LAHAD DATU 14 Okt: Semakin ramai tokoh korporat dan pemimpin BN di Sabah
mengisytihar keluar BN yang menyata sokongan terhadap perjuangan
Pakatan Rakyat.
Terbaru, Tokoh koporat Sabah, Datuk Dr Richard Sakian Gunting
mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).
Selain Richard, empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) turut sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan
membawa ribuan penyokong dan ahli Umno dan PBS.
Kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming
Shen, pengumuman dibuat depan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan
ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu.
Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di
Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut
Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan.
Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian
Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga
keluar BN.
Turut sama, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu
Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan
bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37846












SHAH ALAM – “Saya tak layan Hasan Ali. Saya tak mahu komen pasal dia."
Demikian menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika diminta
mengulas kenyataan terbaru, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, bekas
Pesuruhjaya Pas Selangor, yang meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
melepaskan tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am parti tersebut.

