innocent until proven guilty” (tidak bersalah melainkan dibuktikan salah) yang disebut oleh Timbalan Menteri itu tidak diendahkan. Kenapa setelah berjuta-juta duit rakyat diperas melalui tindakan senarai hitam baru sekarang hendak disebutkan prinsip “innocent until proven guilty”. Adakah semasa polisi ini dilaksanakan sebelum ini Kerajaan tidak pernah tahu prinsip “innocent until proven guilty”?

PDRM pula dengan bangganya mengumumkan bahawa sehingga Februari 2011 sejumlah lebihkurang RM496.7 juta telah berjaya dikutip. Kutipan ini hasil daripada perlaksanaan kaedah ugut dan paksa oleh Kerajaan selama ini. Kerajaan mengugut akan menghalang transaksi pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu jika kompaun tidak dijelaskan.

Hasil ugutan itu, para pemilik kenderaan dan pemegang lesen berpusu-pusu membanjiri balai polis, pejabat pos dan JPJ untuk membayar kompaun sedangkan kesalahan mereka belum dibuktikan. Inikah prinsip “innocent until proven guilty” yang dipegang oleh Kerajaan? Bayar dahulu – salah atau tidak bukan isunya? Rakyat Didahulukan! Adakah PDRM tidak perlu menggunapakai prinsip “innocent until proven guilty”? Adakah duit kompaun lebih penting daripada pembuktian kesalahan?

Keputusan menarikbalik senarai hitam juga dikatakan ekoran nasihat Jabatan Peguam Negara. Mahkamah Tinggi Kuching telah membuat keputusan pada tahun 2009 tetapi hanya pada Mac 2011 baru Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat kepada Jemaah Menteri bahawa tindakan Kerajaan menyenarai hitam itu tidak betul. Negara amat malang mempunyai “penasihat” seperti ini. Sudah berjuta-juta duit rakyat dikaut, sudah berapa ramai rakyat disusahkan baru Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat bahawa tindakan Kerajaan tidak betul?

Kami di KASE ingin mendesak kepada Kerajaan untuk menjelaskan beberapa perkara. Pertama, atas prinsip undang-undang apa Kerajaan berpendirian bahawa Kerajaan boleh menghalang transaksi sebelum ini jika sekarang ditarik balik atas prinsip “innocent until proven guilty”? Kedua, siapa yang memberikan nasihat kepada Kerajaan untuk melaksanakan senarai hitam walau pun keputusan Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan bahawa tindakan itu salah?

Ketiga, jika sekarang ditarik balik kerana prinsip “innocent until proven guilty”, bagaimana status mereka yang telah membayar kompaun sedangkan mereka tidak pernah didapati salah oleh Mahkamah? Mereka membayar kerana ugutan senarai hitam oleh Kerajaan, bukannya mengaku kesalahan.

Akhirnya KASE mendesak Kerajaan melakukan perkara-perkara berikut:

a) Memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya para pemilik kenderaan dan pemegang lesen atas tindakan senarai hitam tanpa bukti sebelum ini.
b) Memulangkan segala bayaran kompaun yang telah dibuat oleh para pemilik kenderaan dan pemegang lesen akibat perlaksanaa kaedah senarai hitam sebelum ini.
c) Mengeluarkan rekod kesalahan yang tidak dibuktikan di Mahkamah daripada sistem PDRM dan JPJ melainkan semua kesalahan tersebut dibawa dan dibicarakan di Mahkamah.
d) Menghapuskan semua saman-saman ekor dan perkara-perkara yang tidak dibuktikan kesalahan di Mahkamah daripada rekod JPJ dan PDRM.
Sekiranya tindakan ini tidak dilakukan, KASE berpendapat bahawa Kerajaan sememangnya tidak bertanggungjawab dan telah bertindak zalim kepada rakyat. Di mana slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan? Kebenaran Akhirnya Terserlah....


Zulhazmi Shariff adalah Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Read more ...

MB Kedah sedia dedah nama pemimpin UMNO seleweng

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia mendedahkan senarai penerima dalam kalangan pemimpin UMNO berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan perbelanjaan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC), sekiranya pemimpin UMNO berterusan memburuk-burukkan Kerajaan Negeri.

Katanya, membelanjakan duit dengan tidak mengikut peraturan adalah salah di sisi undang-undang, terutama wang milik rakyat yang digunakan parti tertentu bagi tujuan aktiviti politik.


“Kita bukannya mempersoal sama ada STDC rugi atau untung bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), sebaliknya mempertikai perbelanjaan yang secara terang-terangan digunakan untuk tujuan politik,” katanya.

Azizan berkata, Pemuda Pas pada 14 April lalu telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan berjumlah RM8 juta ekoran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak meluluskan pengecualian cukai korporat terbabit, dan kini pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada badan itu untuk siasatan lanjut.


“Saya akan dedahkan nama-nama pemimpin UMNO terlibat yang menerima peruntukan itu apabila tiba masanya kelak. Saya ada butiran terperinci yang mengesahkan wang disalah guna bagi tujuan mesyuarat UMNO dan sebagainya,” katanya.


Azizan turut menyelar kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mempertahan tindakan UMNO Kedah yang menggunakan ‘sedikit peruntukan syarikat terbabit’ bagi menampung kehadiran pemimpin Kerajaan Persekutuan.


“Saya minta beliau tafsir sendiri bentuk perbelanjaan itu salah atau tidak, atau tunggu sahaja SPRM buat penilaian. Catatan pada laporan jelas menunjukkan perbelanjaan menjurus pada aktiviti politik, bukannya program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR),” katanya.


Menurutnya, sekiranya peruntukan itu benar-benar disalurkan pada program CSR, ia tidak menjadi kesalahan kerana dibelanjakan untuk masyarakat seperti anak yatim atau sumbangan orang miskin.


“Yang saya sangsi ialah kenapa wang itu dibelanjakan pada parti politik? Saya ingin nasihatkan mereka jangan lagi mahu putar belit fakta.


”Selama ini saya diamkan sahaja sebab tidak mahu dedahkan isu ini, namun jika berterusan pentadbiran saya diganggu, saya akan dedahkan,” katanya.


Isu perbelanjaan STDC mula didedahkan oleh Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah pada Sidang DUN, 4 April lalu, apabila mendakwa pembayaran dan aliran wang keluar STDC sebahagian besar dibuat atas nama politik dan bukannya aktiviti Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan portfolio GLC berkenaan.[Sinar Harian]

Read more ...

Kerja pecah belah bagi kat UMNO

Umno Hanya Tahu Melaga-lagakan Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR 26 APRIL: Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada media proksi Umno-Barisan Nasional (BN) supaya tidak menganggu-gugat kesepakatan yang terjalin antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, tindakan melaga-lagakan kenyataan pemimpin PKR dan PAS menerusi laporan media arus perdana tiga hari lalu sebagai lumrah permainan politik Umno-BN dalam usaha untuk memecah-belahkan gagasan itu.

Anwar yang ditemui media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata, pendirian Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali berhubung siasatan rakaman video seks 22 April tidak harus dimanipulasi media.

Jelasnya, Mustapha hanya memberi pandangan dari sudut syariah selain menyerahkan siasatan kepada polis tanpa berpihak kepada mana-mana individu mahupun Ketua Pembangkang itu sendiri.

Namun kesempatan itu diambil oleh akhbar Utusan Malaysia untuk menimbulkan ketegangan di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menerusi laporan berbaur fitnah.

" Umno cuba untuk laga-lagakan. Datuk Mustapha Ali hanya mengatakan dari segi syariah kes ini tidak dapat dipertahankan tapi kalau polis siasat tunggu sahaja itu maksud kenyataan dia," kata Anwar.

Anwar seterusnya menyifatkan Umno-BN tidak mempunyai kepentingan untuk dipertahankan sebaliknya menunggu peluang untuk mencemar imej parti perikatan itu.

" Yang Umno nak sibuk lagakan buat apa. Kerja Umno dia tidak dapat pertahankan kekuatan dia, dia hanya boleh bantu melagakan dan lucah," ujar beliau lagi.

Memetik laporan Utusan Malaysia 23 April lalu, portal itu melaporkan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali marah selepas mendapati komen oleh Mustapha mengenai pelaku rakaman video seks itu tidak menyebelahi pendirian Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri.

Mustapha kemudiannya menafikan kenyataan bahawa PAS bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam pakatan pembangkang.

Read more ...

Wawancara RPK : TV3 siar yang baik untuk Ro$mah potong yang buruk

Tv3 Potong Wawancara Dengan Saya : RPK


BANGKOK 27 APRIL : Penulis blog, Raja Petra Kamarudin (RPK) menyangkal laporan TV3 bahawa beliau 'tidak percaya lagi' dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Selepas dua siri wawancara dengan Raja Petra disiarkan dalam buletin utama di stesen swasta tersebut, beberapa pihak terus melabel penulis blog itu telah mengubah pendiriannya dengan 'menarik balik' dakwaan tertentu dalam akuan bersumpah (SD) yang telah difailkannya.

RPK mengaku beliau berkata "Saya rasa mustahil kot" dalam wawancara dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Australia, tetapi mendakwa ayat pertengahannya telah dipotong dalam segmen yang disiarkan pada 13 April.

"Ia adalah wawancara (selama 90 minit), sedikit sebanyak daripadanya mengenai SD saya. Bolehkah anda tidak ambil (siarkan) satu ayat sahaja tetapi ambil (siarkan) keseluruhan perenggan?” soalnya dalam temuramah video Skype dengan Malaysiakini dari Bangkok Ahad lepas.

Raja Petra berada di Bangkok untuk menghadiri forum anjuran Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM). Beliau adalah pengerusi MCLM dan gerakan itu mendakwa laporan itu telah diputarbelit.

Beliau berkata, kenyataannya telah disalah lapor kerana wawancaranya telah disunting oleh penyiar, menyebabkan maksud sebenarnya telah berubah.

“Mungkin TV3 patut diminta menyiarkan keseluruhan perenggan,” katanya sambil menambah tanggungjawab itu terletak di bahu penyiar berkenaan untuk menjelaskan perkara tersebut.

Raja Petra mendakwa apa yang dikatakannya dalam perenggan tersebut ialah: Apabila saya diberitahu saya tak percaya lagi, saya rasa mustahil kot, Rosmah masuk hutan panjat bukit tengah malam, jadi saya tak percaya lagi, sehingga saya mendapat pengesahan.-Malaysiakini

Read more ...

UMNO tak da hujah mencarut la jawabnya


Bolehkah mencarut dengan alat sulit dalam bahasa Tamil dalam Dewan Negeri

Sesi Perbahasan Titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada sesi Dewan Undangan Negeri semalam, dicemari dengan tindakan Adun BN bergelar datuk yang bangun dan mencarut dengan perkataan lucah.

Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, kejadian itu berlaku ketika Adun Bahau, Teo Kok Seong membahaskan titah Diraja, semalam.

Disebabkan gagal berhujah, Adun Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah dalam bahasa tamil, yang bermaksud alat sulit wanita.

“Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang Adun BN, dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan Adun Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi (semalam),” ujarnya.

Badrul berkata ia bukan pertama kali Zainal menimbulkan kekecohan dalam dewan kerana mencarut.

Tahun lalu, Zainal juga melakukan perkara yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan bahasa Tamil kepada salah seorang Adun berketurunan India.

Justeru, kata Badrul, perkara itu membuktikan Adun BN Negeri Sembilan itu, derhaka terhadap Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan kerana mempermainkan dan menghina perbahasan titah Diraja dalam dewan yang mulia.

Ia juga katanya, membuktikan Adun BN itu gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan masa dan wang rakyat melalui persidangan dewan dengan mencarut, sehingga speaker dewan juga tidak mampu mengendalikan sidang berkenaan dengan berkesan.

Malah kata Badrul, Adun BN berkenaan bukan sahaja mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa India, tetapi juga tidak sensitif dengan menghina wanita dan kaum India.

“Selaku anak muda dan warga Negeri Sembilan saya merasa amat sedih dan kali ini merasakan benar – benar Adun BN sudah melampau dan mempermainkan rakyat.

“Saya juga melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merafak sembah agar DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dapat mengambil tindakan tegas terhadap penghinaan dewan khususnya ketika membahaskan titah Diraja,” ujar beliau.

Tambah Badrul, kejadian itu juga membuktikan kemunafikan Umno, media dan organisasi kononnya pembela raja dan Melayu.

“Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui BN sudah tentu heboh dan kecoh, tetapi oleh kerana ia negeri di bawah cengkaman BN maka ia ditutup sahaja.

“Makin jelasnya sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata,” tegasnya.

Keadilandaily

Read more ...

Mamat Khalid sertai UMNO ? Baca pula ulasan Pak Jabit

Berbeza politik, tidak pada karya: Pak Jabit

SHAH ALAM – “Sebagai rakyat yang matang saya tidak akan berpisah de-ngan Mamat Khalid dari segi berkarya walaupun antara kami berbeza fahaman politik.”

Itulah kata-kata Abdul Kadir Abdul Manaf yang lebih dikenali sebagai Pak Jabit dalam filem lakonannya ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ mengenai pengarah filem, Mohamad Mohd Khalid atau Mamat Khalid menyertai UMNO, semalam.


Ketua Cabang PKR Temerloh itu berkata, Malaysia sudah 53 tahun merdeka dan sebagai rak-yat kita sudah faham dengan demokrasi berpolitik yang memberi kebebasan sesiapa sahaja menceburkan diri dalam parti politik berdaftar.

“Saya tidak terkejut mendengar Mamat me-nyertai UMNO malah menyokong perjuangannya kerana dalam berkarya beliau tidak sesekali menilai seseorang itu melalui perbezaan politik.

“Malah saya lebih terkejut dan menentang habis-habisan sekiranya Mamat menyertai parti komunis atau menjadi perosak negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pak Jabit yang juga Penyelaras Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) berkata, hakikatnya jika solat Jumaat dan di sebelahnya orang UMNO adakah dia terpaksa keluar saf kerana berbeza politik?

“Soal parti adalah hak individu, terpulang bagaimana cara seseorang itu menyumbang terhadap parti politik yang disertainya sama ada untuk diri sendiri, tanah air, masyarakat atau sekadar pemerhati sahaja.

“Begitu juga keakraban saya dengan Mamat, saya akan terus menyokong kerjayanya dalam perfileman kerana tahu beliau seorang yang kreatif menzahirkan idea bernas dalam menghasilkan cerita menarik serta mempunyai pengajaran (mesej) kepada penonton.

“Siapa tahu suatu hari nanti, Pak Jabit mungkin duduk semeja dengan Mamat jika kami sama-sama dicalonkan menjadi menteri,” katanya berseloroh.SH

Read more ...

Selepas ini tak mustahil DNA Anwar dijumpai pula dalam kemaluan pelacur cina video seks atau sesiapa sahaja ?

Isu Sperma Hanya Mainan Umno, Kata Anwar

Kindle Wireless Reading  Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl  TechnologyKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tetap mempertahankan pendiriannya berhubung jangka hayat sperma yang didakwa ditemui di bahagian dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, fakta saintifik membuktikan bahawa spesimen yang didakwa sperma itu tidak dapat hidup lebih daripada 72 jam walaupun disimpan di dalam peti sejuk.


Namun begitu pendakwaraya mengenepikan fakta tersebut dalam mahkamah agar hakim memberi tumpuan kepada tuduhan perlakuan liwat yang dianggap tidak wujud sama sekali.

"Sementara ini nampaknya pendakwa menjadi alat politik Umno. Memainkan isu sperma (air mani) walaupun keterangan dalam mahkamah terbukti yang dikatakan mani itu, 96 jam tidak berada dalam peti sejuk dan dalam mana-mana dokumen sains tidak boleh bertahan. Tapi semua itu dipadamkan supaya jadi isu politik murahan," jelas Anwar


Bercakap kepada pemberita selepas selesai menghadiri sesi penghujahan kes fitnah kedua hari ini, Anwar menjelaskan sperma yang ditemui pada Saiful 26 Jun 2008 hanya diserahkan kepada Jabatan Kimia Malaysia empat hari kemudian iaitu pada 30 Jun tahun yang sama.

Justeru beliau menyifatkan tindakan mengaitkan dirinya dengan "Lelaki Y" seperti yang diberitahu pendakwa semalam merupakan cara untuk Perdana Menteri Najib Razak dan Umno-Barisan Nasional (BN) mempertahankan kedudukan mereka.

Anwar seterusnya mengingatkan agar Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah tidak tunduk kepada tekanan politik sekaligus mampu mengabaikan fakta dan undang-undang semata-mata untuk menamatkan karier politik beliau.

"Tapi perkara ini diketepikan sama sekali dan saya harap ianya tidak diketepikan oleh undang-undang dan fakta oleh hakim. Namun setakat yang saya faham Umno hanya boleh bertahan dengan menggunakan media mereka untuk memburukkan tanpa mengambil kira etika, moraliti, fakta atau undang-undang," katanya lagi.

Hakim Zabidin menetapkan 16 Mei sebagai tarikh penentuan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela diri atau membebaskan beliau daripada tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya.


Ketua Pembangkang itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam Karpal Singh dalam hujahnya semalam berkata pendakwaraya gagal membuktikan wujudnya kes terhadap Anwar memandangkan terdapat banyak keraguan yang ditimbulkan berdasarkan keterangan saksi dan bahan bukti.

Read more ...

Mari baca orang ramai 'puji' Utusan akhbar kesayangan UMNO



Kemampuan Utusan Malaysia dan Kosmo menjadi sumber maklumat yang mampu mendidik masyarakat telah lama dipertikaikan. Akhbar yang menjadi suara kepada kerajaan itu sering menimbulkan kontroversi dalam cara penyampaian maklumat yang tidak seimbang di samping meniupkan semangat perkauman dalam negara.

Terbaru adalah dengan menyiarkan gambar dan berita yang berkaitan dengan fitnah video seks yang membabitkan Ketua Umum Parti keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim. Tokoh agama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga menegur Utusan Malaysia cara penyiaran maklumat itu dibuat.

Apa yang menjadi isu sekarang ini, Utusan Malaysia dan Kosmo diagih-agihkan secara percuma ke sekolah-sekolah kerajaan untuk tatapan pelajar sedangkan maklumatnya mutakhir ini banyak memaparkan isu seks. Maklumat ilmu yang sepatutnya diperolehi dan diberi kepada pelajar telah bertukar kepada maklumat fitnah dan seks.

Menurut Eida Burn, 42, (gambar kiri) dia mahu supaya Kementerian Pelajaran mengkaji semula pemberian akhbar itu di sekolah kerana sering memaparkan maklumat yang berunsur seks dan fitnah. Katanya, apa yang diperlukan oleh pelajar adalah ilmu atau maklumat yang mampu membuat minda mereka berfikir ke arah kemajuan negara.

"Tetapi apa yang dikesalkan adalah laporan yang memalukan hingga ada anak saya yang bertanya berhubung dengan berita yang tidak bermoral seperti video seks yang heboh sekarang ini. Pelajar tidak memerlukan maklumat seperti ini kerana ia mampu membawa kekeliruan kepada mereka," katanya.

Kata beliau lagi, jika pelajar dimomokkan dengan berita seks dan mengaibkan seperti itu, ia mungkin akan melahirkan pelajar yang tidak berakhlak dalam penyampaian maklumat.

Sementara itu, Sisom Saliman, 45, (gambar kanan) pula melahirkan rasa malu terhadap media perdana itu yang sanggup menjadikan perkakas kepada pemerintah walaupun sedar "belum tentu" kebenarannya. Katanya, walaupun belum ada kesahihan tetapi cara penyampaian media itu amat dikesali hingga ada yang mempercayainya.

Menurutnya, adalah tidak wajar media seperti ini dijadikan bahan bacaan kepada pelajar kerana ia mampu menimbulkan suasana negatif. "Saya sendiri malu nak beli akhbar terbitan Utusan Melayu itu apatah lagi untuk dibawa ke rumah untuk tatapan keluarga. Akhbar sepatutnya menjadi media yang mampu mendidik masyarakat dan bukan menjadikan berita seks sebagai tajuk utama mereka," kata beliau.

Jelasnya, pihak pengurusan sesebuah akhbar sepatutnya melihat bagaimana sesebuah media mampu membina minda masyarakat dan bukan mengejar keuntungan semata-mata. Sisom berharap agar pengurusan Utusan membuat post mertem setiap berita dan maklumat yang disampaikan dan mengambil kira impak kepada masyarakat.

Bagi Abdullah Spontan, 27, (gambar kanan) mahu media menjadi sumber maklumat yang sihat untuk melahirkan genarasi yang mampu membawa negara kearah kegemilangan. "Berita yang menjurus ke arah pelajaran wajar dilebihkan tanpa terdapat unsur yang mampu membawa mereka ke arah perkara yang tidak baik. Pelajar sekolah sepatutnya menumpukan lebih pelajaran dan pengetahuan yang berguna dan bukan laporan yang tidak beretika dan tidak berakhlak," tegasnya.

Katanya, terdapat media perdana yang tidak beretika hingga menyiarkan berita yang tidak sepatutnya hingga boleh membawa kesan yang negetif kepada pelajar. Beliau mahu pelajar tahu peranan mereka sebagai penuntut untuk kegunaan dunia dan akhirat.

Jadi, katanya, janganlah ada pula media yang cuba merosakkan mereka dengan menyalurkan berita yang tidak bermoral sebagai bahan bacaan. Tegas Abdullah, Utusan sebagai media orang Melayu dan Islam sepatutnya berusaha mendidik pelajar dan bukan memesongkan pemikiran mereka dengan maklumat fitnah.

Muhammed Kamel Abdullah, 54, (gambar kiri) kesal dengan apa yang berlaku, dan beliau mahu media sedar apakah peranan surat khabar, siapa sasaran, apakah matlamat berita yg hendak disampaikan. Katanya, peranan akhbar antaranya adalah menyampaikan berita, di dalam dan luar negara dalam bentuk maklumat, hiburan, pembelajaran, ekonomi, sukan dan lain-lain.

Dalam konteks, ini katanya, Utusan Malaysia tidak mengambarkan keikhlasan berita yang dikeluarkan kerana ianya dilihat lebih menjadi lidah parti politik Umno. Jadi, tidak hairanlah, tegasnya, jika mereka sanggup berbohong, memfitnah agar mereka dapat memesongkn fikiran org yg tidak ada sumber lain untuk dijadikan secondary opinion.

Beliau berpendapat pemberian Utusan Malaysia secara percuma ke sekolah-sekolah adalah salah satu strategi pemerintah untuk kekal berkuasa, dgn harapan ibu bapa murid akan membaca dakyah mereka dan mengundi BN. "Jadi tujuan mereka bukanlah untuk memberi maklumat berupa ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi lebih kepada politik dan kepentingan pemerintah semata," katanya.

Read more ...

Tak rugi PR pun artis macam ini sertai UMNO

WarkahDaily – Sebelum Bob Lokman nak umum sertai PAS tempoh hari, ramai tertanya-tanya siapakah gerangan artis yang mahu sertai parti Islam itu, bahkan ketika pengumuman penyertaan artis berkenaan ke dalam PAS, ramai anak muda bertakbir dan masing-masing gembira dengan perkembangan itu.

Semua terkejut dengan penampilan baru Bob Lokman yang amat berlainan ketika menjadi artis dahulu yang terkenal dengan lawaknya. Namun seorang yang dulunya tidak mengambil berat dengan perjuangan Islam dan masa depan Islam di Malaysia, kini semenjak menyertai PAS, ke hulu ke hilir, beliau bawa satu harapan untuk perjuangan Islam. Demi Islam, Bob Lokman terus disanjung.

Menyedari akan hakikat artis sudah mula mendekati parti Islam itu, Umno merasakan mereka semakin tidak relevan. Umno terdesak kini cuba mengalih perhatian umum konon artis juga mahu mendekati parti sekular itu.

Baru-baru ini jelas terbukti, Umno yang tidak mahu ketinggalan mendapat tempat di hati para artis, telah disertai seorang artis, AC Mizal dan isterinya.

Mungkin kerana tidak mahu dikatakan tidak mendapat tempat di hati artis, Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi dikatakan berusaha mendapat persetujuan AC Mizal untuk menyertai Umno.

Bagi AC Mizal, beliau menyatakan terus menyertai parti sekular itu selepas dipelawa menyertainya oleh Syamsul Baharin kerana merasakan Umno sesuai dengan jiwanya.

“Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan,” kata AC Mizal.

Namun kini, tiada siapa mengendahkan AC Mizal kerana masuk Umno. Siapa tak kenal AC Mizal dan bagaimana penampilannya yang kini sudah bergelar ’Datuk’ yang diterimanya daripada Istana Pahang.

Penulis 100% menerima pernyataan AC Mizal yang Umno adalah sesuai dengan jiwanya dan selari dengan perjuangannya.

AC Mizal juga mendakwa, ada parti pembangkang yang mempelawa beliau menyertai mereka. Tapi aku rasa sesak nafas jika AC Mizal yang terkini mahu menyertai parti pembangkang. Lebih-lebih lagi parti yang disertai Bob Lokman kecuali AC Mizal berpenampilan seperti Bob Lokman kot.

Jika dengan penampilan sekarang, aku pasti Umno adalah tempat sesuai AC Mizal. Dan aku nak tegaskan, Pakatan Rakyat tidak langsung merasa rugi dengan penyertaan AC Mizal ke dalam Umno yang memang terkenal perjuangan sekularnya.

http://mediamalaya.com/wp-content/uploads/2010/10/ac-mizal.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2328/2277669484_2a0f2ebe11_o.jpg

http://www.liriklagu.com/photo/ACMizal02.jpg



Gembira sangat aku dapat tahu artis yang sebegini masuk UMNO. langsung tak beri kesan kepada PAS. Malah memberi kredit kepada PAS. Kerana rakyat boleh nilai...

Ramai artis yang masuk PAS atas kesedaran mereka sendiri. Setelah bergelumang dalam bidang yang lalai dan melalaikan orang, kini mereka berubah menjadi pendakwah.

Jadi tak perlu lah bangga dengan mereka ini. tak akan di sanjung orang malah di pandang buruk masyarakat. Lainlah kalau AC Mizal dah berjambang dan berserban dan isterinya menutup aurat serta menjadi pendakwah. Baru la aku hairan kenapa mereka masuk UMNO.
Ini tidak, AC Mizal masih dalam arena hiburan yang melalaikan umat Islam.. sikit pun aku tak hairan... Jadi.. Selamat datang medan politikus UMNGoK!!!

BGM ONLINE

_____________________________________________

Mereka ini sertai PAS atas dasar kesedaran dan mahu menjadi pendakwah..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixRV26cLicE0ZFR9VdUT3Yoi4to8sFfCuxO8Dt91mGjPQRc3-XgczVOA1LS3Og9Q7cMXx2eXpHx0me6ynYboEWiai4uG5rKavRdMvUC8IfBsg73aEatN6HasBFBbOGT8WUwc5yNH2Px42t/s1600/DSC_3192.JPG

http://ntvirus.files.wordpress.com/2011/03/dsc_5363.jpg?w=160&h=240

http://img354.imageshack.us/img354/966/akhil1gx1.jpg

Read more ...