KOTA BHARU:
Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi yang mempertahankan
jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat pada Muktamar PAS Ke-59
nanti mengikut kemampuan yang ada demi untuk kepentingan parti.Ketika ditemui hari ini Mumtaz memberitahu, beliau menerima pencalonan itu bagi memenuhi hasrat anggota parti sendiri di samping menyuburkan demokrasi dalam parti.
“Saya menerima pencalonan dari kawasan ini kerana berhasrat untuk menyambung tugas dan khidmat, saya sahut seruan ini juga dengan kadar kemampuan yang ada,” ujarnya.
Ketika ditanya berhubung ada calon lain untuk bertanding jawatan itu, beliau mengalu-alukannya.





KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS ke-59 akan
menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertinggi di peringkat pusat dan
dewan-dewan bagi penggal 2013-2015, kata Pengerusi Jawatankuasa
Pemilihan, Asmuni Awi.

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Ustaz Idris
Ahmad memutuskan untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada
pemilihan parti bagi sesi 2013-2015, sebaliknya hanya menerima untuk
bertanding di peringkat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Keputusan penerimaan pencalonan
Poll undian Timbalan Presiden PAS terkini 14 hari sebelum ditutup menyaksikan undian untuk Haji Muhamad Sabu kini mengatasi undian untuk Dato' Tuan Ibrahim.