Tuesday, June 12, 2012

POLITIK SABAH!!! Kubu BN hadapi masalah besar


Kekecewaan sedang menyelubungi Sabah dan semakin dirasai oleh keseluruhan rakyat negera ini.

Spekulasi mengenai 6 pemimpin tempatan yang akan menyertai PKR sedang hangat diperkatakan. Anwar, pemimpin PKR yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa beliau sememangnya ada membuat perjumpaan dengan para pemimpin yang dijangkan bakal bertukar haluan ini.


“Sekiranya semua khabar angin ini terbukti benar, dan saya ingin menekankan perkataan “Khabar angin” di sini, ia akan menjadi masalah besar buat BN,” ujar timbalan presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. Beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini.


Pertukaran oleh pemimpin Sabah ini adalah disebabkan oleh kegoyahan BN di Malaysia Timur yang menginginkan perubahan dan ini sememangnya satu tamparan buat Najib Razak dan bakal merosakkan peluang beliau pada pilihan raya ke 13 nanti.


Ia juga bakal menjadi pemangkin kepada pertukaran kerajaan memerintah setelah 55 tahun.


Taruhan besar semestinya ramai musuh


Tidak dinafikan PKR sememangnya berhadapan dengan ramai musuh di Malaysia Timur, bukan sahaja daripada Pakatan BN tetapi juga daripada bekas ahli yang telah menubuhkan parti mereka sendiri seperti Jeffrey Kitingan yang kini presiden kepada parti baru Star.


Untuk member saingan kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS; BN telah menubuhkan banyak lagi parti untuk memastikan agar undi rakyat Sabah akan terbahagi.


Pada hari Ahad yang lalu, seluruh Negara digemparkan dengan spekulasi bahawa Anwar akan mengumumkan identiti enam orang pemimpin itu dalam satu siding akhbar setelah sebuah portal akhbar membongkar cerita lompat parti tersebut.


Antara yang dikatakan akan meninggalkan BN untuk menyertai PKR adalah timbalan presiden UPKO


dan Ahli parlimen Tuaran, Wilfren M Bumburing, naib presiden UPKO, Senator Maijol Mahap; bekas ketua menteri Sabah, Osu Sukam, bekas adun Banggi, Amir Kahar Mustapha dan juga bekas menteri federal Kasitah Gaddam.


Ya, kami ada berjumpa

Tetapi Anwar datang, merasmikan forum bertajuk ‘Citizen Rights- Constitutional and Religious Perspective’ dan membuat siding media tanpa apa-apa pengumuman besar. Beliau kemudiannya menghadiri majlis makan malam Amal PKR Sabah.

Menurut Borneo Post, apabila ditanya semasa siding akhbar jika ada komunikasi antara beliau dengan para pemimpin yang disebut itu, Anwar menjawap,” Sudah tentu kami ada berkomunikasi banyak orang, Kami telah berjumpa dengan ramai individu dari masa ke masa termasuk yang disebut. Itu sahaja.”

Bila ditanya sekiranya beliau boleh mengesahkan akhbar mengenai pemimpin Sabah yang dikhabarkan akan melompat parti, beliau mengatakan bahawa beliau tidak membuat kenyataan itu.


Beliau juga ditanya jika beliau menjangka Bumburing akan menyertai PKR, Anwar menjawap: “Kami kena Tanya dia sendiri.”


Sabah sekarang dipimpin oleh Musa Aman, ahli UMNO yang dicemari reputasinya oleh rasuah. Beliau adalah sama seperti ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud yang tidak popular dan dituduh mengaut keuntungan berbillion-billion dan dikritis sehingga peringkat antarabangsa.


Spekulasi juga bertiup kencang bahawa Najib ingin menggantikan Musa dengan Shafie Apdal,


menteri Pembangunan Luar Bandar. Bagaimanapun, selepas tersebarnya skandal seks Shafie dengan pelakon Zahida Rafik, Najib terpaksa melupakan rancangannya itu.


Penerbangan di alihkan ke Labuan


Menurut Anwar, beliau sepatutnya menghadiri majlis di Kota Belud di mana dia dan Bumburing telah dipelawa untuk menghadiri. “Walaubagaimanapun, saya terpaksa membatalkan perjalanan ke Kota Belud kerana penerbangan yang sepatutnya sampai ke Kota Kinabalu pada pukul 1 petang telah dialih arah ke Labuan dan dItunda selama dua setengah jam.


“Saya telah dijemput untuk hadir bersama beliau (Bumburing) tetapi saya tidak dapat hadir. Saya sepatutnya boleh sampai ke Kota Kinabali pada pukul 3 petang tetapi disebabkan hujan, saya sampai (di Kota Kinabalu) pada pukul 5 petang,” kata beliau.


Mengenai pertukaran yang beliau katakan akan berlaku di Sabah, Anwar berkata bahawa negeri itu telah menjadi semakin peka dan rakyat telah menjadi lebih kritikal.Sabah kekal antara salah sebuah daripada 13 negeri termiskin di Malaysia walaupun ia kaya dengan sumber kayu balak dan minyak. Rakyat Sabah menuduh kerajaan persekutuan BN mencuri kekayaan itu.


Satu lagi isu hangat adalah kebanjiran warga asing di Sabah yang dikatakan sudah mececah jutaan sejak 80-an dan 90-an, selepas bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad member lampu hijau untuk mereka menjadi penduduk tetap sekiranya mereka mengundi BN.


‘Projek M’ itu telah menyukarkan rakyat Sabah yang telah menjadi seperti diasingkan dalam strata sosial dan juga berebut peluang pekerjaan dengan pendatang haram ini. Kadar jenayah tinggi, kekurangan keperluan asas dan kekejaman fizikal adalah antara masalah utama yang dihadapi rakyat.


Malaysia Chronicle

Read more ...

TANAH RIZAB MELAYU MILIK PEMIMPIN MCA!!! Inilah beza kerjasama UMNO & MCA berbanding kerjasama PAS & DAP


KOTA BHARU: Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat merupakan tanah rizab Melayu, tetapi anehnya mengapa pula dalam geran tertera nama bekas pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong.

Sedangkan kawasan itu diduduki penduduk Melayu sebelum air bah merah (sekitar 1925) iaitu ketika Kelantan berada di bawah pemerintahan Siam.

Namun generasi ketiga yang mendiami lot berkenaan sekarang diarah berpindah kerana cucu kepada Chow Yong dikatakan mahu membangunkan kawasan itu.

Inilah nasib yang menimpa 39 penduduk Kampung Masjid yang terletak di tengah-tengah pekan Tumpat. Di situlah mereka membesar dan menumpang berteduh dengan membina kediaman sendiri.

Dan setiap tahun sejak belum merdeka mereka membayar sewa sebanyak RM1 kepada wakil tuan tanah. Bayaran akhir pada 2007 antara RM10 hingga RM70 setahun, bergantung kepada saiz rumah.

Resit bayaran sewa itu masih disimpan sehingga ke hari ini, sebagai bukti mereka dibenarkan menumpang di atas tanah berkenaan.

Pada Mac lalu mereka menerima surat peguam yang mengarah mengosongkan tanah tersebut, tanpa sebarang perbincangan dibuat.

Jurucakap kumpulan penduduk terbabit, Azizah Ibrahim, 57 memberitahu penduduk begitu hairan tanah yang mereka duduki sejak berpuluh tahun lalu boleh bertukar menjadi milik pemimpin politik MCA.

“Datuk nenek kami memberitahu kalau hendak baiki rumah kena minta izin dengan tuan tanah dahulu. Begitu juga kalau hendak tebang pokok kelapa kena bayar antara RM50 hingga RM100 sebatang sebagai ganti rugi.

“Saya difahamkan lot 305 dikeluarkan geran atas nama Foo Chow Yong pada 1981 di atas tanah rezab Melayu yang didiami penduduk Melayu,” katanya ketika ditemui selepas berbincang masalah tersebut di pejabat peguam Hisham Fauzi di sini petang semalam.

Beliau bersama 38 lagi pemilik rumah di lot 305 datang beramai-ramai bagi menandatangani surat pelantikan peguam bagi mengendalikan kes berkenaan.

Pada 1981 Kelantan diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN). Ada penduduk merumuskan geran dikeluarkan dengan mudah kepada pemimpin MCA terbabit kerana beliau juga merupakan anggota Exco kerajaan negeri ketika itu.

Semasa pilihanraya awal 1980-an, Chow Yong calon tunggal MCA menang di kerusi DUN Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

Difahamkan dengan kedudukan sebagai wakil rakyat memudahkan pemimpin terbabit mengambil kesempatan memiliki tanah diduduki penduduk kampung.

Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim berkata, kemungkinan pemimpin terbabit menggunakan kedudukannya sebagai anggota Exco mendapatkan tanah bagi kepentingan peribadi dan keluarga tidak dapat dinafikan.

Azizah juga berharap kerajaan negeri dan pihak istana campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana kehidupan mereka terumbang ambing sekarang.

Read more ...

MAKIN BERMASALAH!!!UMNO bercakar di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan dalam bahaya jika BN masih mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam pilihan raya umum 13.“Rakyat Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding sekali lagi. “Mereka kata,jika Mohamad bertanding, mereka tdak akan undi BN,” kata bekas ADUN BN Chembong, Datuk Mohamd Rais Zainuddin. 

Menurutnya, sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Katanya, rakyat tidak gembira dengan Mohamad dan meminta beliau tidak bertanding mana-mana kerusi DUN di Negeri Sembilan.

“Mereka kata, mereka tidak gembira dengan keluarga Mohamad. Ini pandangan rakyat, saya cuma memberitahu. “Jika Najib mengutamakan rakyat, beliau harus melihat dan mempertimbangkan perkara ini dengan serius, ” kata Mohamad Rais yang juga bekas AJK Umno Rembau.

Katanya, rakyat yang sayangkan BN dan Umno bimbang Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang jika Mohamad terus bertanding dalam PRU 13.  Sementara itu, seorang AJK Umno Rembau memberitahu, penyokong bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad yang tidak gembira dengan Mohamad.

“Mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding lagi di DUN Rantau,” kata Mohd Fauzi Othman.

‘Orang Isa tidak suka Mohamad’

Mohamad bekas tokoh korporat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU 12. Beliau juga merupakan Ketua Umno Rembau. Kata Mohd Fauzi, orang Isa masih belum puas dengan Pengerusi Felda itu yang telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun itu.

“Orang Isa tidak suka kepada Mohamad, mungkin mereka sudah tidak dapat apa yang mereka dapat semasa Isa menjadi Menteri Besar. “Tapi apa yang Isa buat selama menjadi Menteri Besar? Sepatutnya Negeri Sembilan sudah jadi seperti Melaka jika ditadbir secara korporat.

“Ini yang mahu dibuat oleh Mohamad iaitu membangunkan Negeri Sembilan secara korporat. “Cara ini (korporat) mungkin menyebabkan orang tidak suka kepada Mohamad tetapi ia sesuai untuk pembangunan Negeri Sembilan,” katanya lagi.

Menurut Mohd Fauzi, bagaimanapun beliau tidak mendengar bahawa Mohamad akan bertanding di Parlimen atau DUN lain dalam PRU 13. Katanya, Mohamad akan kekal di DUN Rantau dan pengundi serta boleh menerima pemerintahannya secara korporat yang sesuai dengan perkembangan semasa Negeri Sembilan yang berkembang pesat.

“Tanya rakyat Negeri Sembilan, apa beza Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang dengan Menteri Besar sebelum-sebelum ini?” katanya lagi. Mohd Fauzi yakin Mohamad akan kekal bertanding di DUN Rantau kerana beliau merupakan anak jadi kawasan tersebut.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding di DUN Paroi yang kini diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam PRU 13.
Addin

Read more ...

SEKUFU DAH TU!!! Bakal Menantu Najib dituduh menipu USD20 Juta


Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen tersebut yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.


Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.


Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.


The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.
ASD


Kazakhstan president’s nephew cheated his way into Columbia University: lawsuit


Daniyar Nazarbayev — whose stepdad is the brother of Kazak President Nursultan Nazarbayev — landed at the college using “fraudulent and fabricated” paperwork from a high school he didn’t actually attend, the court papers say.


When applying, Daniyar allegedly claimed he had graduated from a high school in Kazakhstan.


He actually went to high school in Switzerland — and never graduated, sources said.


Even Daniyar’s influential last name isn’t real, the court papers say.


His actual surname is Kesikbayev. His mother, Maira, allegedly had his birth certificate changed after she married Bolat Nazarbayev in 2001.


The marriage was annulled last year.


Daniyar, now 24, graduated from Columbia in 2010. A knowledgeable source said that the allegations were reported to Columbia but that it was unclear whether school officials had taken action.


Daniyar’s name is still in the school’s alumni directory.


A Columbia spokesman refused to comment.


The allegations are part of Bolat’s suit against Maira and her son in Manhattan Supreme Court, where he has accused them of taking advantage of his trust to swipe the Plaza pad and help themselves to two other multimillion-dollar apartments on Wall Street.


Bolat says he has discovered that Maira has had several aliases — and that she’s wanted by Interpol and Kazakh authorities for crimes including kidnapping and extortion.


But Maira, 50, now lives in her son’s condo at The Plaza, a four-bedroom, 4,000-square-foot apartment with 3 1/2 bathrooms. It has been listed as a $68,000-a-month rental.


She was unable to be reached for comment. There was no phone number for the apartment, and The Post was not allowed by Plaza security to knock on her door last week.


Daniyar, meanwhile, is missing.


In court filings, Bolat’s lawyers said they have searched for him in five countries — including Malaysia, where he’s reportedly engaged to the prime minister’s daughter, Nooryana Najwa, whom a source said he met at Columbia.


Bolat had been looking to buy a New York apartment in 2008, and Maira and Daniyar got him to give them power of attorney so they could close the deal without him present.


The suit says Daniyar was supposed to put the apartment in his stepdad’s name but added his mom’s. About eight months later, she sold it to Daniyar for $1, court papers say.



New York Post

Read more ...

UMNO ATAU PAS!!!Mai kita tengok, siapa paling berjaya bawa masuk pelabur KHTP

Oleh: Tok Non

Hari ni Tok Non kerja kurang jadi boleh relax banyak sikit, maka dapatlah luang masa selak-selak tengok blog UMporNO. Terbacalah satu artikel recycle yang menghentam Kulim Hitech Park (KHTP) di bawah kerajaan PAS. Kesimpulan yang dibuat ialah, PAS langsung tak bawa masuk pelaburan sepanjang empat tahun memerintah. Tudia laa yang kata blogger UMporNO, cara depa buat cerita macamlah seluruh umat manusia dalam dunia ni bodo-bodo belaka, depa boleh tipu bulat-bulat padahai blogger UMporNO tu sendiri pun kebanyakannya budak tercicir sekolah bayaq RM2000 sebulan buat kerja macam lembu dogoi baru tumbuh gigi gonyeh merata... depa nak tipu pulak rakyat Kedah yang rata-rata berpelajaran.


Tok Non tak mau celoteh panjang pasai KHTP, cuma nak siarkan semula FAKTA di bawah ni yang pernah disiarkan dalam blog ni jugak... selamat membaca.




Oleh: SemutGataiXX@xxxmail.net


SemutGatai (SG) tak sangka fakta yang disiarkan oleh Kedah La perihal lonjakan tahunan tertinggi pada 2011 mengenai pelaburan masuk ke KHTP menyebabkan juak-juak BN meroyan sakan.


Apa yang dibentangkan itu adalah fakta sebenar bukannya rekaan. Peningkatan pelaburan masuk pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya ialah RM6 billion. Walhal peningkatan tahunan paling tinggi dicatatkan di zaman BN pada tahun 2004 berbanding tahun sebelumnya cuma RM4.6 billion.


Lonjakan pada tahun semasa bagaimanapun tidak boleh dijadikan ukuran pencapaian atau kejayaan untuk dibuat perbandingan di zaman BN atau PR; mana yang lebih baik?

Ukuran yang lebih tepat ialah melihat purata peningkatan tahunan. Begini:

1) 12 tahun BN pelaburan masuk ialah RM19.3 billion. Bermakna purata kemasukan setahun ialah RM1.608 billion.



2) 4 tahun PR pelaburan masuk ialah RM10.3 billion. Bermakna purata kemasukan setahun ialah RM2.575 billion.


Nah, tak payah putag pusin dengan bahasa yang orang payah faham. Budak darjah 3 pun tahu antara RM2.575 billion dengan RM1.608, mana lebih besar?!


Oleh kerana kejayaan yang dicatatkan PR ini terlalu besar serta bisa menyebabkan pihak pembangkang (BN) jadi sasau dengan fakta itu maka mereka cuba meredakan tekanan perasaan sendiri dengan mendakwa semua syarikat yang melabur di KHTP di zaman PR, datang melakukan site survey tahun 2007. Walhal sebahagian besarnya datang membuat survey dan terus melabur tahun 2008 dan ke atas.


Mereka cuba mengaburi mata rakyat perihal kejayaan PR itu dengan istilah ‘follow-up sale’ dan 'new sale'. Nak tumpang tui jugak kot mana pun.. kesiaaannn.


Anologinya macam nilah: Mat menikah dengan sorang pompuan cantik nama Ros, empat tahun menikah buleh anak empat orang come-come belaka. Mai Awang yang dulu pernah tergila-gila dekat Ros habag kat semua orang, "Akulah dulu orang pertama merisik dan bertunang dengan Ros, sebelum Mat lagi, cuma tak jadi kahwin saja masa tu... elehh Mat nak bangga apa..."

Read more ...

NAJIB KECUT PERUT!!! Skandal penjualan dokumen sulit sudah pecah

ULASAN Pada 30 Mei 2012 yang lalu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan skandal penjualan dokumen sulit pertahanan negara, iaitu penilaian Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM) terhadap kapal selam kelas Scorpene, didakwa telah “dibeli” oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Laporan yang didedahkan oleh peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili pertubuhan hak asasi manusia, SUARAM, mendakwa syarikat berkenaan telah membayar €36 juta (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, dikatakan untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Dokumen rahsia oleh TLDM tersebut adalah satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit dan memungkinkan keselamatan pertahanan negara tergugat jikalau jatuh ke pihak musuh.

Oleh kerana pihak-pihak yang bertanggungjawab - termasuklah Datuk Sri Najib Razak, yang merupakan Menteri Pertahanan pada waktu itu - masih belum memberikan jawapan yang memuaskan mengenai hal ini, pada 7 Jun lalu saya telah memfailkan satu usul tergempar agar Dewan Rakyat dapat membincangkan hal penjualan rahsia pertahanan negara, yang merupakan satu tindakan khianat tertinggi terhadap kedaulatan dan kepentingan Malaysia.

Penolakan usul ini oleh Speaker pada pagi semalam tidak memungkinkan perbahasan dilaksanakan bagi mendesak kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan memberi penjelasan sebaiknya bagi membersihkan nama mereka, menjelaskan peranan Terasasi (Hong Kong) Limited yang selama ini tersorok daripada pengetahuan umum dan memperbaiki imej Malaysia yang tercalar angkara kontroversi ini.

Alasan yang digunapakai oleh Speaker menggunakan Peraturan Mesyuarat 23 1. (h): sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan dengan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah atau kerana hendak mendapat jawab dalam perkara yang dimisal-dimisalkan sahaja.

Jelas bahawa masalah yang menjadi persoalan dalam usul yang saya bawa ini bukan sekadar perkara undang-undang yang belum menjadi masalah ataupun perkara yang dimisal-misalkan sahaja. Masalah berkait dengan pembayaran komisyen bernilai Euro 36 juta oleh syarikat pertahanan Perancis Thint Asia kepada Terasasi (Hong Kong) Limited ini, yang mempunyai dua orang Pengarah iaitu Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda untuk sesalinan laporan penilaian rahsia Pertahanan Tentera Laut Diraja Malaysia. Maklumat ini kita perolehi menerusi Joseph Breham, peguam SUARAM yang merujuk kertas siasatan dokumen rampasan polis Perancis dan badan kehakiman Perancis.

Kedua, usul yang dibawa bukan sekadar untuk meminta buah fikiran daripada kerajaan, tetapi menuntut penjelasan, sehaluan dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Malta Evarist Bartolo dalam sidang parlimen Malta 5 Jun lepas.

Ketiga, tanggungjawab kerajaan Malaysia tidak boleh dilangsaikan apabila dakwaan rasuah yang melibatkan pelbagai negara khusus dalam operasi anti-rasuah yang melibatkan Malaysia-Perancis-Pakistan-Malta-Luxembourg dan Hong Kong.

Tambahan lagi, Malaysia sudahpun meratifikasi konvensyen United Nations Convention Against Corruption. Justeru, Malaysia tidak boleh lari daripada tanggungjawab membantu membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan, lebih-lebih lagi dalam kontroversi pembayaran rasuah untuk pembelian senjata yang melibatkan Perdana Menteri kita sendiri.

Keempat, kenyataan Menteri Pertahanan yang disiarkan pada 8 Jun 2012 jelas menunjukkan wujudnya elemen yang mencurigakan bila beliau mengakui kewujudan dokumen pertahanan sulit dalam kenyataan berikut, walau pihak beliau tidak menerima sebarang maklumat berhubung penjualan dokumen rahsia:

“Bagaimanapun, memang ada dikesan maklumat itu keluar (dari Malaysia) namun kita sedang memantau perkembangannya.”

Manakala yang paling parah, Perdana Menteri yang merupakan Menteri Pertahanan dalam penjualan kapal selam Scorpene masih membisu seribu bahasa.

Akhir kata, kami akan meneruskan usaha membawa isu penjualan rahsia kerajaan ini menerusi:

1) Laporan-laporan polis yang dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia di seluruh Malaysia.

2) Memorandum yang disertai oleh Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Tentera (KERABAT) dan Majlis Rundingan Keselamatan Keadilan menuntut penjelasan dan siasatan terhadap isu ini termasuk mengeluarkan KERTAS PUTIH kepada Perdana Menteri kerana jawapan Menteri Pertahanan tempoh hari bahawa siasatan akan hanya dibuat jika terbukti aktiviti menjual rahsia itu berlaku dan dalam nada yang sama pula mengatakan bahawa sudah pun dikesan maklumat itu telah dikeluarkan dan sedang dipantau; amat mengelirukan.

Mungkin Parlimen menolak usul ini tetapi saya percaya Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat dan akan menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya demi keselamatan negara termasuk keselamatan nyawa-nyawa anggota tentera dari diancam akibat angkara khianat menjual rahsia negara.

Read more ...

WWW1!!! Nizar akan saman TV3, Utusan

KUALA LUMPUR 12 Jun: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman TV3 dan Utusan Malaysiakerana memfitnahnya dalam isu nombor pendaftaran WWW1.
Menurut beliau, laporan media kawalan Umno itu memutar belit kenyataan kononnya beliau menuduh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan duit rakyat RM520,000 untuk membida WWW1.
"Mesej tweeter saya tidak lebih daripada pandangan seorang rakyat. RM520,000 boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat. Itu hanya pandangan.
"Tapi TV3 dan Utusan Malaysia putar belit. Mereka lapor saya tuduh Sultan Johor guna wang rakyat untuk beli nombor plat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga sedia menghadap Sultan Johor pada bila-bila masa bagi menyatakan perkara sebenar.
Beliau berkata, pihaknya akan mengutus surat untuk mohon menghadap ke Istana Johor.
"Saya ingin menyatakan seikhlas-ikhlas hati di hadapan semua, saya teringin untuk menghadap, memohon maaf dan menceritakan kepada Baginda hal yang sebenarnya supaya kemelut ini dapat dihentikan," katanya.
Dalam pada itu, Nizar turut mempertikai tindakan berat sebelah polis kerana gagal bertindak ke atas laporan Kosmo walaupun terang-terangan mempersenda Sultan Johor dalam isu berkenaan.

Hujung bulan lalu, Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW1 oleh Sultan Ibrahim dalam Tweeternya.

- Keadilan Daily

Read more ...

Monday, June 11, 2012

SAH!!! Prof Dr Aziz Abdul Bari bertanding di Parlimen Sabak Bernam

Jangan terkejut. Sudah tidak lagi menjadi ribut, Prof Dr Abdul Aziz Bari pasti akan bertanding PRU-13 di Parlimen Sabak Bernam. Beliau sudah melakukan gerak kerja politik di sini sejak berhenti daripada menjadi pensyarah UIAM dalam kontroversinya dengan pihak Istana Selangor.
 
Aziz mengesahkan kepada Blogger Sanggahtoksago.Com, sudah beribu-ribu kad nama mengajak rakyat melakukan perubahan dan menyokong beliau sebagai calon PKR di Sabak Bernam ditabur kepada pengundi sasar. Pelbagai program penerangan dan 'turun padang' telah dan sedang diterajuinya.
 
Pakar Perlembagaan itu telah berkampung sebaik beliau mengambil keputusan meninggalkan UIAM dan terjun ke dunia politik Pakatan Rakyat. Kini beliau adalah calon PKR yang sudah popular di Sabak Bernam dan sedang menunggu Parlimen dibubar bagi membolehkan PRU-13 diadakan segera.
 
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Read more ...

KERANA AHLI UMNO!!! Ayah Pin masih aktif , tiada diambil tindakan?


Setelah pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia mengenai aktiviti penghinaan Agama Islam oleh Ayah Pin, kita masih belum terdengar tentang laporan Polis tentang Ayah Pinoleh NGO-NGO UMNO. 

Selalunya NGO-NGO UMNO amat prihatin tentang kesucian Agama Islam. Tetapi kali ini tidak. NGO-NGO ini tidak berbunyi langsung. Kenapa agaknya?

Pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit kembali aktif 

JERTIH: Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut.Jomkitabaca
Baca lagi:

Read more ...

KERUSI PANAS BERTAMBAH!!! Johor makin tidak selamat buat UMNO


Pemuda PAS Johor menyifatkan Dr Puad Zarkashi menyindir Umno Johor apabila berkata PAS Johor rugi besar kerana perpecahan dalam DAP.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, perpecahan Umno Johor terlalu ketara dan Puad perlu fikir kembali dan sewajarnya meninggalkan parti itu dan menyertai semula PAS yang pernah disertainya sebelum  ini.


"PAS Johor tidak menjadi pilihan rakyat Johor semasa Dr Puad Zarkashi berada dalam PAS dahulu. Sekarang PAS Johor sudah jauh berubah.


"Saya kira sudah sampai masanya Dr Puad Zarkashi bersama pimpinan PAS Johor dan PR menubuhkan kerajaan yang jauh lebih bersih dan berkemampuan memerintah Johor selepas pilihanraya ke-13," kata Suhaizan dalam satu kenyataan medianya hari ini.


Puad, ahli Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini mendakwa PAS Johor rugi kerana DAP sedang berpecah di negeri itu.


Bagi Suhaizan, ia hanya kenyataan sindiran kepada Umno yang rata-rata berpecah di negeri itu.


Pemuda PAS Johor berpandangan bahawa Dr Puad Zarkashi sedang memukul anak untuk sindir menantu, kata Suhaizan.


Perpecahan yang serius bukan berlaku dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebaliknya berlaku dalam kepimpinan UMNO di Johor sendiri.


Dr Puad Zarkashi kononnya memukul PAS dan DAP tetapi hakikat sebenarnya sedang memukul UMNO Johor, dakwa beliau.


Menurut Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS itu, pepecahan dalam UMNO Johor berlaku di semua peringkat daripada sayap-sayap, cawangan, bahagian dan negeri.


Pemuda UMNO Johor kelihatan tidak bermaya untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13, katanya.


Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu dan Tebrau lebih menonjol jika dibandingkan dengan Ketua Pemuda UMNO Johor.


Perkara ini berlaku akibat daripada masalah dalaman Pemuda UMNO Johor sendiri.


UMNO Johor sudah 6 tahun tidak mengadakan konvensyennya, tambah beliau.


Kali terakhir konvensyen di adakan adalah pada 5 November 2006.


Pada kovensyen tersebut Dr Puad Zarkashi dengan lantang membantah Pembelajaran dan Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Mengikut sumber dalaman, UMNO Johor tidak lagi membuat konvenysen adalah kerana Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman (gambar) tidak dapat menjawab pelbagai masalah yang berlaku di Negeri Johor khusunya yang berlaku diperingkat bahagian-bahagian UMNO Johor.


Perpecahan UMNO di peringkat bahagian tertentu sangat serius sehingga sukar untuk kepimpinan UMNO meletakkan calon dalam pilihanraya umum akan datang, tambah beliau.


Sebagai contoh pertembungan klasik, yang semua orang UMNO mengetahuinya, berlaku dalam UMNO Bahagian Pulai di antara Ketua Bahagian UMNO Pulai, Nur Jazlan Mohamed dan Adun Kempas, Osman Sapian.


"Pertembungan ini sangat serius sehingga menyukarkan UMNO meletakkan calon Parlimen Pulai dan DUN Kempas," dakwa Suhaizan.


Menurutnya, calon Menteri Besar Johor daripada Barisan Nasional (BN) juga menghadapi masalah.


Ghani besar kemungkinan tidak akan menjadi Menteri Besar Johor selepas pilihanraya umum akan datang.


Ini kerana UMNO Johor perlukan penyegaran dengan kepimpinan yang baru.


Kekosongan ini telah menyebabkan berlakunya lobi melobi antara bakal calon-calon Menteri Besar Johor.


Proses lobi melobi ini telah menyebabkan perpecahan UMNO Johor.


"Berita ini kebanyakkan rakyat Johor memahaminya," dakwa beliau.


Kesan kepada perpecahan UMNO Johor ini, dakwa beliau, telah menyebabkan Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Abdul Ghani terpaksa membuat lawatan di setiap bahagian UMNO di Johor lebih daripada sekali untuk membuat persiapan pilihanraya umum akan datang.


Presiden UMNO dan Timbalannya kerap membuat lawatan ke Johor sehingga lebih tiga kali dalam tempoh satu bulan.


Lawatan-lawatan politik seumpama ini tidak pernah berlaku pada pilihanraya umum sebelum ini di negeri Johor.


"Salah satu punca kenapa Najib Altantuya masih belum membubarkan parlimen adalah berpunca daripada ketidakyakinan Presiden UMNO mengekalkan kemenangan di Johor seperti sebelum ini," katanya.


Terdapat sembilan kerusi parlimen BN yang panas di Johor.


Semakin hari semakin banyak bilangan parlimen yang panas kepada BN di Johor.


Walaubagaimana pun, kata Suhaizan, keperihatinan Dr Puad Zarkashi terhadap PAS yang mahu menubuhkan kerajaan bersama PR di Johor adalah sesuatu yang membanggakan.


Ini memberi gambaran bahawa dalam hati Dr Puad Zarkashi sudah ada sinar cahaya PAS, sebuah parti yang pernah dianggotainya suatu masa dahulu.

Read more ...

PRU LEPAS BAJET!!! Ahli Parlimen BN bakal terima RM1.5 millon


KUALA LUMPUR, 12 Jun — Para ahli Parlimen (MP) daripada  Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sejumlah RM1.5 juta bagi mempertahankan kerusi mereka, ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya ke-13 selepas pengumuman Bajet 2013 pada 28 September depan.

The Malaysian Insider
difahamkan peruntukan itu diumumkan sewaktu mesyuarat BN semalam, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih lagi berteka-teki dengan tarikh pilihan raya.

Sumber mengesahkan ia akan mengambil masa tiga bulan untuk projek-projek tersebut untuk dikenalpasti dan dijalankan, dan pengumuman lain ketika bajet 2013, termasuk pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang memerlukan tempoh lama untuk dilaksanakan.


Ahli-ahli Parlimen BN enggan mendedahkan jumlah sebenar tetapi mereka berkata sebahagian dana tersebut “boleh diperolehi berdasarkan permintaan.”


“Kami perlu mintanya untuk projek spesifik,” kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.


Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Shahrir Samad
(gambar), turut berkata perdana menteri terlalu “berhati-hati” ketika menyuarat malam itu.

“Jika tiada peruntukan, pilihan raya akan datang sangat cepat”, katan ahli Parlimen Johor Baru tersebut yang turut ditanya bagaimana dana sedemikian untuk berkenaan akan memberi kesan kepada tempoh masa Najib harus mengetuai kempen BN untuk kali pertama.


Walaupun pengerusi BN dan presiden Umno pada mulanya akan membubarkan Parlimen bulan ini untuk pilihan raya pada Julai ini, beliau mengumumkan akan membentangkan Bajet 2013 pada 28 September, dan dilihat bakal ada kemungkinan untuk pemberian wang tunai BR1M untuk keluarga berpendapatan rendah.

Bayaran wang tunai RM500 itu kepada hampir lima juta keluarga dengan kos RM2.6 bilion awal tahun ini menunjukkan kadar kedudukan Najib meningkat kepada 69 peratus, disebabkan peningkatan dalam kalangan isi rumah kaum miskin.

Namun insiden keganasan polis dan para penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam protes Bersih pada 28 April menyaksikan penurunan populariti beliau kepada 65 peratus bulan lalu.


The Malaysian Insider
melaporkan pada 28 May, berkemungkinan pilihan raya pada bulan September namun pengumuman Najib bahawa Bajet 2013 hanya akan dibentangkan pada 28 September telah memaksa pakar strategi parti untuk mencari tarikh yang sesuai bagi memastikan apa-apa manfaat bajet boleh sampai ke peringkat akar umbi.

Ibadah Haji pada 26 Oktober, Deepavali pada 13  November dan cubaan Barisan Nasional menarik sokongan pengundi Cina dan belia memungkinkan pilihan raya pada bulan November, menurut sumber, yang menambah, Najib masih lagi mengenal pasti calon untuk meraih kemenangan majoriti untuk BN.


Sumber BN turut mengesahkan beberapa kajian sebelum ini menunjukkan parti perlu bekerja keras terutamanya meyakinkan pengundi baru yang berjumlah sekitar 2.2 juta orang.


Difahamkan hasil kajian mendedahkan BN mampu menang hingga 146 kerusi Parlimen dengan 80 yakin menang, lebih 140 daripada Pilihan Raya 2008.


Bagaimanapun, kaji selidik terbaru oleh unit khas BN menunjukkan BN hanya mampu menang 118 kerusi, memaksa pakar strategi menunda pilihanraya.


Najib mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Badawi pada April 2009 untuk menaikkan imej BN yang kalah teruk dalam PRU 2008, yang mana BN hilang kuasa dua pertiga dewan dan lima negeri. (MI)

Read more ...

BAPA KAFIR!!! Rahim Noor, NST disaman RM10 juta

KOTA BHARU: Gara-gara mengeluarkan kenyataan menuduh Menteri Besar Kelantan sebagai bapa kafir, kini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berdepan dengan tuntutan saman sebanyak RM10 juta.

Saman tersebut difailkan melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.  Dan sebutannya akan diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu 15 Julai depan.
Saman tersebut difailkan Nik Aziz melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu dan akan diserahkan kepada semua defendan terbabit dalam masa terdekat ini.

Selain Rahim, enam lagi defendan yang dinamakan ialah NST, ketua editornya, Abdul Jalil Hamid dan wartawannya iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean, Nik Amran Abdullah dan pengarang NST Syed Nadzri Syed Harun.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

"Defendan-defendan secara bersama/berasingan telah bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di muka surat 6 di dalam akhbar New Straits Times, yang bertajuk 'NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR’ yang diterbitkan pada hari Selasa 08 Mei 2012, yang mana artikel tersebut secara jelas menyebut secara langsung berita yang tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan Plaintif," tulis writ saman tersebut.
Rahim dalam kenyataannya melalui akhbar New Straits Times pada 8 Mei lalu menyebut “Nik Aziz is father of kafir”.

Ekoran itu Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim bagi menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka.

Bagaimanapun bekas ketua polis yang kontroversi itu gagal menarik balik kenyataan tersebut. Keengganan Rahim menyebabkan pelbagai pihak tampil membuat laporan polis dan demontrasi membantah kenyataannya.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat akan diwakili pasukan peguam diketuai Hanipa Maidin dengan dibantu Hisham Fauzi, Aminudin Zulkepli, Hatman Abdullah, Abdul Rasyid Yah dan Hilmi Abdullah.

Saman juga dikemukakan terhadap enam lagi pihak iaitu tiga wartawan NST yang terbabit menulis berita berkenaan, Pengarang Urusan Kumpulan NST, penyunting kumpulan NST dan syarikat NST.

Menteri Besar dalam pernyataan tuntutan mahu defendan-defendan menarik balik berita fitnah yang disiarkan NST pada 8 Mei lalu.

Selain itu permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan mengiklankan permohonan maaf tersebut semuka penuh dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.

Turut dituntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif.

Injunksi juga dikemukakan bagi menghalang defendan-defendan memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Dalam afidavitnya Menteri Besar berkata, tulisan tersebut bermaksud menuduh dan memfitnahnya sebagai “bapa kafir” menggunakan agama untuk mengelirukan umat Islam.

Tulisan tersebut juga disifatkan memberikan gambaran yang buruk terhadap plaintif.

Read more ...

ISU WWW15!!! Liow tiong lai mengaku kalah

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Akhirnya Liow Tiong Lai jatuh terduduk dalam isu no plat WWW 15. Walaupun dia melepaskan no plat WWW 15 tetapi dia tetap menipu sampai ke saat yang terakhir. Sama macam skandal cowgate. Skandal wwwgate pun dijayakan oleh menteri penipu aka pengelentong tegar.

Ada ura2 mengatakan bahawa ada pihak akan membawa shahrizat masuk kembali dalam kementerian selepas PRU - 13 berlangsung. Tapi don't worry, rakyat macam aku akan pastikan setiap yang menzalimi, yang merompak, yang mencuri, yang menipu, yang menyeleweng akan masuk ke tempatnya. Lambat atau cepat. 

Ideologi memerangi kezaliman akan diteruskan walaupun pejuang2 akan bersilih ganti. Shahrizat takan boleh jadi menteri lagi. Hanya letak jawatan jek, itu pun dia dah cukup nasib baik. Ikut aku, dia harus duduk dalam penjara. Itu tempat dia selayaknya beb.

Sambung kes LTL [liow tiong lai], dia buat kenyataan terbaru kat bawah neh beb ;
Setelah dikritik hebat, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akhirnya membuat keputusan melepaskan nombor pendaftaran 'cantik' WWW15 yang hampir menjadi miliknya.

Liow juga menegaskan tidak pernah membida mendapatkannya tetapi hanya memohon nombor [pendaftaran untuk kenderaan rasmi kementerian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

NONE"Pejabat saya telah menerima surat rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan pada 6 Jun 2012, mengesahkan kelayakan pemberian nombor pendaftaran percuma tersebut. 

"Setelah mendapat makluman bahawa nombor pendaftaran tersebut telah dibuka untuk bidaan, saya wajar melakukan yang terbaik dengan tidak menggunakan kelayakan saya.

"Sewajarnya nombor tersebut diberikan kepada pembida tertinggi," katanya dalam kenyataan satu perenggan hari ini. -MKINI-

Sudah2 lah tue penipu. Ko cakap menipu jek dari awal skandal wwwgate terdedah. Ko larh pembida tertinggi bagi no WWW 15 sebab tue JPJ letakkan nama ko dalam senarai yang berjaya dalam sesi bidaan. 

Dah sendiri bida then sendiri tak mengaku. Pengecut cam ko neh elok nyah jek dari kementerian. Pergi join sahabat baik ko si shahrizat tue. We want you out from cabinet now. 

Episode pertama disini. 

Belajar bahasa english percuma disini

Ameno : Dia lah pembida tertinggi sebab tue lah jpj bagi dia.. tonggong.. jpj asalnya jual no tue tapi tah cam mana jpj terseret sekali dalam penipuan dia.. ekekekek..

Read more ...

TU DIA!!! Anjang Aki klimaks hanya 10 minit, Pak Jabit bertahan 1 jam

 
Ramai yang tersenyum simpul apabila membaca tajuk di atas. Ini cerita tentang Ceramah Ganggu Ceramah (CGC), bukannya kisah porno sepertimana blog-blog Umno.

Malam tadi telah berlangsungnya Ceramah Rakyat di Taman Jutaria, Batu Gajah yang menampilkan pelakon Pak Jabit atau nama sebenarnya Man Kadir di atas pentas Pakatan Rakyat. 

Manakala diseberang padangnya pula, Umno membawakan pelakon Anjang Aki atau Datuk Baharuddin Omar, bagi menandingi tarikan Pak Jabit ke atas orang ramai.

Biarpun ini adalah siri CGC kali yang ke 14, namun ceramah Umno masih ditakuk lama. Baik dari segi penceramahnya, mahupun hadirin ataupun pendengarnya. Tanpa bas, upah dan kotiau kerang, pasti khemah mereka lengang. Hanya rugi membayar sewa bas, khemah dan kerusi.


Seperkara lagi yang jelas kelihatan diceramah-ceramah Umno ini adalah tiada langsung penglibatan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain seperti MCA dan MIC. Mungkin kerana mereka juga tidak tahan dengan sifat perkauman Umno yang cukup tebal dan berkarat itu.


Seperti biasa, corong-corong speaker mereka dipulas ke tahap maksima sambil dihalakan ke arah tempat ceramah PR. Tetapi, bagi pengunjung tegar siri-siri ceramah PR, mereka telah terbiasa dgn keadaan itu. Malah, bisa terasa sunyi dan rindu apabila tiada suasana seperti itu.


Sesuatu yang menghilangkan kick kepada penggian siri CGC ini adalah ketiadaan bunyi suara nyaring nenek lampir yang biasanya menggenggam mikropon sebanyak 2-3 kali dalam satu malam.


Ketiadaan Hamidah yang dikatakan telah terbang ke Australia, sedikit mendukacitakan para penggian tersebut.


Anjang Aki yang agak gah namanya suatu masa lalu, hanyalah sekadar indah khabar dari rupa. Ceramahnya yang entah apa-apa, berbalik-balik mengatakan DAP adalah musuh orang Melayu dan orang-orang Melayu adalah musuh kepada DAP. Dengan bersongkok tinggi dan berbaju batik, beliau cuba meniupkan api semangat perkauman Melayu kepada pendengarnya. 

Namun, tiupan semput orang yang berumur lebih 75 tahun itu hanya sekadar mengadakan batuk-batuk untuk membuka ruang alasan tidak sihat. Disudahi dengan nyanyian sebuah lagu lama (mungkin teringin berkaraoke seperti yang dilakukan di Tmn Maju Rapat minggu lepas), Anjang Aki benar-benar anti-klimaks apabila hanya bisa bertahan sekitar 10 minit sahaja. 

Dengan 10 minit itulah nanti beliau akan menuntut bayaran penuhnya daripada pihak penganjur di sebelah sana.

Berlainan pula halnya dengan Pak Jabit. Pada awalnya, beliau ada menyatakan kepada penganjur yang beliau kurang sihat setelah keletihan 3 malam berturut-turut berceramah serata negeri Perak.


Tetapi, segalanya berubah apabila mendapat reaksi yang positif dan menggalakkan daripada orang yang ramai mendengar ceramah beliau. Bagaikan vitamin untuknya meneruskan ceramah hampir sejam sehingga tepat ke jarum 12 tengah malam.


Keseluruhan ceramah Pak Jabit akan diterbitkan dengan kerjasama laman Youtube di dalam entri akan datang.


Turut berceramah pada malam tadi adalah Sdr Radzi Zainon, YB Dr Lee Boon Chye, Ustaz Misbahul Munir dan seorang pendatang baru di pentas ceramah Pas iaitu Cikgu Nazri, seorang bekas AJK Bahagian Umno Gopeng.


Biarpun baru pertama kali berpeluang untuk berceramah, bersemangat dan berapi sungguh isi dan isu yang dilontarkannya. Nantikan juga rakaman penuh ceramah Cikgu Nazri ini melalui Youtube.


Pakatan Rakyat di Gopeng kini tidak menoleh ke belakang lagi. Laluan terus menerus ke Putrajaya kini kelihatan terbuka luas dengan kebangkitan sokongan rakyat masakini.


Yang semakin hari, semakin kurang tidurnya, kurang makannya, kurang gelak tawanya dan kurang warasnya adalah Umno dan Barisan Nasional itu sendiri kerana sedikit demi sedikit segala nikmat yang telah di salahguna mereka itu ditarik kembali oleh Allah yang Maha Esa.


(Gambar-gambar sekitar ceramah akan dimuat turun nanti)Ajijoi

Read more ...

GEMPAR!!! Pengadu kes Bukit Kepong mohon maaf kepada Mat Sabu, minta Mahkamah bebaskan Mat Sabu dari pertuduhan


PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.

Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan  beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.

Read more ...