
ReJaM© "Orang dah cakap UMNO ni penipu taknak percaya kah kah kah..."


Anwar nasihat Najib jangan bongkak: anda akan akan jadi ketua pembangkang pula
Sehari selepas kenyataan Datuk Seri Najib Razak mahu merampas Selangor dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden Umno itu jangan terlalu yakin untuk menawan balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.
Sebaliknya Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memberi amaran kepada Najib agar tidak mengamalkan “politik rampas” semata-mata untuk memerintah negara.
“Rampas-merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas… Perak rampas… Selangor nak rampas… mana boleh macam ini.
“Najib jangan bongkak… insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru,” katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi.
Dalam ucapan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu, Anwar menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
“Kita akan tambah bilangan kerusi Parlimen, di Terengganu kita tambah tiga atau empat kerusi… Pulau Pinang tambah lagi satu… Perak kita boleh tambah tiga kerusi dan di Selangor kita boleh tambah dua kerusi lagi.
“Di Wilayah Persekutuan kita menang 11 kerusi, kalah satu kerusi di (Parlimen) Setiawangsa itu pun sebab undi pos… 14,000 undi pos paling banyak dalam sejarah.
“Di Sarawak, melihat kepada keputusan pilihan raya Sarawak yang lalu, kita boleh tambah 10 hingga 11 kerusi lagi,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh.
Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”
Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja ‘senjata’ yang dimiliki mereka.
Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS.
Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.
“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.
“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.
Kata Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenangi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN.
“Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.
“Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang… cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan,” katanya.
Bercakap soal Buku Jingga yang dilancarkan Pakatan Rakyat, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti perikatan akan dilaksanakan jika berjaya menawan Putrajaya.
“Apa yang kita buat dalam Buku Jingga ini adalah buku program kita yang akan kita laksanakan jika kita berjaya tawan Putrajaya, yang penting kita perlu tawan Putarajaya.
“Tawan Putrajaya hari ini, dalam tempoh 24 jam, saya akan buat pengumuman, minyak akan turun… dari Perlis sampai ke Sabah, malah kita akan berikan wang royalti kepada negeri pengeluar minyak sehingga 20 peratus,” katanya.
Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.
“Jangan main-main, ini bukan janji-janji politik… saya bukan main-main.
“Apa yang kita nak buat akan kita lakukan, minyak kita akan turunkan, royalti kita akan pulang dan banyak lagi kita akan lakukan,” katanya.
Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.
tmi

PULAU PINANG 7 MEI : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa DAP mahu menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan sebagai permainan politik jahat dan sangat merbahaya.
“Ini memang satu permainan politik yang jahat dan bahaya. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan undi. Merekalah anasir yang yang paling jahat dan bahaya di Malaysia sekarang ini,” katanya.
Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan kononnya Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menganjurkan satu pertemuan paderi Kristian yang membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.
Menurut Guan Eng, laporan Utusan itu tidak berkredibiliti kerana ia bersifat spekulasi dan datangnya daripada sumber yang kabur dan tidak boleh dipercayai.
“Perkara ini siapa pun tak akan percaya tapi ia akan dipermainkan. Mereka tak ada bukti dan ia diambil dari blog. Blog mana dan individu mana yang membuat tuduhan itu tidak pula diambil peduli,” Lim Guan Eng dalam sidang media beliau pagi tadi.
Justeru, satu laporan polis akan dibuat DAP bagi mengekang perkara yang lebih buruk daripada berlaku.
Menurut Guan Eng lagi, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat DAP sejak dahulu sememangnya sentiasa mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
“Kita dah banyak kali tekankan Islam agama rasmi Malaysia. Kita tidak pernah pertikai perkara ini. Kita tidak pernah desak minta Malaysia jadi negara Kristian, negara Hindu atau pun apa-apa gama lain,” kata Guan Eng.
Pada masa yang sama, kata Guan Eng, Utusan tidak pula menyiarkan laporan yang akan memburukkan nama Barisan Nasional walau pun peristiwa yang berlaku itu menjejaskan keharmonian kaum dan beragama.
“Mereka tidak siarkan Gerakan menghentam kerajaan Pulau Pinang kerana kita bagi lebih peruntukan untuk hal ehwal Islam. Kalau dia adil, dia akan siarkan Gerakan hentam kerajaan negeri Pulau Pinang. Mintalah orang Cina buat demo depan pejabat Gerakan. Mereka tak akan buat,” kata Guan Eng.
Muhyidin Yasin kata Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa melayu, mungkin inilah kata-kata keramat yang yang ditelan oleh semua pencacai Umno dan yang seangkatan dengannya, tanpa soal selidik terlebih dahulu.
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.
“Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.
Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.
“Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?” soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.
Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.
Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.
“Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.
Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.
"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara,” ujarnya.

Bila masa Azmi Teras jadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan demonstrasi di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat.
Kumpulan itu mendakwa mewakili 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), walaupun jumlah yang hadir tidak mencerminkan dakwaan tersebut.
Ia diadakan untuk membantah fitnah terhadap ketua pembangkang itu.
Demonstrasi pimpinan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah, Mohd Azmi Abdul Hamid itu, yang juga presiden sebuah NGO iaitu Teras Pengupayaan Melayu (Teras), bermula sejurus selesai solat Jumaat.
Peserta demonstrasi dilihat cuba menimbulkan kekecohan apabila enggan menyerahkan kain rentang yang dibawa kepada polis dan mereka juga cuba memasuki pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang terletak di kawasan berhampiran untuk menyerahkan memorandum bantahan.
Pihak Jawi kemudian membenarkan hanya 10 peserta demonstrasi masuk dan menyerahkan memorandum tersebut, yang diterima Timbalan Pengarah Jawi (Pengurusan) Abdul Murat Abdul Wahab.
Menurut penganjur, demonstrasi itu adalah bagi membantah sumpah laknat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lepas bagi mempertahankan bahawa pelaku dalam video seks hitam putih yang didedah "Trio Datuk T" sebelum ini adalah Anwar, walaupun dinafikan ketua pembangkang itu.
Selepas itu, Mohd Azmi dan kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Malaysian People's Solidarity Against State Terrorisme' berdemonstrasi pula di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini serta menyerahkan memorandum bantahan.
Beliau yang bertindak sebagai koordinator kumpulan itu berkata ia bagi mengutuk pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi tentera satu pihak AS di Pakistan pada 2 Mei lepas, yang disifatkan kejam serta tidak berperikemanusiaan.
Mohd Azmi berkata, kerajaan AS tidak berhak bertindak sedemikian tanpa keizinan kerajaan Pakistan dan negara itu sekali lagi memperlihatkan bahawa ia boleh melakukan pembunuhan tanpa mengira sempadan secara terang-terangan kepada dunia.
"Kami juga marah dengan tindakan pasukan tentera AS yang membuang mayat mangsa ke dalam laut kerana ia jelas menghina seluruh umat Islam," katanya.
Osama yang dilahirkan di Arab Saudi, dilaporkan terbunuh ketika pasukan tentera AS menyerbu sebuah rumah di Abbotabad, dekat Islamabad, Pakistan.mstar online
Takdak gelaran yang lebih sesuai selain dari CELAKA. Ada yang kata tak baik kata kat orang CELAKA pasai macam berdoa orang tu masuk neraka. Kalau macam tu memang sesuai aku kata CELAKA.
KUALA TERENGGANU - Ajakan Umno agar PAS menyertai Barisan Nasional disifatkan Ketua Pemuda Ustaz Nasaruddin Hassan sebagai mendendangkan sebuah lagu lama.
SHAH ALAM 6 MEI : Desakan Perdana Menteri, Najib Razak supaya Umno menggunakan "segala senjata" untuk merampas balik Selangor hanya mencerminkan kekalutan beliau menghadapi pilihanraya umum akan datang, kata Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie berkata gesaan Najib itu juga mendedahkan bahawa usaha Umno Selangor ini tidak memberi kesan untuk menggoyahkan pentadbiran Pakatan Rakyat.
"Apa yang disuarakan oleh Najib itu sebenarnya mencerminkan tahap kebimbangan kerana usaha-usaha mereka nampaknya tidak berkesan,"kata Shuhaimi.
"Sebagai sebuah parti politik yang biasa dengan situasi-situasi seperti ini, Keadilan akan mengambil tindakan yang perlu untuk meneruskan keyakinan dan meningkatkan pengetahuan rakyat tentang agenda-agenda negeri bagi memastikan rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat," tambah Shuhaimi.
Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda berkata, walaupun wujud kebimbangan mengenai 'senjata' yang dimaksudkan oleh Najib, rakyat Selangor tidak mudah diperkotak-katikkan.
"Dosa Umno-BN selama lebih daripada 50 tahun, apa yang dilakukan 20 tahun kebelakangan ini juga, ia tidak boleh dicuci sekali sahaja dengan Najib Razak turun ke Selangor. Tidak akan jadi begitu mudah sebab rakyat kini pandai menilai, melihat dan akan membuat keputusan siapakah kerajaan yang boleh menjaga kebajikan mereka.
"Rakyat tidak semudah itu untuk melupakan dosa-dosa UMNO-BN lakukan sepanjang tempoh mereka memerintah, terlalu banyak perkara yang jelak di mata rakyat," katanya lagi.
Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat juga sudah bersedia untuk menggempur BN pada pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut Najib "sudah hampir tiba".
"Kita bersedia untuk bertempur dalam pentas politik secara demokrasi dan sihat dan Keadilan bersedia bagi melatih jentera-jentera untuk lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam pilihanraya akan datang.
Najib malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu dilihat bersungguh-sungguh mahu menebus kekalahan lalu sehingga sanggup menggunakan apa sahaja 'senjata' untuk merampas negari terkaya itu.

KUALA LUMPUR 6 MEI: Ratusan umat mewakili 80 badan bukan kerajaan berkumpul secara aman di Masjd Negara bagi membantah budaya fitnah yang semakin ghairah disebarkan dan tindakan pihak berkuasa Islam membelakangkan hukum Qazaf terhadap gandingan Datuk T kerana menayangkan video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka kemudian berarak ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menghantar memorandum bantahan terhadap tindakan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mengambil sumpah laknat kononnya Anwar adalah pelaku dalam rakaman itu Jumaat lalu.
80 NGO itu yang bergabung sebagai SAF Anti Fitnah turut menuntut supaya JAWI mengambil mengenakan pertuduhan qazaf terhadap Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video itu pada 21 Mac lalu untuk memaksa Anwar berundur dari politik.
Kira-kira seratus anggota polis mengawal ketat perkarangan Masjid Negara dan merampas segala sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan serta melarang mereka daripada menggunakan pembesar suara.
Sepanduk itu antara lain berbunyi "Kami tolak politik fitnah" dan "Mahasiswa tolak politik jijik."
Selain mengecam penyebaran fitnah, penunjuk perasaan juga meluahkan kemarahan terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menghebahkan fitnah itu termasuk menyiarkan rakaman video seks berkenaan berulang kali.
Penyokong-penyokong yang hadir mengoyakkan akhbar Utusan Malaysia di hadapan masjid bagi menandakan Himpunan Amarah Rakyat Malaysia. Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis.
Gabungan NGO itu kemudian berarak ke JAWI untuk menuntu supaya badan itu menguatkuasakan Jenayah Syariah Qazaf bagi menangani fitnah tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar.
Pengerusi Saf Anti Fitnah Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perbuatan fitnah bukan lagi berkisarkan politik negara semata-mata tetapi melibatkan prinsip agama Islam.
Justeru pihaknya bercadang menyampaikan memorandum kepada Raja-Raja Melayu di setiap negeri untuk menzahirkan keresahan rakyat Islam terhadap penyebaran fitnah seks yang semakin berleluasa tanpa penguatkuasaan undang-undang syariah.
"Kami akan berterusan berjumpa dengan Majlis Raja-raja Melayu bermula di negeri Kedah," kata Mohd Azmi pada Hari Amarah Rakyat hari ini.
Seterusnya SAF memberikan JAWI sebulan untuk mengangkat perundangan Qazaf bagi menangani dakwaan-dakwaan Datuk T. Jika JAWI gagal berbuat demikian, SAF akan meneruskan siri bantahan demi mempertahankan kewibawaan undang-undang syariah di Malaysia.
Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah Jawi(Pengurusan), Abdul Murat Abdul Wahab oleh liwa wakil NGO berkenaan.
Selain membantah penyebaran fitnah menerusi media kawalan Umno, penunjuk perasaan juga senada dengan beberapa mufti negeri dalam mengutuk tindakan Eskay mengambil sumpah laknat yang bertentangan dengan syariat Islam.
Sehingga hari ini, Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali belum menjelaskan kenapa beliau merestui sumpah laknat Eskay itu yang diambil Masjid Amru Al-As Sentul, walaupun ia jelas di luar peruntukan hukum Syariah Islam
KOTA BHARU, 4 Mei: Semua pihak diminta mengkaji pendirian politik MCA yang menjadi kawan Umno sejak sekian lama sebelum mempertikaikan hubungan antara PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Ini kerana, kenyataan-kenyataan dari pimpinan MCA terbukti menentang Islam berbanding dengan DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Fadhli Shaari (gambar kanan).
Pegawai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengulas laporan muka depan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan kenyataan Mufti Perlis kononnya siapa yang menentang perpaduan antara Umno dan PAS adalah pengkhianat Islam.
"Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hukum kerjasama di antara Umno dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi dengan syarat PAS menggugurkan agenda perjuangan negara Islam," katanya.
Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa?
Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mempermainkan tindakan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang, Normala Sudirman, yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya tanpa memakai sarong tangan.
Beliau juga berkata, apa gunanya beliau memahami kehendak Islam dalam isu ini.
Bagi pegawai Nik Aziz itu, PAS mempunyai hujjah yang jelas kenapa parti Islam itu berkawan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," katanya.
PAS dan DAP
"Tapi, DAP tidak pernah sesekali meminta PAS untuk menggugurkan negara Islam, ia cuma bukan agenda bersama Pakatan Rakyat,” tulis Dzulkefly di laman Twitternya, yang secara langsung ingin memberitahu Najib bahawa MCA adalah jauh lebih teruk daripada DAP dalam hal yang berkaitan dengan Islam.