Friday, July 1, 2011

Serah tanah KTMB kepada Singapura : Rakyat kena ajar UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana diserahkan kepada pihak Singapura.

Sebagai balasannya, pihak Singapura akan menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang.

Menurut beliau, pangajaran yang paling besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta ini.

Katanya, Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka ini kerana ia tidak sepatutnya dialami oleh seluruh rakyat Johor dan Malaysia.

"KTMB mempunyai tanah pajakan dengan Kerajaan Singapura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini adalah dari Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah (lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16)," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Tanah tersebut, menurut beliau, cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah Singapura, terlengkar dari utara di Woodland hingga ke Selatan di Tanjung Pagar.

Katanya, perjanjian pajakan yang telah dimeterai dengan pihak British telah menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan keretapi sahaja.

Ini bermaksud bahawa jika KTMB membuat aktiviti lain daripada keretapi, katanya, maka perjanjian pajakan akan terbatal dan Singapura berhak untuk merampas tanah tersebut.

"Persoalannya, mengapa perjanjian yang mengikat negara ini tidak dipinda semasa Singapura keluar daripada Malaysia?" tegasnya.

Hari ini, ujarnya, tanah tersebut tidak akan kembali lagi kepada kita dan digantikan dengan tanah di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor yang akan dibangunkan oleh syarikat usahasama Malaysia dan Singapura, M-S Pte Ltd yang dimiliki 60 peratus ekuiti oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus ekuiti oleh Temasek Holdings.

"Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan kepada Singapura?

"Di manakah maruah rakyat dan negara Malaysia jika Syarikat M-S Pte Ltd gagal sedangkan tanah KTMB telah diserahkan kepada Singapura?" katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menegaskan, tanah di Marina South dan Ophir Rochor yang dibangunkan oleh M-S Ptd Ltd itu bakal dijual kepada pasaran setelah siap dibangunkan.

"Oleh itu, tanah ini akan terdedah kepada pemilikan bebas. Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang daripada pegangan Khazanah Nasional.

"Akhirnya rakyat Malaysia sudah tidak memiliki tanah di Singapura yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Apakah jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak terlepas kepada pihak luar?" ujar beliau.

Read more ...

Komunis tidak mahu pilihanraya bersih, UMNO mahu pilihanraya kotor jadi UMNO = KOMUNIS


SHAH ALAM 1 JULAI : Pihak yang menolak tuntutan pilihan raya bersih dan adil merupakan golongan yang mendokong fahaman komunis menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ini kerana menurut beliau ideologi komunis bertentangan dengan hasrat rakyat untuk melihat reformasi dalam sistem pilihan raya.

"Kalau betul komunis di Malaysia mahukan pilihan raya maka komunis ini murtad. Dia lebih baik daripada Umno, mahukan pilihan raya bersih. Umno-Barisan Nasional pula yang ikut fahaman komunis mahukan pilihan raya kotor," katanya.

Khalid yang berucap pada sebuah program di Shah Alam baru-baru ini mengulas tuduhan yang dilemparkan oleh polis terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) kononnya, parti itu cuba menghidupkan fahaman komunis.

Mereka juga didakwa cuba menggunakan fahaman tersebut untuk menggulingkan kerajaan UMNO BN melalui perhimpunan Bersih 2.0 pada minggu hadapan.

Menurut polis, lima pemimpin PSM dikesan mengunjungi perkampungan Khao Nam Khang iaitu kawasan penempatan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Selatan Thailand untuk bertemu dengan bekas ahli kumpulan itu.

Walhal menurut kepimpinan PSM, pertemuan tersebut hanya bertujuan untuk bertukar- tukar pandangan.

Khalid kemudian mengambil pendirian bahawa kerajaan UMNO BN tanpa disedari telah lama mengamalkan kaedah komunis dalam pemerintahannya.

Perkara itu dapat dilihat melalui cara media dimonopoli sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk muncul di kaca televisyen selain mengamalkan penyampaian maklumat secara selektif dan berat sebelah.

"Komunis tidak mahu pilihan raya. Mana ada komunis yang amalkan pilihan raya ? Negeri China, Russia tiada. Kalau mahu pilihanraya dia mahu ala Malaysia yang mana TV semua cakap pro kerajaan sahaja," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu mengulas tentang tuntutan Bersih 2.0 yang dianggap relevan dan tidak mustahil untuk dilaksanakan kerajaan pemerintah.

Read more ...

Khalid kata tidak ada lagi rundingan, dia Timbalan atau Ketua Polis Negara ?


KUALA LUMPUR 1 JULAI : Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak lagi berminat berunding atau berbincang dengan mana-mana penganjur perhimpunan pada 9 Julai ini selepas nasihat diberikan kepada pemimpin masing-masing sejak kelmarin dan semalam.

Utusan Malaysia Online memetik beliau sebagai berkata mereka yang berkeras untuk meneruskan dan menyertai perhimpunan itu bakal dikenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Semalam, pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, bemesyuarat dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan meminta laluan supaya pihaknya dapat menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

Pada mesyuarat itu, menurut Ambiga, Ismail melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan, walaupun diberi jaminan ia akan dijalankan secara aman.

BERSIH 2.0, berharap dapat berunding dengan Ismail sekali lagi minggu depan bagi mendapatkan bantuan polis bagi memastikan perhimpunan itu selamat.

Selain BERSIH, Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA juga berhasrat berhimpun pada hari yang sama dan telah berjumpa dengan polis.

Semua ketiga-tiga kumpulan juga memberi jaminan perhimpunan mereka akan diadakan secara aman.

Read more ...

Thursday, June 30, 2011

Himpunan BERSIH 2.0 : Glamour Pak Su Daud, anak muda contohi beliau


Rentetan siri himpunan dan demontrasi dimana sahaja, foto dan gambar akan menjadi saksi. Beredar dengan cepat dalam segenap cabang media.

Apatah kini dengan wujudnya media baru yang boleh up-load gambar dengan cepat dan tersebar seluruh dunia.


Ramailah peminat seni foto dan pengkagum gambar tersenyum, tersengih melihat gambar-gambar yang bermacam-macam. Apatah dengan google image yang memaparkan pelbagai gambar dan foto yang hebat dan unik.

Macam penulis yang tak tahu sangat nilai-nilai dari kaca mata seni ni hanya melihat dari sepojok pandangan sisi penulis aje. Mungkin kalau ustaz azhar yang minat menggalas dengan kamera canggihnya itu mempunyai pandangan dan komentar yang lebih luas.


Sekeping foto setiap kali gambaran betapa pejuang yang istiqamah menentang kezaliman dan sentiasa berusaha untuk menegakkan keadilan sering ditemui adalah gambar Pok Su Daud yang ditangkap dan diheret polis.

Fuhh!! Hebat banget Pak su dengan wajah geram polis yang mengheret beliau. Pak Su pun Nampak cool aje. Yelah.. berjuang dengan Pas ni dah lama. Pak Su Daud yang tinggal di Padang Pulut, Dungun, Terengganu.

Sekampung dengan Ustaz Azman Syapawi yang merupakan seorang yang cekal bersama perjuangan Pas. Beliau turut serta banyak program Pas termasuk PRK di seluruh Malaysia.

Walaupun usia beliau sudah mencecah lebih separuh abad tapi tak pernah surut semangat juangnya. Beliau turut hadir di perhimpunan Bersih 1.0 dan gambar tersebut tersebar luas.


Makin media Umno-BN serang Bersih. Makin rakyat bersemangat untuk turun. Kini diharamkan pula baju kuning, makin semangat nak pakai & makin meluatnya warna biru yang tua itu... nampak kuning semakin hensem pe!!!

Syabas buat Pak Su Daud. Sekalung tahniah dari Pas kawasan Dungun. Imej mu menggambarkan daya tahan perjuangan kami. Semoga ia menjadi contoh kepada anak muda erti perjuangan.

Pembakar semangat anak muda agar mencatat tinta emas dalam diari perjuangan mereka. Hah jangan lupa pergi ke Bersih 2.0 nanti. Ambik gambar banyak2.

Tolong ambik gambar abang-abang polis yang garang itu. Jangan lupa gambar A.Samad Said yang cool itu. Tapi maaf.

Jangan perabihkan masa anda atau membiarkan gambar brahim Ali Perkasa untuk bersekedudukan dalam kamera anda. Perabih beras aje.Ust. Saiful Bahri

Read more ...

Syed Ali Alhabshee buat-buat terkejut, macam la orang tak tahu sapa punya kerja lempar bangkai ayam dan cat kuning tu

WarkahDaily – Nampak semacam ada sesuatu yang tak kena dengan insiden pejabat Umno bahagian Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur disimbah cat kuning dan dilempar bangkai ayam yang berlaku awal pagi semalam.

Dipetik dari Free Malaysia Today, pejabat Umno Bandar Tun Razak, dilempar enam ekor bangkai ayam- dua kelmarin dan empat awal pagi semalam manakala pejabat Umno Cheras pula dilempar empat ekor bangkai ayam selain disimbah cat kuning.

Kenapa cat kuning

Jawapan paling mudah, sebab kini demam warna kuning. Senang jawab bagi penulis WarkahDaily, awal-awal lagi ia suatu perancangan rapi bagi menyalahkan BERSIH 2.0.

Kebiasaan berlaku, jika sesuatu kumpulan atau individu yang menimbulkan masalah kepada individu atau kumpulan lain, bukan cat kuning yang digunakan untuk dicurah ke mana-mana tempat, tetapi cat merah.

Tetapi oleh kerana kini pemimpin Umno-BN terus menerus menyerang dan memburukkan Himpunan BERSIH 2.0 yang disandarkan dengan warna kuning konon boleh menimbulkan huru-hara dan keselamatan negara terancam, sudah pasti ada pihak yang cuba membuat provokasi awal sebelum perhimpunan sebenar 9 Julai ini berlaku.

Bukan susah nak faham pun. Akhbar dan televisyen barua Umno setiap hari duk provok konon Himpunan BERSIH 2.0 bersangkut paut dengan komunis, ada yang kata BERSIH 2.0 mahu menuju kepada negara anarki la, keselamatan negara terancamlah dan macam-macam lagi fitnah jahat ditabur.

Namun semuanya cakap tin kosong pemimpin dan barua Umno yang tidak dihadirkan bukti. Bukan pelik jika barua Umno yang mempunyai latar belakang pasukan sorak yang terdiri dari NGO rasis, tak mustahil PERKASA dan sebagainya yang mempunyai rekod cemerlang dalam melakukan provokasi akan cuba mencipta sesuatu yang boleh memburukkan Himpunan BERSIH 2.0.

Cepat Ali Alhabshee tuduh BERSIH

Belum apa-apa lagi, siasat pun tak lagi, tapi Ali Alhabshee dah mula menuding jari kepada BERSIH 2.0. Hebat sangat ke firasat Ali Alhabshee.

Ali Alhabshee yang juga ketua Umno bahagian Cheras berkata, kejadian itu disedari pekerjanya awal pagi semalam.

Namun, Ali AlHabshee mula mendakwa, pihak yang tidak bertanggungjawab itu cuba mencetuskan provokasi supaya ahli Umno bertindak balas terhadap perhimpunan BERSIH yang dirancang 9 Julai depan. Tuduh BERSIH la tu.

Sambil membuat andaian itu kerana beliau kononnya banyak mengkritik dan menghentam pihak yang mahu mengadakan Himpunan BERSIH 2.0.

Bagi penulis, herdikan dan kritikan Ali AlHabshee tidak menjadi kudis buta kat penganjurkan Himpunan BERSIH 2.0, jadi kenapa pihak BERSIH mahu bertindak melulu sebegitu. Rakyat yang bangkit untuk BERSIH bukan sejenis dengan spesis barua Umno-BN yang bertindak kejam dan melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat daripada terus berlaku.

Jadi, bagi penulis WarkahDaily, sudah pasti ada sesuatu yang tak kena dengan kejadian simbahan cat kuning bukan merah, yang mungkin ada usaha pihak tertentu yang mahu memburukkan Himpunan BERSIH sebelum 9 Julai.

Jadi, tak peliklah selepas ini, polis yang melakukan siasatan pun juga turut senada dengan Ali AlHabshee membuat tuduhan melulu kepada BERSIH 2.0.

Taktik lama cuma warna cat aje lain.

Read more ...

Agong boleh campurtangan

Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari.

"Ini bukan menyertai politik atau memihak tetapi untuk menyelamatkan negara dan perlembagaan,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

Jelasnya sebagai 'pelindung perlembagaan', Seri Paduka mempunyai tanggungjawab melindunginya, seperti sumpah jawatan yang dilafazkan menurut perlembagaan persekutuan.

Abdul Aziz percaya situasai sekarang adalah peluang bagi Yang di-Pertuan Agong mengembalikan semula sinar kepada institusi monarki, khususnya krisis politik Perak 2009.

"Bagi saya, Seri Paduka sepatutnya menerima sendiri memorandum itu. Tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang baginda berbuat demikian. Tidak ada apa-apa yang berbentuk politik atau partisan seperti yang didakwa oleh BN atau polis,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi Seri Paduka cuma perlu menerima memo itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa sambil menambah rakyat tidak menjangkakan baginda berperanan aktif seperti Raja Bhumipol dari Thailand atau Raja Sepanyol King Juan Carlos.

Read more ...

Najib dialu-alu kumpul 3 juta ahli UMNO, takut yang banyak nasi bungkus free

KUALA LUMPUR, 1 Julai: PAS mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang dengan penuh bangga untuk menghimpunkan seramai 3 juta ahli Umno.

“Persoalannya bolehkah beliau mengumpul ahli sebanyak itu?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, sedangkan untuk menghimpunkan 1 juta belia pada 27 hingga 28 Mei lalu pun gagal, yang hanya dihadiri lebih kurang 10 ribu orang sahaja.

Najib selaku Presiden Umno, berkata jika ia mahu, Umno mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan.

"Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," katanya ketika berucap pada satu majlis di Sipitang, Sabah, semalam.

Idris berkata, pengalaman Umno dalam siri-siri himpunan mereka berakhir dengan kegagalan, seperti program Semarak, himpunan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu dan pemimpin bersama rakyat walaupun mereka membuat kerahan kepada pegawai-pegawai kerajaan.

Baginya, apabila Presiden Umno mengaku boleh mengumpulkan 3 juta ahli hanya merupakan satu ilusi semata-semata kerana Umno di era ini bukan ada ruh perjuangan sebaliknya menyertai Umno hanya untuk mendapat benda.

Menurutnya, bertempit sorak marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat bukan kerana rakyat ditindas, tetapi kerana saluran pernafasan pemimpin Umno semakin sempit kerana projek tidak diperolehi dengan mudah seperti zaman pemerintahan Umno BN.

Mereka, ujarnya tidak sanggup berhimpun jika tidak dibayar tambang dan nasi bungkus.

Ini, ujarnya boleh dilihat ketika hari penamaan calon pilihan raya, mereka tidak tahan lama untuk berhimpun, kadang- kadang beredar sebelum pengumuman dibuat.

“Ia berlainan dengan penyokong Pakatan Rakyat ia hadir dengan jiwa yang tulus dan suci sanggup berjemur dan berpanas semata-mata untuk menuntut pilihan raya yang adil,” katanya.

Read more ...

Baju SPR yang dipakai Wan Ahmad jelas berbau hapak UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR_yclA__yfd44SeeAZJm28LwmO3wcAsegDr8n_99uQ1kXG6uxUtePXbSIB_IDn6TrSjW7TSozzdHYGVymUWLVeIik7W7QDO-Dpkucg6IM0jQkLIPF-5cBhsRHeWbassevVMN-gzGuyusk/s320/spr+love+umno.jpgKUALA LUMPUR, 1 Julai: Adalah malang apabila Datuk Wan Ahmad Wan Omar gagal memperlihatkan profesionalisme sebagai penjawat awam yang seharusnya bersifat berkecuali.

“Ketaatan membuta-tuli beliau kepada Umno jelas membuktikan beliau gagal membezakan keperluan untuk setia kepada government of the day dengan taat kepada governing party,” kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar).

Beliau merujuk kepada kenyataan Wan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com semalam bertajuk "SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut".

Menurut laporan tersebut, Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik pembangkang untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Azmin berkata, kenyataan Wan Ahmad adalah tidak bertanggungjawab dan menzahirkan watak sebenar beliau yang selama ini dilihat sebagai alat kepada pimpinan Umno dan sistem yang rosak.

Katanya, kenyataan sebegini tidak menggambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas.

Beliau turut dilaporkan oleh laman berita The Malaysian Insider sebagai berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, pilihan raya yang bebas dan adil tidak memungkinkan seseorang itu mengetahui siapakah yang akan menang dalam sesuatu pilihan raya.

Sebaliknya, kata beliau apabila Wan Ahmad menzahirkan kenyataannya bahawa Barisan Nasional semakin kuat, maka timbul persoalan apakah beliau sudah merancang sesuatu bagi menjamin kemenangan Umno dan Barisan Nasional.

“Kalau inilah peranan yang dicatur oleh Wan Ahmad, maka pilihan raya di Malaysia sememangnya tidak lagi bebas dan adil,” katanya.

Tambahnya, Wan Ahmad seharusnya faham dan menghayati peranan SPR yang termaktub dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, di mana SPR merupakan sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab bagi menyelia dan mengelola pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.

Menurutnya, asas utama dalam mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil ialah daftar pemilih yang bersih untuk menjamin tidak berlaku pengundian berganda oleh seorang pemilih berdaftar termasuk undi pos.

“Saya telah menyahut cabaran Wan Ahmad dan telah membuktikan secara berfakta bahawa Daftar Pemilih Induk 2010 yang diwartakan pada Mei 2011 adalah daftar pemilih yang terkotor dalam sejarah pilihan raya dan dakwaan saya telah diakui benar oleh SPR dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria bertarikh 24 Jun 2011m,” katanya.

Katanya lagi, Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab itu dan meletakkan jawatan serta merta kerana beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR.

Wan Ahmad juga, ujar beliau lagi sewajarnya mengetahui bahawa SPR sama sekali tidak boleh berpihak atau mencampuri urusan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan yang berkaitan dengan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih.

Jelasnya, lapan tuntutan Bersih iaitu pembersihan senarai pengundi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor adalah bertujuan untuk menyuburkan demokrasi dalam negara dan memperkukuhkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.

“Tuntutan-tuntutan ini sewajarnya dipandang serius dan positif oleh SPR dalam usaha untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan secara telus, bebas dan adil,” ujarnya.

Beliau menambah, SPR harus berlapang dada untuk menerima dan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh rakyat demi memperbaiki imej dan kredibiliti SPR yang dilihat sebagai tidak berwibawa dan bersikap berat sebelah.

Katanya, PKR dan Pakatan Rakyat senantiasa mendukung sebarang usaha yang proaktif demi rakyat dan demi menjamin satu sistem demokrasi yang menjanjikan pilihan raya yang telus, bebas dan adil.

“Sehubungan dengan itu, saya mewakili Parti Keadilan Rakyat dengan ini menuntut supaya Timbalan Pengerusi SPR itu menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR.

“Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik Umno dan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13,” tegasnya.

Read more ...

Ketua Polis Negara tak boleh buat keputusan sebab keputusan ditangan Ro$mah ?

Terkantoi lagi KPN...terlalu extream mengampu kerajaan BN dalam usaha menghalang himpunan Bersih dan memberi amaran akan menghalang dengan apa cara apa sekali pun agar himpunan itu dibatalkan,dan menempelak PR tidak mengikut saluran yang betul.

Tiba-tiba pengerusi bersih Datuk S. Ambiga datang sendiri berjumpa KPN hari ini dan berbincang selama setengah jam,iaitu mengikut saluran yang betul meminta laluan alternatif baru,yang dipilih sendiri oleh Pihak Polis agar perarakan itu berjalan lancar dan aman.

Maka tak terkata dan kelu lidah sang KPN,apabila pengerusi Bersih sendiri datang berjumpa beliau.KPN minta diberi masa,mungkin ingin berbincang dengan memanda Perdana Menteri yang menjadi Tuan yang memberi rezeki untuk hidup kepadanya.

Maka pulanglah Pengerusi bersih dengan senyuman dan seribu harapan..sekiranya tiada jawapan beliau akan berjumpa lagi minggu hadapan bagi memenuhi permintaan sang menteri Umno untuk mengikut saluran yang betul,sekiranya tidak juga berjaya..maka bolehlah kita melakukan apa yang patut,iaitu mengadakan himpunan bersih pada 9 Julai ini,seperti yang disarankan oleh majlis fatwa kebangsaan dalam posting di bawah...Mampuihhh uMnooo..!!

Read more ...

Ahli Parlimen UMNO dituduh belasah peruntukan RM 80 ribu untuk program yang tidak dijalankan

Ahli Parlimen Sabak Bernam, pembantu khas diperintah bela diri

Disebabkan isu perhimpunan BERSIH yang dimain-mainkan dimedia-media masa dan siber menjadi topik utama, isu rasuah nampaknya diketepikan,, ini menjadi penyelamat maruah kepada UMNO dan umat melayu penyokong-penyokong parti rasuah ....

Nampaknya tak habis-habis kes pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah.... aduhai... kesian kat tuan-tuan hakim di mahkamah,,, tak ada kerja lain, asyik-asyik pemimpin uMNO yang terlibat kes rasuah....manjungmari

SHAH ALAM 30 Jun - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program-program yang tidak dijalankan tiga tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi semua pertuduhan.

Beliau menetapkan 14 dan 15 September ini untuk kedua-dua tertuduh memberi keterangan membela diri.

Abdul Rahman, 46, didakwa menggunakan surat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar yang mengandungi butiran palsu berhubung pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan bagi lapan program dalam kawasan tersebut yang tidak dijalankan untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM80,000.

Program tersebut ialah Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Jamuan Meraikan Pelajar Cemerlang SPM, PMR dan UPRS.

Ia turut melibatkan Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Kumpulan Rukun Tetangga (RT), Program Forum Perdana, Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi serta Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru-Guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Kesemua tuntutan palsu itu didakwa diserahkan kepada Mohd. Hamizar Sulaiman, Rizam Ismail dan Mohamad Fairos Johari di Pejabat Daerah Sabak Bernam, antara 21 Januari dan 12 Februari 2008.

Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi setiap pertuduhan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara Rosli, 43, yang dituduh bersubahat dengan Abdul Rahman pula didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibaca bersama Seksyen 20(1)(c) akta yang sama.

Read more ...

Himpunan BERSIH 2.0 diteruskan, polis tentukan laluan

NONEDi sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

Menurut pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar berjalan dalam suasana ‘mesra’ meskipun Ketua Polis Negara itu melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

“Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman… Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,” katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.

Ambiga, diiringi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah semasa pertemuan itu berkata Ismail membisu mengenai cadangan itu tetapi tetap optimistik.

Katanya, mereka juga meminta Ismail mempertimbangkan cadangan berkenaan dan meminta pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.

“Beliau tak kata tidak dan saya fikir saya agak kelapangan untuk membuat temujanji untuk berjumpa IGP minggu depan.

“Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.

“Kami minta mereka, polis… Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana. Awak pilih, kita akan patuhi.”

Jaminan BERSIH 2.0 aman

Ambiga, yang sebelum ini menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung BERSIH berkata ancaman itu tidak ditimbulkan dalam pertemuan tersebut, mahupun hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penganjur perhimpunan itu.

Sebaliknya, mesyuarat mereka tertumpu pada perhimpunan berkenaan dan beliau berulangkali memberi jaminan akan memastikan ia diadakan secara aman.

Penyokong BERSIH 2.0 dijadual berkumpul di pusat membeli-belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.

azlanPerarakan ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara dilakukan. Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.

Kumpulan pendesak Melayu – PERKASA pula mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai bagi menolak perhimpunan yang menuntut supaya reform pilihan raya.

Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Selain itu, Pemuda Umno juga telah meluahkan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan. Namun lokasi dan jalan bagi perarakan mereka belum diumumkan.

Read more ...

Bazar Tok Guru : UMNO gagal halang, peniaga sudah tidak mahu terima hasutan

Peniaga serbu PMBK dapat kunci Bazaar Tok Guru


Biar pun masih ada usaha cuba menghalang peniaga Pasar Lama MPKB berpindah ke Bazar Tok Guru, namun berlainan pula bagi peniaga, mereka seperti tidak sabar lagi mahu berniaga di premis baru.

Ramai peniaga ketika ditemui semasa mengambil kunci di pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) hari ini meluah rasa gembira.

Mereka seperti tidak sabar lagi mahu memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru.

Seorang peniaga Siti Mastura Ismail, 33, meluah rasa gembira ketika datang mengambil kunci lot kedainya di Bazar Tok Guru.

Beliau berniaga di Pasar Lama MPKB sejak 10 tahun lalu berharap perniagaannya di tempat baru lebih maju kerana kedudukannya begitu strategik.

“Tidak ada apa yang kami harapkan semoga perniagaan kami bertambah maju di tempat baru ini, InsyaAllah,” ujarnya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang peguam Nor Azli Ahamed menasihatkan peniaga menangguhkan menandatangani perjanjian jual beli lot Bazar Tok Guru kerana mendakwa terdapat sedikit kekeliruan.

Manakala Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad pula dilapor mahu kerajaan negeri sekali lagi menangguh perpindahan peniaga.

Difahamkan sebelum ini Umno menyediakan peguam bagi membantu peniaga dalam isu Bazar Tok Guru.

Bagaimanapun apa yang berlaku pagi tadi peniaga tidak menghiraukan nasihat peguam dan Salim. Ramai peniaga menyerbu pejabat PMBK sebaik sahaja dibuka jam 8.00 pagi.

Peniaga menandatangani dokumen tertentu sebelum diberi kunci lot kedai masing-masing. Peniaga juga diminta membayar kos maintenance termasuk elektrik dan air bagi tempoh setahun sebanyak RM838.

Seorang lagi peniaga, Zaharah Mohd Salleh dan anaknya Rafeah Yusoff juga tidak sabar untuk memulakan perniagaan di tempat baru.

Katanya, mereka akan berpindah segera ke Bazar Tok Guru untuk meneruskan perniagaan di tempat baru.

Peniaga diberi peluang berniaga percuma dalam tempoh setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu sebagai usaha kerajaan negeri meringankan bebenan mereka.

Hd

Read more ...

Puak - Puak Songkok Tiga Jengkal kena baca tulisan ini

Kualiti kepemimpinan Umno — Sakmongkol AK47


http://umnonibongtebal.my/images/logoumno.gif

30 JUN — Bila saya cakap, orang Umno marah. Penyokong mereka dalam internet pun marah. Tapi tidak apa, semua perbalahan ini akan selesai dalam pilihanraya. Pilihanraya ke 13 ini mungkin akan lebih teruk daripada yang sudah untuk Umno. Jika saya salah, bagus. Tapi jika pengamatan saya betul, kali ini ramai yang akan kecundang.


Bila DS Najib kata kali ini dia akan menampilkan lebih ramai pimpinan muda, itu adalah kenyataan yang baik. Sebab, rata rata rakyat melihat pemimpin lama yang berkuasa, sedang berlumba lumbaan membuat hay while the sun shines. Dan oleh kerana mereka pun tahu the sun is setting extraordinarily fast, perlumbaan makin sengit.

Ramai mat laon ini lupa pula bahawa rakyat sebenarnya yang menentukan turun dan naik Umno. Dan rakyat akan menentukan bersandarkan kesedaran yang makin meningkat. Jangan pimpinan Umno ingat rakyat tidak tahu. Mungkin ini kelemahan Umno yang terbesar- yakni gagal menyedari bahawa persekitaran politik di luar sudah banyak berubah.

Keangkuhan orang Umno menjadi factor utama yang menyebabkan ia banyak kecundang. orang dan pimpinan Umno pekak agak nya. Rakyat bercakap mengenai harga hand bag yang berharga USD 120,000 satu. Rakyat juga bercakap apabila anak bekas seorang PM beli handbag berharga RM 750 ribu untuk isteri yang tersayang. Sana sini orang bercakap mengenai aliran air mata berlawanan dengan kilauan permata untuk sebahagian Melayu yang bertuah.

Kalau mereka pergi turba( turun bawah) yang lebih kerap terdengar ialah rungutan terhadap kerajaan dan pemimpin. Tapi media audio visual dan percitakan menutupi rungutan dengan buat cerita yang menyeronokkan.

Sebab kita asyik di dengarkan dengan cerita yang seronok seronok. Tanah kerajaan sungai besi di pindahkan ke syarikat X dan kos kosong. Jika kos nya kosong, sepatutnya kos ini boleh di pindahkan kepada rakyat dalam bentuk rumah yang murah. Tapi rumah yang akan 'mampu' di beli oleh bakal pembeli berharga RM 220,000. Ini bukan harga rumah kos rendah atau sederhana rendah. Jauh lah pula jika mahu disebut rumah PPRT.

Pada harga RM 220k, berapa ramai budak Melayu yang boleh dapat loan beli rumah tersebut? Sebab mereka nanti duduk di rumah diatas tanah Sungai Besi yang masyur yang di bangunkan oleh IMDB itu, mereka terpaksa pula beli kenderaan. Kena bayar loan rumah dan loan kereta.

Berita sensasi seperti ini di ragui oleh rakyat. Tapi pemimpin kita tidak sedar disebabkan desingan retorik sendiri. Tambahan pula akhbar utama dan TV utama mendendangkan lagu yang syok di dengar. Semua OK boss. Akhirnya Boss akan KO.

Pemaju yang membina rumah RM 220k ini bukanlah melakukan suatu yang luar biasa dan membawa rahmat sangat kepada rakyat. Pembinaan rumah rumah ini sebetulnya ada pemulangan kepada pihak kerajaan dalam urusniaga cross-subsidy. Pembinaan rumah 220k itu akan mudah di bayar semula apabila 1MDB membina property lain yang berharga jutaan Ringgit. Ertinya, pembinaan rumah2 RM 220k bukanlah suatu yang boleh kita laungkan dan canang sana sini.

Orang Umno sudah tidak mahu kerja keras. Buat apa kerja keras, bertanding pun belum confirm. Boleh jadi pimpinan Umno lupa tabiat buruk orang Umno. Mereka akan berkerja keras kalau ada chance jadi wakil rakyat dan ahli parlimen. Hello- orang Melayu tidak berkehendakkan wakil rakyat yang tidak berpelajaran dan malas berkerja. Orang Umno hanya mahu kerja keras kalau di pilih calun.

Di dalam Umno bahagian Pekan sendiri pun, keadaannya tidak lah elok sangat pun. Keadaan nya serupa seperti tahun 1990an. Orang ramai khususnya Umno operatives bersusun susun sambut PM balik Pekan. Mereka berhimpun beramai ramai berpesta di kediaman PM di Pekan. Berombongan menyambut dan menghantar PM balik dan pulang.

Selebih dari itu, Umno Pekan akan sunyi. Tidak ada orang mahu tunjukan lebih sebab kerana kalau tunjuk lebih pun, boss tak Nampak. Adalah lebih penting menunjukkan kita kerja keras kalau bos tahu.

Kalau PM menang di Pekan, ianya semata disebabkan oleh factor peribadi nya. Bodynya sahaja sudah bernilai separuh dari undi yang akan di perolehi nya. Selebihnya datang dari hasil hulur sana sini.

Mungkin kerana inilah sebab nya, penerangan Umno Pekan tidak perlu aktif. Ketua nya nak jadi calun dan kalau ada isyarat jadi calun baru nak kerje 26 jam sehari. Sampai ke Kuala Lumpur , orang bercerita mengenai kehampaan mereka terhadap prestasi ketua Pemuda Umno bahagian Pekan.

Saya boleh bercakap sedikit mengenai Umno bahagian Pekan, sebab saya datang dari sana. Dan saya mengikuti perkembangan Umno bahagian tersebut. Bendahari dok sibuk sana sini cari upti konon untuk menambah sumber tabung. Supaya Umno bahagian banyak duit untuk bayar perkerja dan soldadu pilihanraya.

Jika ini berlaku dalam Umno bahagian PM, ianya berlaku di tempat lain. Saya gerenti inilah yang di amalkan.

Apa yang jadi pada Umno kita?

Berapa kali saya mahu bilang, yang Umno nak sokong sangat Ibrahim Ali dan Perkasa ini apa hal? Orang Umno sendiri sudah tidak boleh bercakap bagi pihak orang Melayu?

Ibrahim Ali bukan ahli Umno dan tidak mewakili orang Melayu. Jika Ibrahim Ali di anggap sebagai bercakap bagi pihak orang Melayu, ini lah hari yang paling malang. Jika Raja Ali Haji atau pendita Melayu yang lain cakap bagi pihak Melayu, itu ada standard. Tapi jika Ibrahim Ali- mana standard Melayu?

Ini tidak bermakna, kita memperkecilkan kemahiran Ibrahim Ali. Dia pakar mengembeling ramai orang turun padang. Tapi setakat itu sahajalah apresiasi saya kepada Ibrahim Ali.

Saya hanya ingin memberitahu bahawa apa yang di lakukan oleh Ibrahim Ali tidak lah unik dan suatu yang luar biasa. Bung Mokhtar, Mohd Abdul Aziz, Tajudin Rahman, Nazri Aziz boleh melakukan perkara yang serupa.

Anyone from PEMUDA Umno pun boleh melakukan apa yang Brahim Ali lakukan. Kerana ia tidak memerlukan kapasiti minda yang luar biasa.

Tapi berapa ramai yang boleh melakukan seperti Raja Ali Haji atau Tun Sri Lanang? Itulah maksud saya.

Adakah Umno sudah tidak percaya kepada kemampuan nya untuk menjadi jurubicara orang Melayu? Mana jatidiri Umno dan pimpinan Umno?

Saya mahukan orang Umno melihat sendiri betapa sedihnya keadaan Umno hari ini. Apa sudah jadi kepada kualiti Umno apabila Umno memerlukan orang seperti Ibrahim Ali bercakap bagi pihak orang Melayu? Bercakap dalam nada bagaimana pula?

Mengajak orang berkelahi, bertumbuk dan tikam menikam. Orang Melayu hendak berkelahi sesama Melayu kah? Mereka masih tidak tahu hidup sesama sendiri walaupun mempunyai pandangan berbeza?

Bagi pihak Melayu macam Umno yang Ibrahim Ali bercakap? Dan mengapa Umno sangat takut kepada perarakan Bersih? Adakah mereka tidak percaya bahawa segala budi yang di tanam selama ini tidak di hargai oleh rakyat? Kecuali lah selama ini yang rakyat dapat adalah kulit2 roti manakala roti di baham oleh elit dan bangsawan Melayu. Nampaknya, Ibrahim Ali jadi jurucakap kepada kumpulan seperti ini.

Kualiti Umno berada dalam tahap yang menyedihkan apabila ia hanya mampu mengekali relevance nya pada suatu kelompok orang Melayu dengan bertunjang kepada skendel seks. Umno melakukan kesilapan yang amat besar jika menyangkakan masaalah nya selesai semua bila molakapkan Anwar Ibrahim. Cara Umno menangani dan mengendali kes Anwar Ibrahim menunjukkan betapa rendah nya mutu pemikiran Umno.

Anwar Ibrahim is already doomed. Peluang untuk jadi PM besar kemungkinan sudah tidak ada. Adakah rakyat negara ini boleh bernaung di bawah seorang PM yang menghabiskan 90% masa nya menangkis tuduhan salahlaku seks oleh nya? Tidak ada kerja yang akan dapat diselesaikan jika demikian. Anwar Ibrahim is already a damaged good untuk di jadikan model pimpinan.

Apa yang di lalui oleh Anwar Ibrahim sekarang sudah cukup mengurangkan kredibiliti nya sebagai pemimpin. Namun begitu, tuah Anwar sebenarnya, seperti yang di nyatakan oleh Zaid Ibrahim terletak kepada tongong nya Umno dalam mengendali kes nya.

Bayangkan ini. Bila Anwar Ibrahim di lokapkan, bagaimana Umno menjustifikasikan kehadiran nya dalam ingatan orang ramai? Apa jembalang yang hendak di lawani oleh Umno? Umno lebih baik basuh tangan daripada melibatkan diri dalam masaalah Anwar dan biarkan Anwar lemas sendiri.

Umno jangan berfikiran bahawa ia hanya boleh membangun dengan menjatuhkan orang lain. Jika ia berpegang kepada cara ini, maka ia terpaksa mencari dan menyungkil masaalah.

Kenalah Umno berkerja keras untuk mencungkil skendel seks orang lain pula. Ertinya, Umno ini menyambung hayat dan kehidupan dengan mencari dan memakan daging saudara nya sendiri . ia bergerak kehadapan bukan dengan mengangkat dan membangkitkan bangsa tapi menyibukkan diri dan tenaga kepada memperjuangkan isiu isiu picisan.

Apa sudah jadi kepada prinsip dan landasan perjuangan Umno? Umno ujud pada tahun 1946, membangkitkan orang Melayu menentang suatu bentuk kemungkaran. Kemungakaran tersebut muncul dalam bentuk idea suatu Malayan Union.

Ertinya, sebermula Umno itu ujud untuk menentang segala kemungkaran. Bagaimanakah perarakan Bersih yang disertai bersama oleh majority orang Melayu boleh di samakan dengan idea Malayan Union? Malayan Union memang betul boleh mengakibatkan peminggiran bangsa Melayu, tapi bolehkah Bersih mendatangkan kesan yang serupa?

Tapi hari ini orang Melayu adalah penduduk majority. Jentera kerajaan di kuasai oleh orang Melayu. Kedudukan politik orang Melayu tetap kuat. Sebab jika kita bilang, jumlah MP Melayu tetap ramai. Orang Umno kena terima bahawa orang Melayu yang tidak berada dalam Umno, tetap Melayu setulen yang berada dalam Umno.

Jadi mengapa perarakan Bersih membuat Umno gusar dan Perkasa melenting? Kepentingan siapa yang jadi terancam?

Umno and the government are handling the Anwar Ibrahim case foolishly. Semalam kita dengar bahawa mahkamah menyatakan bahawa ia mempunyai hak untuk menayangkan video lucah yang di katakan melibatkan Anwar Ibrahim. Pihak mahkamah membela diri dan menyatakan ia memiliki hak.

Dan ia telah menunjukkan akan hak tersebut dengan membenarkan pihak peguambela 3 orang tertuduh, mengistiharkan bahawa mengikut perakuan pakar, video tersebut sahih dan 99.99% actor tersebut ialah Anwar Ibrahim.

Saya tidak tahu, adakah ujudnya kaedah menunjukkan bahan bukti yang baru. Kepada saya, pihak majistret sepatutnya memberhentikan pengistiharan tersebut. Pertama ianya adalah bukti hearsay. Kita dengar nya melalui pihak ketiga dan tidak ada pihak pembela yang di benarkan untuk menghujjahi pembentangan deklarasi tersebut.

Kedua, ianya tidak releven dalam kes ini kerana, terma rujukan mahkamah ialah menghukumi kesalahan menayangkan video lucah dan memiliki video lucah. Terma rujukan mahkamah bukanlah mencari kesahihan video tersebut. You cant justify doing something that is against the law. Jika ianya bertujuan mencari kesahihan video tersebut, pihak mahkamah mesti mengadakan panel pakar untuk mendengarkan kes kesahihan video tersebut. Dan orang yang di tuduh, walau bagaimana kita benci pun, mesti di beri keadilan membela diri.

Jika ini matlamat kes tersebut, mengapa tidak di panggil pakar yang di sebut oleh peguam bela 3 serangkai tesrebut, untuk di cross examine oleh peguam si Anwar Ibrahim? Pihak mahkamah sepatutnya memberhentikan cerita pelipur lara hati pimpinan Umno yang berduka melihat kualiti parti kian menurun.

Dengan melakukan apa yang ia lakukan, apakah sebenarnya mesej yang di hantar oleh sistem keadilan negara kita? Ianya menunjukkan bahawa kita rakyat Malaysia sebetulnya berada at the mercy system keadilan Negara ini dan pengamal sistem tersebut dan kita tidak ada peluang langsung untuk mendapat keadilan dan mendapat layanan merciful dari system keadilan kita. Si majistret telah mencemarkan system keadilan negara ini dengan membenarkan penceritaan perlipur lara dalam mahkamah terbuka.

Ini yang menyebabkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa sangsi dan takut kepada system keadilan di Malaysia. Mahkamah kita, dengan membenarkan penayangan video lucah tersebut dan membenarkan penghuraian yang mengikuti nya untuk mamfaat 3 serangkai telah compromise dignity dan integrity dirinya menjadi platform untuk suatu pihak yang berkepentingan berkhutbah mengenai agenda politik.

Maka itulah sebab nya, ketua 3 serangkai tersebut, seorang manusia yang bernama Rahim Tamby Chik telah dengan bangga nya mengistiharkan bahawa misi mereka, tercapai? — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Read more ...

Baju kuning: Pakai tak salah, tangkap salah

KUALA LUMPUR, 30 Jun: AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin (gambar) berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning.

“Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai,” katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang Bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh disaman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah.

Jelasnya lagi, Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

“Menangkap mana mana orang yang memakai baju Bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya yang juga pengamal undang-undang.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada portal Malaysikini semalam yang melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan Bersih.

Ini kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut.

Kata Hanipa, bagi Umno dan Hishammuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna.

Menurutnya, jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera PAS, kini warna kuning pula yang ditakuti.

“Sampai bila Umno nak takut dengan warna?” soalnya.

Mengenai hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti Bersih adalah haram, maka memakai baju kuning Bersih juga adalah haram, beliau bekata malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang.

“Saya mengesyorkan kepada Hishammuddin jika pun kamu benci sangat dengan Bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu.

“Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita,” ujarnya.

Beliau berkata, haram atau halal sesuatu perkara baik dari segi agama atau undang-undang adalah berdasarkan dalil dan bukannya berdasarkan kenyataan menteri.

Mungkin, katanya Hishammuddin boleh tunjukkan kepada kita di bawah peruntukan mana dan di dalam undang-undang mana memakai baju kuning berlambang Bersih adalah satu kesalahan.

“Jika kita menerima hujah Hishamuddin memakai baju kuning Bersih adalah haram kerana aktiviti Bersih adalah haram maka secara logiknya jika seseorang terlibat dengan berlumba motor secara haram, maka segala peralatan yang beliau pakai termasuklah helmet, seluar, jacket kulit dan motor yang beliau tunggang adalah kesemuanya haram,” katanya lagi.

Read more ...

PAS Perak kesal tindakan polis

IPOH - Badan Perhubungan Pas Negeri kesal terhadap tangkapan 14 orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jalong, Leong Mee Meng dan Teja, Chang Lih Kang berikutan memakai baju kuning dan mengedarkan bendera Malaysia, di Sungai Siput. Terbaru Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Ketua Penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin berkata, pihaknya kesal kerana polis menggunakan pendekatan tangkapan dalam usaha menggagalkan Himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai depan yang dilihat berjaya menggerunkan pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Bagi kami penjelasan yang telah diberikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap hak asasi manusia untuk berhimpun adalah jelas dan nyata sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, jika kenyataan Suhakam tidak diambil kira, ini bermakna pihak berwajib telah menidakkan dan mengetepikan fungsi Suhakam yang dibentuk atas perintah Seri Paduka Yang Dipertuan Agong bagi menjaga hak rakyat di dalam negara kita.

“Kami amat berharap agar prinsip demokrasi yang sering disalahfahamkan kepada rakyat sepanjang tempoh 50 tahun lebih kita merdeka dapat diperbetulkan dengan jelas bagi membentuk rakyat yang faham akan hak dan taksiran sebenar Perlembagaan Persekutuan,” katanya.SH

Read more ...