Monday, March 19, 2012

ULAMA UMNO!!! Jangan dok kelirukan umat Islam, mai baca kenyataan Tuan Guru Nik Aziz

http://www.2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2012/03/nik-aziz1.jpgSusulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut.

Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT.

Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."

Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.

Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel.

Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agak mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel?

Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.

Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT :

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7

Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi.

Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT.

Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?

Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT. Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012

Read more ...

Sunday, March 18, 2012

PANAS!!! Benarkah UMNO bayar RM 5000 kepada Hasan Ali setiap kali ceramah hentam PAS?

Kerana Hassan Ali,Umno Larut Berbalah

Suatu perkara yang amat menarik perhatian penulis hari ini apabila dikhabarkan oleh salah seorang penyokong tegar umno di kawasan ini berhubung satu ribut kecil yang kini sedang melanda Umno Larut.

Semuanya bermula apabila terdapat pimpinan dan ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penganjur yang telah membuat bayaran sebanyak RM5000 kepada Dr Hassan Ali(DHA) untuk memberi ceramah kepada penduduk di Batu Kurau baru-baru ini.

Sudahlah pada hari ceramah tersebut rata-rata hadirin yang hadir seolah-olah merasa tertipu apabila Ustaz Kazim Ellias yang sebelum ini dikhabarkan akan berganding dengan DHA dalam ceramah itu dilihat tidak muncul2 sehinggalah program ceramah selesai.

Jadi terpaksalah juga mereka yang hadir mendengar kelentong DHA selama 2 jam dari awal hinggalah ke akhir ceramah walaupun kebanyakan mereka dilihat langsung tidak berminat mendengarnya.

Penulis yang kebetulan berada di sana pada malam itu sempat juga mendengar rungutan daripada hadirin yang duduk di bawah pentas.Kebanyakan mereka dengan wajah hampa melahirkan rasa terkilan terhadap pihak penganjur apabila Ustaz Kazim kesayangan mereka tidak muncul-muncul di atas pentas..

Jadi jelaslah di sini bahawa,di antara ratusan yang hadir itu bukanlah kerana hendak mendengar ceramah DHA sangat pun.Kalau tidak kerana tertera nama Ustaz Kazim di banner dan poster yang diedarkan beberapa hari sebelum itu,nescaya ceramah DHA di Batu Kurau pada malam tersebut akan mengalami nasib yang sama seperti ceramahnya di Kampung Melayu Subang sebelum ini.Hanya deretan kerusi kosong yang akan menjadi pendengar setia.Haha.

Bebalik kepada tajuk asal.RM5000 untuk satu sesi ceramah.Biar betul? Kalau 40 buah ceramah DHA minta wang sebanyak itu bermakna jumlahnya dah mencecah RM200 000.Ini yang membuatkan Umno Larut berbalah kerana penulis difahamkan Ustaz Kazim Ellias kesayangan mereka pun tidak pernah mendapat bayaran sebanyak itu hanya untuk satu sesi ceramah.Haha padan muka hampa!!

Di kesempatan ini,penulis ingin membuat satu cabaran kepada UmnGok agar dianjurkan sekali lagi ceramah DHA di Batu Kurau tapi kali ini penulis minta supaya jangan ditulis nama Ustaz Kazim sebagai penceramah bersama dalam poster dan banner macam yg dibuat sebelum ni..

Cukup sekadar DHA seorang sahaja,bukan apa,kita nak lihat berapa orang pula yang akan hadir mendengar kelentong si parasit macam dia..PERSEPSI KITA BERBEZA

Hassan Ali sedang berperasit di bawah khemah milik Umno di Batu Kurau

Read more ...

ADUHAI POLIS MALAYSIA!!! Takut dengan Samseng UMNO, kena cekup kerana menculik la pulak


ALOR SETAR: Tiga penjenayah termasuk seorang anggota polis digantung kerja tidak sempat ‘meraikan’ wang tebusan RM40,000 diperoleh apabila mereka ditahan selepas menculik seorang lelaki di depan hotel di Bedong, Sungai Petani, Jumaat lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 50 tahun itu ditahan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur arah utara, jam 2 pagi kelmarin selepas keluarga mangsa menyerahkan wang tebusan RM40,000.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, mangsa, seorang lelaki berusia 23 tahun dari Sedaka, Yan, dekat sini, diculik ketika mahu memasuki keretanya, Proton Gen2 di depan hotel berkenaan oleh tiga lelaki menaiki Honda Civic disyaki dicuri beberapa minggu sebelum itu.

Selepas menculik mangsa dan mencuri keretanya, suspek membawa lelaki itu ke ibu negara sebelum menghubungi keluarganya bagi meminta wang tebusan RM60,000. Bagaimanapun, hasil rundingan, kumpulan penculik itu bersetuju menerima RM40,000.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis yang menerima laporan daripada keluarga mangsa merancang membayar wang tebusan itu di satu lokasi di ibu negara. -hm

Polis culik peniaga diberkas

AHMAD menunjukkan gari dan sebahagian wang yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Alor Setar, Kedah semalam.

ALOR SETAR – Kecekapan polis Kedah menyiasat satu kes culik di Bedong, Sungai Petani dekat sini dapat menahan tiga lelaki termasuk seorang anggota polis yang bersekongkol dengan perbuatan jahat tersebut di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Kesemua suspek berusia antara 28 dan 50 tahun tersebut ditahan pada pukul 2 pagi.

Anggota polis tersebut bertugas di Negeri Sembilan tetapi dia kini digantung kerja sejak beberapa bulan lalu ekoran kes dadah manakala dua lagi rakannya mempunyai rekod jenayah berkaitan kes curi kenderaan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila mangsa, 23, yang bekerja sendiri telah diculik di hadapan sebuah hotel di Bedong pada pukul 11 pagi Khamis lalu.

Katanya, ketika itu, sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki suspek telah menghalang kereta jenis Proton Gen 2 mangsa sebelum salah seorang suspek memperkenalkan diri sebagai polis Bukit Aman.

“Suspek kemudian menolak mangsa ke dalam keretanya dan penjenayah telah memandu kenderaan tersebut hingga ke Kuala Lumpur.

“Suspek kemudian meminta ahli keluarga peniaga pakaian itu membayar RM60,000 tetapi ia dikurangkan kepada RM40,000,” katanya.


Ulasan GB

Tahniah dan syabas polis kerana berjaya mencekup penjenayah dan mengambil tindakan pantas sekalipun ke atas anggotanya sendiri.

Namun seperti yang diluahkan GB sebelum ini, GB masih tertanya-tanya kenyataan Menteri KDN ini:

Read more ...

PANAS!!! Dokumen rahsia kes berkaitan Altantuya bakal terbongkar!

Nasib Najib makin kelam
sebab pendakwaan skandal Scorpene
bakal didengar 1 April nanti


Berita paling gumbira buat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan menolak kezaliman!

Dalam masa sama ia juga "Lagu Sedih" buat Najib apabila skandal pembelian dua kapal selam jenis Scorpene yang bernilai RM7.1 bilion hingga menyebabkan model dan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibom kejam menggunakan C4 di hutan Puncak Alam, Selangor pada 2006 kerana pertikaian mengenai komisen dan hubungan sulit bakal terbongkar!


Walaupun pendakwaan membabitkan rakyat Malaysia ini terpaksa dilakukan nun jauh di Paris, Perancis, dan tidak di negara sendiri kerana Najib dan Umno-APCO masih berkuasa dengan menyalahgunakan Akta Rahsia Rasmi, ia tidak menghalang Kerajaan Perancis mengheret pesalah ke muka pengadilan walaupun bergelar pemimpin paling berkuasa di Malaysia!


Bukan setakat itu, seluruh dunia akan memerhatikan Malaysia bakal dilondehkan dengan skandal jijik penuh kejahatan Umno-APCO walaupun ia sedikit sebanyak bakal menjejaskan nama baik negara.


Tetapi ia adalah lebih baik daripada menyembunyikan kebenaran kerana kes pembunuhan Altantuya juga berkait rapat dengan skandal kapal selam yang lebih lima tahun tersadai di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar, Sabah.


Justeru, hari April Fool tahun ini bakal menyaksikan hadiah paling bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia kerana tindakan Najib dan rakan-rakan jahatnya bakal didedahkan satu persatu tanpa menoleh ke belakang lagi.


Tetapi manusia yang paling gembira dengan berita ini adalah Muhyiddin Yassin!


JALAN PULANG via iPad2



Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis


Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis
(Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.

"Kedua-dua pihak (kerajaan Malaysia dan firma pertahanan Perancis DCNS) mempunyai dokumen sama. Bezanya, Malaysia mengklasifikasikan dokumen itu sebagai Akta Rahsia Rasmi.


"Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan," kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.


Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan ratusan juta ringgit kepada "pegawai tertinggi" Malaysia.


Urusniaga berharga RM7.1 bilion itu dibuat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan dan dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang mendapat komisen bernilai RM540 juta melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd.


Di bawah undang-undang Perancis, pembelian kelengkapan ketenteraan yang melibatkan bayaran komisen adalah menjadi satu kesalahan serius.


Menurut Cynthia, beliau mendapat makluman persediaan mahkamah dari peguam Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham, 16 Mac lalu.


Tambah beliau, dua hakim penyiasat yang mengendalikan kes tersebut ialah Roger L Roire dan Serge Tounaire.


"Nama-nama yang sebelum ini tak pernah didengari akan didedahkan," tambah beliau namun enggan membuat spekulasi atau mendedahkan individu terbabit sebagai mematuhi prosedur mahkamah.


"Sebagai pengadu, Suaram kini punyai akses penuh kepada laporan siasatan pendakwaraya dan polis Perancis. Besar beza prosedur dan ketelusan siasatan antara Malaysia dan Perancis," katanya.


Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah memberikan komitmen untuk membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat pada minggu hadapan.


"Telah 10 tahun sejak 2002, kes ini tergantung. Kerajaan Malaysia wajar berikan kerjasama penuh, bukannya menghalang siasatan dibuat," tegasnya.

Read more ...

STRATEGI TAK MENJADI!!! Bagaimana Najib gagalkan rancangan Muhyiddin?

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/03/28/MUHYIDDIN.jpgAkhirnya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengambil keputusan meletak jawatan selepas hampir lima bulan bergelumang dengan skandal penyelewengan NFC yang dikaitkan dengan suami beliau.

Namun Shahrizat masih mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Wanita Umno. Beliau sedar kedudukan beliau sukar ditandingi atau dicabar oleh timbalan maupun para exco wanita. Walhal skandal yang membabitkan suami Shahrizat tersebut boleh digunakan untuk menyingkirkan beliau sekiranya ada calon wibawa yang mampu mencabar Shahrizat.


Shahrizat pula menyedari kekuatan beliau dalam sayap wanita itu. Malah bukan sekadar tuan empunya diri yang sedar akan kekuatan yang dimiliki beliau malah seluruh anggota Umno pun tahu.


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pun tahu dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sedia maklum. Maka tidak hairanlah Shahrizat dan sayap wanita itu menjadi pertaruhan untuk memastikan kemenangan dalam setiap pemilihan yang di adakan.


Najib bertindak memberikan jawatan menteri kepada Shahrizat melalui laluan Senator setelah tewas kepada anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah di Lembah Pantai.


Muhyiddin adalah antara orang yang lebih kehadapan melihat potensi Shahrizat berbanding Najib. Atau dalam lain perkataan, bacaan politik Muhyiddin lebih tajam berbanding Najib.


Ini disebabkan dunia politik Najib banyak bergantung kepada populariti bapa beliau, Tun Abdul Razak. Beliau datang dari keluarga bangsawan yang tidak memahami pahit jerit rakyat bawahan.


Najib juga banyak menumpang dari kekuatan orang lain termasuk dari Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk naik ke pentas politik. Begitu juga sikap ‘palaysafe’ beliau yang hanya mencuri peluang serta cuba mengelak dari sebarang risiko menjadikan beliau di lihat bersih.


Lantaran itulah setelah dilantik menjadi pemimpin tertinggi negara, beliau terpaksa menggunakan penasihat Yahudi, APCO bagi membantu pentadbiran beliau walaupun terpaksa membayar RM77 juta setahun.Ini disebabkan beliau tidak mempunyai idea serta takut berhadapan risiko.


Berbeza dengan Muhyiddin yang lahir dalam keluarga yang ada siasah agama dan ulama. Ahli Parlimen Pagoh tersebut telah di uji dengan pelbagai pengalaman dan gelumang tendang terajang politik dari bawah.


Usaha singkirkan Najib


Ketika Tun Abdullah dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2003, beliau mengambil masa selama empat bulan untuk melantik timbalan beliau.


Dari dua calon, Najib dan Muhyiddin, akhirnya Najib di pilih walaupun Abdullah mahukan Muhyiddin. Pemilihan Najib disebabkan pelbagai faktor. Selain tekanan termasuk dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan alasan ‘status quo’ dalam Umno, Abdullah juga banyak menerima tekanan dari orang-orang Najib yang banyak menguasai kontrak-kontrak kerajaan sejak zaman Dr Mahathir lagi.


Sebagai pemimpin tertinggi negara, Abdullah cuba meredakan keadaan dan melantik Najib sebagai Timbalannya disebabkan Pilihanraya Umum ke-11 (PRU 11 )akan di adakan.


Selepas mencapai kemenangan besar dalam PRU11, Abdullah meletak Muhyiddin sebagai Menteri Pertanian. Posisi Menteri Pertanian dilihat sebagai kementerian yang bukan dianggap ‘glamor’ dan berprestaj. Namun Abdullah melihat dari sudut yang berbeza.


Kementerian Pertanian yang di ketuai Muhyiddin telah di naiktaraf oleh Abdullah menjadi Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani. Abdullah juga menjadikan motto pertanian sebagai sebuah Industri yang komersil dan bukannya hanya keperluan untuk cukup makan.


Justeru Abdullah telah memberikan peruntukan yang besar kepada kementerian dibawah Muhyiddin sesuai dengan kementerian yang diberi tugas untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sebuah industri komersil.


Dengan peruntukan yang sebegitu besar bukan sahaja membolehkan beberapa projek mega baru dilaksanakan malah membolehkan lebih banyak peruntukkan diberikan kepada kumpulan sasaran di kementerian tersebut


Dalam masa yang sama ini akan membolehkan Muhyiddin mendekati ketua-ketua Umno Bahagian, cawangan serta para ahli Umno di semua peringkat yang terdiri dari para petani, pekebun, penternak, nelayan dan peladang di seluruh negara.


Harapan Abdullah dengan memberikan ruang dan peluang yang luas kepada Muhyiddin mendampingi akar umbi Umno akan membolehkan Ahli Parlimen Pagoh tersebut kekuatan sokongan untuk menandingi Najib dalam pemilihan nanti.


Keluarga Shahrizat di beri Projek RM250 juta


Di atas perkiraan lain, Abdullah dan Muhyiddin masih menaruh kesangsian terhadap sokongan wanita memandangkan kebanyakan ketua-ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan serta ahli akar umbi yang terlibat dalam kementerian dibawah Muhyiddin terdiri dari para pemuda dan veteran Umno lelaki.


Malah Abdullah dan Muhyiddin tidak bimbang dengan sokongan dari Pemuda Umno kerana menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin menguasai sayap pemuda.


Bagi mendapatkan sokongan wanita secara pukal, suatu usaha perlu dilaksanakan. Malah Abdullah dan Muhyiddin sedia maklum akan kekuatan yang dimiliki oleh Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.


Dalam pergerakan wanita pula amat mudah untuk di kuasai asalkan ketuanya dapat ditawan.Bak lembu yang dicucuk hidung, kemana tali di arah kesitulah si lembu akan terarah.


Sebagaimana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa adalah mustahil Shahrizat tidak megetahui projek lembah daging Gemas bernilai RM250 juta yang diberikan kepada suami beliau, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.


Sedangkan sebagai seorang menteri kabinet serta orang lama yang telah berada dalam kabinet dan politik adalah juga mustahil bagi Shahrizat tidak menyedari konflik kepentingan apabila projek tersebut diberikan kepada keluarga beliau.


Melainkan ada pihak yang memberi jaminan kepada beliau bahawa ‘agenda sulit’ tersebut tidak akan terbongkar selagi kuasa berada didalam tangan pihak yang menawarkan projek tersebut.


Atau Shahrizat dijanjikan ‘imbuhan’ yang lebih besar sekiranya matlamat menjatuhkan Najib tercapai.


Atau pun Shahrizat begitu yakin dengan ‘strategi’yang dirancang sehingga lupa akan nasib yang akan menimpa beliau sekiranya agenda tersebut gagal atau dibongkar.

Dilema Najib

Sebagai orang lama dalam politik, mustahil juga Najib tidak dapat membaca agenda yang sedang di atur terhadap beliau. Beliau juga mungkin telah lama sedar sebagai pemimpin numbor satu, Abdullah akan melakukan ‘check and ballence’ terhadap timbalannya.


Malah mungkin juga agenda dan pakatan Abdullah-Muhyiddin juga telah lama disedari namun beliau berdiam diri dan mengunggu masa yang sesuai.


Najib juga bertindak menangguhkan pemilihan barisan baru dalam Umno yang seharusnya berlangsung tahun lalu ketika perhimpunan Agong Umno. Tindakan Najib tersebut mungkin disebabkan beliau telah menghidu pakatan muhyiddin.


Tindakan Ketua Audit Negara yang membongkar kelemahan projek Lembu Daging Gemas (NFC) ketika era Najib menjadi pemimpin tertinggi negara juga mengundang persepsi yang pelbagai.


Sebagaimana Abdullah dahulu yang terpaksa menerima Najib di saat menjelang PRU 11 lalu mungkin digunakan Najib sekarang bagi meredakan keadaan.


Demam PRU 13 yang sedang hangat bertiup memaksa Najib untuk tidak membuat ‘perang terbuka’ terhadap timbalannya maupun pada Shahrizat. Sebaliknya Najib cuba memperkuda kudrat dan pengaruh Muhyiddin untuk memastikan BN berkuasa selepas pilihanraya umum nanti.


Dalam keadaan serba terdesak Najib terpaksa mencari pelbagai helah dan ‘flip-flop’ untuk memperkatakan status Shahrizat dalam kabinet dan parti.


Najib juga terpaksa menanggung pelbagai tanggapan ahli-ahli Umno berhubung tindakan berdiam diri beliau. Malah Dr Mahathir turut menggesa Shahrizat meletak jawatan namun Najib tetap membisu.


Najib takut Shahrizat ‘membalas dendam’ sekiranya memaksa Shahrizat meletak jawatan disebabkan kekuatan Shahrizat dalam pergerakan wanita.


Apa yang pasti Shahrizat telah meletak jawatan sebagai anggota jamaah menteri Najib tetapi masih mahu mempertahankan jawatan sebagai ketua Wanita.


Shahrizat juga tahu sekiranya beliau masih menerajui pergerakan wanita selagi itulah Najib tidak berani ‘menyentuh’ beliau.


Najib pula tidak berapa pasti pendirian dan pegangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga menantu Abdullah.


Walaupun baru ‘disogok’ dengan jawatan sebagai peneraju Permodalan Nasional Berhad (PNB) namun ‘petroitisme’ Khairy terhadap beliau masih tidak diuji.

JALAN PULANG

Read more ...

11 PUNCA!!! UMNO Selangor bakal kalah teruk dalam PRU 13


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNYmB_7PknAMf6y2PZNhPQQ0OIFQwhoFsbK-F55BNrHGky0yhAB-DM4JaG8cvC30QfBs5epULeGGD33xgk_9KFzNrLKA0l5PlkydpgSQs2pKTyUembs46uCsKmU0sWWRk-D8aE71ectU7C/s400/NohOmar_sun.jpg

" DATO NAJIB TAK PAYAH CAMPUR URUSAN DI SELANGOR....
INI SEMUA BIAR SAYA SETEL....."

Hasil aku berbual dengan beberapa orang UMNO Selangor yang rapat dengan Khir Toyo , aku simpulkan 10 punca UMNO Selangor akan kalah teruk PRU 13.

1. UMNO Selangor berpecah teruk dan tak bersatu

Ini dapat dilihat jelas dengan pergeseran utama Noh Omar dan Khir Toyo. Ini termasuklah pergaduhan di peringkat bahagian yangt ak pernah selesai.

2. UMNO Selangor tidak ada susuk pemimpin untuk menyatukan mereka

Kesetiaan UMNO Selangor pada hari ini hanya dapat dilihat pada Najib. Lepas Najib habis lawatan kerja ke Selangor , semua pimpinan UMNO Selangor kembali kepada keadaan asal iaitu bercakaran sesama sendiri.

3.Pemimpin utama UMNO Selangor menghadapi masalah persepsi burok rakyat

Noh Omar - persepsi burok sebagai seorang yang angkuh dan lagak gangster

Satim Diman - persepsi burok sebagai seorang yang suka main golf dari lawat kawasan dan skandal 'land-grabbing'.

Khir Toyo - Dipenjara setahun membuktikan kebenaran serangan Pakatan kepada beliau

4. Calon MB Selangor dari UMNO Selangor masih samar dan tidak jelas

Strategi untuk tidak menamakan calon MB Selangor oleh UMNO Selangor dipikir baik oleh BN Selangor kerana tidak mahu mendedahkan awal calon supaya tidak diserang oleh Pakatan Rakyat. Tapi kalau diikut sentimen pengundi Selangor pada waktu ini , rakyat Selangor mahu tahu siapa yang bakal teraju negeri terkaya ini kalau bakal calon MB itu dari UMNO Selangor.

Strategi tidak mahu menamakan calon MB UMNO Selangor adalah satu strategi bangang.

5. Mencalonkan tokoh korporat sebagai MB UMNO Selangor adalah satu tindakan yang akan menimbulkan kemarahan di kalangan akar umbi UMNO Selangor

UMNO Selangor tidak perlu terhegeh-hegeh untuk mengikut rentak Pakatan Rakyat yang memiliki Menteri Besar seorang tokoh korporat berjaya.

Masalah UMNO Selangor adalah , kesemua tokoh GLC yang disebut-sebut itu sudah rosak teruk imej mereka. Semua adalah tokoh-tokoh penyamun dan penyangak.

6. Meletakkan Zin Badak sebagai tokoh untuk mengepalai BN Selangor adalah satu tindakan bangang

Selepas desas-desus bertiup kencang kononnya Rozali Syabas nak jadi calon MB , Najib meletakkan Zin Badak sebagai tokoh untuk kepalai serangan kepada Pakatan Rakyat Selangor.

Pertama , isu Zin Badak merapu. Itu isu nasional yang sebenarnya rakyat Selangor tak ambil peduli.

Lantak la , KAD ke NDI ke dan apa saja la.

Itu bukan isu utama.

Rakyat Selangor ambik kesah isu tempatan.

Kedua , Zin Badak kalaupun masih belum ada persepsi burok terhadap beliau , namun dia memilik susuk yang lemah dalam kepimpinan.

Zin Badak ini pemimpin play-safe yang tidak kelihatan karismanya.

Tidak lain macam seorang engineer bersara yang ada syarikat konsultan nak cari projek.

7. Menggunakan Hasan Ali sebagai pencacai untuk menarik undi bagi UMNO Selangor akan memakan tuan satu hari nanti

Aku tahu Noh Omar kurang selesa dengan roadshow Hasan Ali. Kalau diikutkan impak, sebenarnya roadshow Ezam Mat Nor dulu di Selangor lebih tinggi kehadiran rakyat Selangor.

Tapi hujungnya , kempen mengamuk tak tentu pasal ala Hasan Ali ini akan berkesudahan dengan Hasan Ali akan pancit.

Dan orang akan naik meluat dengan gaya berlagak Hasan Ali.

Satu soalan yang nak aku aju adalah ;

" Kau ingat Hasan Ali kehulu ke hilir dala Selangor ni sebab apa ? "

Jangan remehkan cita-cita Hasan Ali nak jadi MB Selangor.

Jangan 'underestimate' nafsu serakah malaon ni.


8. Ketua Pemuda UMNO Selangor lemah dan tidak buat kerja

Ku Salleh ini kawan lama aku dan aku kenal rapat. Kalaupun malaon ni masih tercari-cari siapa la dok bagi info ke Tawan Malaysia ni.

Ku Salleh ada skandal yang masih belum terdedah.

Dia ni tidak reti berpidato dan jarang buat kerja.

Ku Salleh juga tidak dapat sokongan banyak Ketua Pemuda.

9. UMNO Selangor gagal memahami isu yang dekat dengan Rakyat Selangor.

Aku tak tahu la sapa think-tank untuk UMNO Selangor. Yang aku pasti strategi dan gerak politik UMNO Selangor macam jamban.

UMNO Selangor seakan lemas dalam politik baru bawaan Pakatan Rakyat.

Selagi UMNO Selangor angkuh dan perasan pandai selagi itulah UMNO Selangor akan terus mampos.

10. Pengaruh Khir Toyo yang cukop menebal dalam UMNO Selangor dan apabila tindakan Khir Toyo cuba sabotaj dengan tidak aktif langsung membantu UMNO Selangor.

Antara punca UMNO Selangor tumbang nanti adalah apabila Khir Toyo tidak akan membantu UMNO Selangor untuk meraih kemenangan.

Khir Toyo sangat terkesan setelah dikhianati rakan sendiri dalam perjuangan.

Jangan remehkan pengaruh besar Khir Toyo dalam UMNO Selangor.

Kalau orang kata Khir Toyo dah takde duit nak dana jenteranya adalah satu kesilapan besar , beliau ada ribuan hektar tanah kelapa sawit di Sabah yang bernilai jutaan ringgit untuk fund pergerakan beliau.

Dana yang dimiliki oleh Khir Toyo jauh lebih besar dari tabung pilihanraya PKR Selangor yang aku rasa RM 100,000 pun tak sampai.

11. Penunjuk aras kepada kejayaan UMNO Selangor merampas Selangor adalah cukop mudah ; selagi mana MCA Selangor dan MIC Selangor masih di tahap ini.

Apa yang aku boleh katakan.

Jangan mimpi la nak dapat Selangor.

Adun Sg Pelek pun belum tentu dapat pertahankan kerusi PRU 13 ni.

Apa langkah proaktif yang wajib diambil UMNO Selangor ?

Apa masalah Pakatan Rakyat yang wajib UMNO Selangor serang ?

Ini semua kami tak boleh tulis la.

Tengok keadaan la , kalau aku rasa berbulu dengan Pakatan Rakyat Selangor ni.

Aku tulis nanti.........TawanMalaysia


Read more ...

KETUA PENERANGAN JATI!!! Cabar Ustaz PAS berdebat bila disambut , tak berani pula

http://3.bp.blogspot.com/-56luTkHtMYw/Tx2sPJXVXCI/AAAAAAAAEiE/MQ6gmjKgf2I/s400/Ustaz+Hasan+Basri.jpgSaya dalam perjalanan balik dari Kelantan. Seorang kawan memandu, sedang saya bermain FB menggunakan galaxy Tab di sebelahnya. Melihat kandungan FB, ada seorang memaklumkan melalui Inbox bahawa Hasan Basri yang merupakan ketua penerangan JATI telah mencabar ustaz-ustaz PAS berdebat tentang isu Tahaluf Siyasi.

Mengenangkan saya mempunyai pendidikan agama dan berkeahlian PAS, Saya menyambut cabaran itu dan menyatakan kesedia tersebut dalam FB saya. Malahan, ada pula pihak bersedia menjadi penganjur.

Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan bahawa Hasan Basri Jati itu dah nyatakan kesedian untuk sepentas dengan saya, sama ada secara terbuka atau tertutup. Saya telah nyatakan perkara ini dalam FB saya.

Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan pula bahawa Hasan Basri tidak bersedia pula dengan debat tersebut. Antara alasan yang saya diberitahu adalah menyatakan bahawa saya tidak beretika.

Yang saya pelik tu, apakah tindakannya mencabar ustaz-ustaz PAS berdebat di khalayak ramai untuk berdebat tu adalah satu perkara yang etika? Apakah menarik diri dari debat setelah beliau sendiri mencabar terlebih dahulu itu sebagai beretika?

Saya berpesan kepada Ustaz hasan basri dari Jati yang merupakan bekas Yang Dipertua PAS di kawasan Saya, bahawa jika beliau tidak bersedia berdebat, beliau tidak perlu meroyan dipentas murahan JATI mencabar dalam perkara yang beliau sendiri tak memahaminya.

Wallahu 'Alam

Sekian..

AL BAKISTANI

Read more ...

Saturday, March 17, 2012

NAJIB PUSING!!! Nak bubar parlimen bulan Jun,kes mahkamah babitkan imej UMNO juga banyak ditunda selepas Jun

Perdana Menteri sudah bersedia, tetapi mahkamah belum lagi. Kes-kes memalukan dijadualkan hanya bermula selepas Jun, iaitu selepas pilihan raya umum ke-13 diramal diadakan. Apa persamaan kontroversi berkenaan?
  • Diumumkan pada hujung minggu lalu bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat, terpaksa melepaskan jawatannya berikutan apa yang kini dikenali sebagai ‘skandal lembu’ dan akan berundur pada 8 April apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir.
  • NONEPada 13 Mac, hari suami, Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah guna wang pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin cuba membawa usul di Dewan Rakyat bagi membahaskan kemelut itu tetapi dimaklumkan oleh speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa perkara itu kini di mahkamah dan adalah sub judice - jika dibincangkan. Ini bermakna pembangkan kehilangan modal berkempenyang mantap.
  • Pada hujung minggu yang sama, Suruhanjaya Sekuriti mengumumkan pengerusinya Datuk Zarinah Anwar, akan meletakkan jawatan pada akhir bulan ini berikutan konflik kepentingan peribadi memababitkan suaminya dalam urusan niaga saham.
  • azlanHujah bagi rayuan dua anggota polis yang disabitkan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang sepatutnya didengar pada 10 Februari tetapi kemudiannya ditangguhkan sehingga 9 Mac, kini sekali lagi ditangguhkan sehingga 27 dan 28 Ogos.
  • Pada 9 Januari, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat, tetapi pada 25 Januari pihak pendakwaan mengumumkan bahawa mereka akan membuat rayuan. Perbicaraan rayuan keputusan tidak-bersalah itu dijangka berlarutan dan mengambil masa yang lama.
  • Terdapat pelbagai kontroversi lain, termasuk perbicaraan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik berhubung skandal pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang, di mana kerajaan kerugian sebanyak RM12.45 bilion. Kes pendakwaan terhadap Ling selesai beberapa bulan lalu tetapi hanya baru-baru ini diumumkan bahawa beliau mesti membela diri. Tidak pasti bila beliau akan dipanggil untuk berbuat demikian.
azlanApakah kes-kes berkenaan mempunyai persamaan seumpama ini ditunda ke hadapan, soal beberapa pemerhati di Kuala Lumpur.

"Mereka akan cuba menolak segala-gala kes selepas bulan Jun atau Julai yang menjadikan kita semakin yakin pilihan raya umum akan diadakan bulan Jun," kata seorang ahli perniagaan.

Read more ...

MARI LIHAT!!!! Aktiviti MB PAS yang dimaki, dikeji, dikutuk, dihina oleh blogger-blogger UMNO


Ulama, Menteri Besar dan Imam.

INI adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat.

Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat ‘rare’ di negeri-negeri lain. Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam.

Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.

Jemaah melimpah ke bibir masjid.
Subhanallah!
Islam di Kelantan.
Usai Solat Subuh, Tuan Guru memimpin bacaan Mathuratbersama-sama jemaah.
Majlis tahniq akan diadakan selepas solat Subuh setiap Jumaat
sekiranya Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan
kesihatan yang mengizinkan.
Percuma! Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.
Setiap kali majlis berlangsung,
hampir 40 orang bayi akan ditahniq sendiri oleh beliau.
Berkat Seorang Ulama.
Penat dan lelah, beliau tidak pernah menolak permintaan untuk ditahniq.
Seorang tukang urut sentiasa berada di belakang beliau,
dan jika beliau terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika
untuk solat sunat 2 rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!
Jemaah yang sedang menunggu giliran di luar.
Walaupun mereka berada disekitar Kota Bharu, dan walaupun
keadaan yang sempit untuk parkir kenderaan, ramai jemaah hadir
dengan kenderaan masing2. Orang Kelantan memang miskin!
Kita tidak semiskin seperti yang digembar-gemburkan mereka.
Bahkan kita kaya! Kaya akhirnya.
Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat.

Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal

Read more ...

RAKYAT KELANTAN!!! Kuasa beli antara tertinggi di Asia, tapi lihat video ini bagaimana rakyat Kelantan jual tom yam dihina pemimpin UMNO?



KOTA BHARU, 17 Mac: Pengerusi Richhworks Group of Companies Dr Azizan Osman (gambar) berkata kuasa beli rakyat Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia.

Ini berdasarkan kepada rekod dan ‘top sale’ pada supermarket yang ada di negeri ini. Justeru beliau mengagumi kuasa beli rakyat negeri ini.

“Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan ‘top sale’.

“Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia," kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman - Seminar Marketing Power (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.

Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat, mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.

Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.

Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.

Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,

Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.

“Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh ‘dibawa keluar’," katanya.

Beliau berkata masyarakat muslim di negeri ini berpotensi untuk meningkat lebih jauh dalam perniagaan, bahkan mereka mempunyai produk yang baik untuk dibawa keluar daripada Kelantan.

Justeru selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, syarikatnya memilih Kelantan untuk ‘berkolabrasi’ (collaboration) bersama usahawan muslim di sini dengan memberi input lebih banyak.

“Terutama di Kelantan, ramai usahawan Melayu muslim.

“Jadi kita nak cari jalan supaya kita boleh bagi input dan support lebih banyak supaya mereka boleh ‘bawa keluar’ produk atau perkhidmatan mereka. Itulah misi dan ‘usahasama’ kita," katanya.

Dr Azizan berkata barangan dan produk Islam adalah baik tetapi mestilah (usahawan) mengetahui teknik pemasarannya.

“Orang kita banyak produk yang bagus, tetapi tidak diuar-uarkan, tidak dipromosikan dengan baik," ujarnya.

Read more ...

PEMBUNUHAN ALTANTUYA!!! Jika motif didedah , BN akan kalah

http://www.syirfan.com/wp-content/uploads/2009/01/altantuya-2.gif?w=300Keputusan yang dinanti-nantikan baru sahaja diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Md Yasin terhadap kes warga Mongolia Altantuya yang bukan sahaja menjadi topik hangat dikalangan pengamal undang-undang di Malaysia tetapi juga buah mulut rakyat biasa seperti Ahmad, Muthu Ah Beng di seluruh pelosok negara.

Pelajar dan profesional dalam bidang undang-undang terkejut akan keputusan hakim. Peguam yang juga mengajar akan menghadapi kesukaran dalam cuba merasionalkan keputusan yang telah menolak sepenuhnya "motif" dalam pembunuhan.

Hakim yang arif itu juga telah dilaporkan berkata bahawa "motif, walaupun relevan, tidak penting dalam pembunuhan."

Kini pelajar sekolah menengah juga turut bertanya jika motif tidak penting, adakah ia semata-mata pembunuhan? Atau pembunuh sengaja menjalankan pembunuhan semata-mata?

Standard ungang-undang Malaysia menjadi perhatian

Keputusan Hakim itu juga telah meletakkan standard undang-undang Malaysia di mata dunia untuk diteliti. Ia telah memberi impak yang besar bukan sahaja dari perspektif sosio-politik hak asasi manusia tetapi juga dari dimensi sosio-ekonomi serta dimensi kehakiman.

Sesungguhnya kita mempunyai keputusan penghakiman akhir yang ditunjukkan kepada dunia dan ini membuktikan cara kita mentafsir undang-undang di sini tanpa perlu mematuhi apa yang termaktub dalam buku undang-undang yang diterima secara universal dan mengajar bagaimana keadilan dipraktikkan dalam sistem demokrasi di seluruh dunia.

Di tanah air kita sendiri, keputusan ini juga telah memberi tamparan maut kepada kerajaan. Semua pengundi akan lebih memahami jalan cerita yang sebenar secara tidak langsung. Parti BN akan sentiasa dicurigai kesan daripada keputusan hakim ini.

Kenapa 2 amggota khas melakukan perkara itu tanpa motif

Rakyat menanya soalan yang mudah dan logik: Bagaimana dua orang anggota polis terlatih, berdisiplin dan tidak beruniform yang semua tahu hanya menjalankan tugas atas arahan orang atasan telah membunuh seorang wanita yang tidak berdaya, tidak bersenjata, tidak mampu mempertahankan dari dan bersendirian pula?

Orang ramai bertanya, walaupun pembunuhan itu sendiri telah dirancang untuk menghapuskan semua kesan bukti dengan meletupkan perempuan yang lemah dengan bahan letupan tentera namun motif masih tidak penting?

Hakim menyatakan bahawa motif adalah relevan. Tetapi selepas itu dia telah menolak aspek paling penting dalam kes ini iaitu motif.

Sekarang rakyat juga bertanya kenapa. Kenapa motif tidak penting dalam jenayah yang mengerikan, kejam dan tanpa peri kemanusiaan apabila semua penunjuk mengatakan motif adalah punca pembunuhan itu? Mereka mula berbincang di kedai-kedai kopi, di bandar-bandar besar dan warung-warung kecil di kampung-kampung tentang bagaimana mungkin dua anggota beruniform dan bergaji, melakukan pembunuhan ke atas wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa walaupun mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mangsa?

Tetapi sebenarnya ada motif

Orang ramai mengatakan bahawa sebenarnya terdapat motif untuk pembunuhan itu berlaku. Dan mereka mahu undang-undang mencari apa motif itu supaya mereka yang terlibat dalam jenayah itu akan dihukum oleh undang-undang secara adil dan saksama.

Tetapi malangnya, "motif" telah dibuang jauh oleh kehakiman Malaysia. Precedent telah ditetapkan. Rakyat telah membuat keputusan mereka. Kini terdapat satu kepastian dalam minda dan hati rakyat di sini - satu keputusan yang tidak akan dapat diatasi apabila berlakunya pemulihan sistem keadilan Malaysia dan reputasinya.

Ada juga rakyat yang mengatakan bahawa jika ini berlaku di negara lain yang sivil dan demokratik, seluruh pengamal undang-undang akan mogok dan menuntut pembaharuan dalam sistem. Adakah ini akan berlaku di Malaysia? Hanya masa yang akan menentukan. Tetapi dalam masa yang sama kredibiliti pemimpin, parti-parti politik dan sistem kerajaan telah musnah sama sekali oleh keputusan pada kes Altantuya ini.

Malaysia Chronicle

Read more ...

Friday, March 16, 2012

FOTO ORANG PAS DISEKSA DAN BUNUH !!! Adakah polis akan bertindak kepada Samseng UMNO apabila perkara ini sudah terjadi?
























Oleh: Man Kadir @ Pak Jabit

Ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Padang Terap - Ustaz Halim Arsad (PAS) Vs Baharum Bakar (BN) - 1984 - Rumah Sdr Azrai inilah (foto bawah) menjadi markas PAS Felda Lubok Merbau -

Masa itu hanya rumah papan satu bilik sahaja - Ketika itu tidak ramai peneroka yang menyokong PAS.


Setelah berlaku Peristiwa serangan Pemuda Umno terhadap petugas PAS (termasuk aku) di Pintu Gerbang berhampiran dengan dewan felda tersebut - membawa syahidnya Ustaz Othman Talib seorang anak muda yang menjadi mangsa kekejaman Umno ketika itu -

Di rumah Sdr Azrai inilah al Syahid menghembuskan nafas terakhirnya - Kini puluhan rumah di Felda Lubok Merbau ini menawarkan tempat untuk membuat kegiatan Pakatan Rakyat - InsyaAllah cahaya pengorbanan akan terus bersinar .... APA MACAM?


Kedah La

Read more ...

PRU 13!!! Bloomberg ramal parlimen bubar akhir Mei, pilihanraya 3 Jun 2012

http://www.doc.ic.ac.uk/cpp/logos/bloomberg-large.jpgAgensi berita perniagaan dalam talian, Bloomberg mendapat maklumat terbaru sumber yang rapat dengan Putrajaya bahawa Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada akhir Mei sebelum pilihanraya umum bakal diadakan pada 3 Jun 2012.

Tarikh tersebut cuma sehari selepas Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung setiap Sabtu minggu pertama dalam bulan Jun setiap tahun.


Bloomberg juga mendapat maklumat dewan awam dan dewan serbaguna di seluruh negara telah dibekukan permohonan dari mana-mana pihak bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menggunakan kemudahan tersebut bagi tujuan pusat penjumlahan undi.


Najib dijangka akan mengumpulkan seramai 4,000 pemimpin akar umbi Wanita Umno-APCO pada 26 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menjelaskan serta menyejukkan hati mereka susulan dari tempoh penggal sebagai Senator Ketua Wanita Umno-APCO, Shahrizat Jalil tidak disambung dalam kerajaan sebagai menteri.


Spekulasi terus tersebar dengan Putrajaya dijangka akan membuat keputusan beberapa lagi menteri kabinet yang terpalit dengan skandal seperti Zahid Hamidi dan Jamil Khir Baharom akan dijadikan sebagai kambing hitam bagi "membersihkan" Umno-APCO bagi melonjakkan popularitinya menjelang pilihanraya dalam tempoh kurang dari tiga bulan.


Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Bagan Datoh telah mula berasa bakal diketepikan susulan kegagalannya mencabar keputusan mahkamah siang tadi manakala Jamil Khir pula dengan skandal penyalahgunaan wang zakat sehingga RM3 juta bagi membantu kempennya di parlimen Baling dan juga bersekongkol dengan Ketua Pengarah JAWI, Che Mat Che Ali menggunakan dana zakat bagi menghalang tuntutan qazaf yang difailkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.


Dikhabarkan juga, Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin juga akan digugurkan dari bertanding bagi kerusi parlimen Bachok dan akan digantikan dengan salah seorang pegawai khas Najib bagi membolehkan Umno-APCO Kelantan mencabar kedudukan Kerajaan PAS Kelantan.


Bagi Sabah dan Sarawak pula, lebih separuh daripada penyandang jawatan akan digugurkan bagi memberi laluan kepada muka baru termasuklah ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin.


Sumber-sumber terbaru mengenai berita berkaitan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


JALAN PULANG



June 3 Proposed For General Election, Reports Bloomberg


KUALA LUMPUR, March 16 — The Najib administration may dissolve Parliament in May for a general election that could likely be held on June 3, Bloomberg reported today, citing three unnamed government officials.


According to the international business wire, the ruling Barisan Nasional (BN) government is discussing dissolving Parliament for a general election in May or June, ahead of its mandate expiring in April next year.


“Prime Minister (Datuk Seri) Najib Razak (picture) is scheduled to speak on March 26 to as many as 4,000 Information Ministry staff who help oversee elections, the government officials said. One date proposed for the contest is June 3, according to three of the officials,” it reported.


There is a one-week school break from June 3 which could have led to speculation of a likely general election as school buildings are usually used as polling stations across the country.


Najib had already sparked speculation of an early vote when he said in December that preparations had begun for the contest to extend the ruling coalition’s 55 years in power.


A survey conducted by independent pollsters Merdeka Center last month showed the Umno president’s approval rating had surged by 10 percentage points to 69 per cent on the back of RM500 cash handouts to all households earning below RM3,000 a month.


“All signs seem to be pointing towards an election at the end of May or early June,” Bloomberg quoted Ong Kian Ming, a political analyst at UCSI University in Kuala Lumpur, as saying.


“It’s the best timing for Najib. If he does wait longer there may be other scandals that emerge and the goodwill that he’s enjoying from the budget handouts given out earlier this year may be lost,” Ong added.


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil announced last week she will step down as women, family and community development minister when her senatorship ends next month after being dogged for over four months by allegations she and her family abused a RM250 million federal loan earmarked for a cattle-farming scheme.


It is understood that Najib and Shahrizat will address some 7,000 Wanita Umno members at the party headquarters here next Friday on the reasons behind her resignation from the Cabinet.


BN will hope that the scandal will draw to a close after the Wanita Umno chief’s husband, who is chairman of the National Feedlot Corporation tasked with running the project, was also charged with criminal breach of trust on Monday.


Najib will lead BN into polls for the first time, with observers saying he must improve on the coalition’s last outing and only a return to a two-thirds majority of Parliament can guarantee he remains in power.


The son of former Prime Minister Tun Abdul Razak succeeded Tun Abdullah Ahmad Badawi in April 2009, just a year after BN suffered its worst electoral outcome ever, ceding 82 federal seats and four state governments.


Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who was acquitted in January of sodomy charges he claims were politically motivated, has pledged to “clamour for reform” in a bid to unseat Najib after the verdict.

Read more ...

IMAM TERLAMPAU!!! Hilang adap halau tetamu ziarah masjid

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5-1iuteaPa0BKcNlF2lpJQje-k4ZsXaQ0jVkZbryvkC6b3f66GfDMTbLQasI_e0WtJ-ArF6CwHhpR_6tYsUBomRnW_OCf1LDkJ2_qiSKFyUzEi07peuAOszcOBzYBjIlHlJBEyL2S2bKX/s1600/umno-sarkis.pngNaib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz kesal dengan tindakan biadap Pengerusi Masjid Serkam Darat, Ramli Hassan yang menghalau keluar rombongan Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka dari masjid Serkam Darat petang tadi. "Kami memberitahu Pengerusi Masjid Serkam Darat untuk bertemu Imam Masjid selepas Solat Jumaat tetapi kami dihalau supaya keluar dari masjid itu".

"Ini tindakan yang biadap kerana sebagai seorang Pengerusi Masjid beliau sepatutnya melayan tetamu dengan baik bukannya menghalau kami dengan biadap seperti itu" ujar Ustaz Khairi.

Beliau berkata tujuan rombongan hanya untuk beramah mesra dengan Imam Masjid serta menyampaikan sedikit cenderahati bukannya untuk berhujah dan sebagainya.


Menurutnya rombongan Dewan Ulama PAS Negeri Melaka turun ke Dewan Undangan Negeri Serkam hari ini bagi menjayakan program menziarahi golongan Al Mala'.


Walaubagaimana beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Imam Tua dan Bilal Masjid tersebut yang sudi menerima cenderahati dari Dewan Ulama' di luar pagar masjid.


Turut sama dalam rombongan Dewan Ulama tersebut ialah Ustaz Hasri, Ustaz Helmi, Ustaz Faris, Zulkifli Ghaus dan pimpinan PAS Cawangan Serkam Darat. ~
mutaligat

Read more ...